View: 4119|Reply: 0
|
Baja bio organik bijih sawit buatan pengusaha Tingkayu, Sabah
[Copy link]
|
|
Baja bio organik sawit Tingkayu
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
[email protected]
Gambar FAUZI BAHARUDIN
HANYA sisa organik daripada seratus peratus material kelapa sawit digunakan dalam penghasilan BOF.
MENJELANG tahun 2020, kerajaan menyasarkan Pendapatan Negara Kasar berjumlah RM178 bilion mampu dijana menerusi industri minyak sawit.
Unjuran berkenaan memberi gambaran bahawa industri kelapa sawit di Malaysia sememangnya kukuh dan mempunyai masa depan yang cukup cerah.
Lebih membanggakan, produk-produk hasil sektor perladangan itu semakin mencipta kecemerlangan apabila berjaya mendominasi pasaran dunia dan mendapat permintaan tinggi.
Selain pengeluaran minyak sawit, tumpuan kini banyak diberi kepada usaha memperluas potensi serta kegunaan lain tanaman tersebut bertujuan menjana pendapatan lebih lumayan.
Bagi merealisasikan matlamat itu, sebuah syarikat bioteknologi tempatan, Inno Integrasi Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti mengurus sisa kelapa sawit untuk diproses menjadi baja bio organik (BOF).
Operasi di bawah kelolaan anak syarikatnya, Inno-Works itu dilaksanakan di kilang pemprosesan di daerah Tingkayu, Kunak, di Sabah. Ia hasil usaha sama dengan pemilik ladang kelapa sawit di sana iaitu Kumpulan Koong Shing.
Pembangunan kilang pemproses bernilai RM20 juta itu sebenarnya merupakan yang kedua selepas kilang seumpamanya di bina di kawasan Lahad Datu Sabah tahun lalu.
Untuk projek kali ini, Inno-Works telah mendapat pembiayaan kos daripada syarikat subsidiari Kementerian Kewangan, Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).
Menurut Presiden Inno Integrasi Sdn. Bhd., Datuk Dr. Makhdzir Mardan, BOF menggunakan seratus peratus sisa kelapa sawit yang di rumus bersama organisma mikro sebelum menghasilkan baja organik bernutrien tinggi dan bebas patogen sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.
"Kita belajar dan mengambil idea daripada alam semula jadi yang mana sejak 300 tahun dahulu serangga seperti semut dan anai-anai telah menjalankan aktiviti ini.
"Serangga menggunakan enzim yang terdapat pada air liur untuk memproses sisa tanaman terbuang seterusnya menghasilkan bahan penggalak tumbuhan.
"Usaha menghasilkan BOF ini juga secara tidak langsung mampu mempromosi persekitaran hijau,'' katanya pada perasmian kilang Inno-Works di Tingkayu, Kunak, Sabah baru-baru ini.
Perasmiannya telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir turut menyokong usaha yang dilakukan Inno Integrasi dan melihatnya sebagai inisiatif terbaik mengurus sisa buangan kelapa sawit.
"Ia idea yang sangat baik kerana selain mudah memperolehi bahan mentah, aktiviti ini juga dapat meminimumkan kos pengeluaran baja organik sekali gus mengurangkan beban yang perlu ditanggung petani.
"Jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, sumber asli seperti ini mampu memberi pulangan lumayan kerana mungkin kita boleh mengeksport baja-baja ini ke luar negara suatu hari nanti.
"Justeru, saya berharap supaya lebih banyak ladang kelapa sawit di Malaysia terlibat dengan aktiviti pengurusan sisa seperti ini. Masa pulangannya juga cepat iaitu hanya tiga tahun,'' jelasnya.
Secara asasnya, sisa kelapa sawit terbahagi kepada dua jenis iaitu sisa solid dan sisa cecair. Ia termasuk hampas buah-buahan, cecair industri dan minyak buangan.
Untuk kawasan di Tingkayu sahaja, ladang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak 240,000 tan hampas buah-buahan untuk penghasilan sekurang-kurangnya 17,000 tan BOF dalam masa setahun .
Apa yang unik, operasi pengurusan sisa di Inno-Works mengaplikasikan prosedur penjagaan alam sekitar dikenali sebagai Clean Development Mechanism (CDM) dan skim kawalan pembebasan karbon Certified Emission Reductions (CER).
Menerusi aktiviti pemprosesan sisa kelapa sawit di Tingkayu itu, Kumpulan Koong Shing telah berjaya mengurangkan pembebasan karbon sebanyak 4 CER untuk setiap hektar kawasan ladang.
Pada masa depan, Inno-Works bercadang menghasilkan BOF dengan dengan fungsi lebih spesifik dan efisien menerusi kajian dan penyelidikan bersama beberapa universiti dan organisasi berkaitan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|