CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Mesti Tonton: Konflik emosi ketua keluarga

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
INFOFilem: The Beaver\n\n\n\nGenre: DramaPengarah: Jodie FosterPelakon: Mel Gibson (Walter Black), Jodie Foster (Meredith Black), Anton Yelchin (Porter Black), Jennifer Lawrence (Norah), Cherry Jones (Vice President) dan Riley Thomas Stewart (Henry Black)\n\n\n\n\nTayangan: Mulai 5 Januari 2012DIA berada di kemuncak kerjaya apabila mengepalai sebuah syarikat pengeluar mainan terkemuka. Kehidupan peribadi secara lahiriah juga kelihatan bahagia, punya isteri serta dua anak lelaki yang bekerja dari rumah mereka berbentuk roller coster. Namun, tekanan mental dan penyakit imsonia, selain perniagaan merudum dan diminta pindah keluar oleh isterinya, Meredith (Foster), membuatkan kehidupan seorang ketua pegawai eksekutif bernama Walter Black (Gibson) semakin kucar kacir hingga membawa kepada cubaan membunuh diri.Usianya masih panjang tetapi kehadiran patung yang dikutip dari tong sampah mengubah suasana apabila Walter mula membina keyakinan diri selepas mula berinteraksi dengan teman baru dipanggil Beaver. Walaupun ramai pelik melihatnya berbicara menerusi patung dikatakan antara terapi doktor psikiatrik, banyak perubahan berlaku apabila dia lebih bermotivasi, bersemangat dan berkeyakinan.\n\n\nHasil jualan produk mainan baru yang mengambil inspirasi Beaver naik mendadak, hubungan dengan isteri dan anak bongsunya, Henry kembali akrab, cuma masih wujud rasa dingin antaranya dengan Porter, anak sulung yang tidak menyenangi kehadirannya semula di rumah mereka.Mengikuti semula perjalanan kronologi kisah bertunjangkan kekeluargaan ini, jelas mengangkat emosi seorang ketua keluarga yang cuba mencari jalan keluar daripada tekanan dengan mencipta karakter berlawanan daripada keadaannya. Gibson yang pernah berpasangan dengan Foster pada 1994 menerusi filem Maverick tidak mampu disangkal keupayaannya dalam menonjolkan kecelaruan emosi yang sarat duka dan kekeliruan.Biar akhirnya segala-galanya seakan kembali kepada normal selepas ‘kemunculan’ Beaver, isterinya masih tidak dapat menerima hakikat Walter perlu menggunakan boneka sebagai terapi hingga suatu hari terbongkar rahsia sebenarnya ia atas kemahuannya sendiri, bukan atas nasihat psikiatrik.Namun, biar terserlah jurang antara mereka, sebagai darah daging, Foster bijak mencuri babak untuk menunjukkan persamaan sikap serta perwatakan masing-masing sekali pun hubungan Walter dan Porter sangat dingin.Sebagai remaja, Porter juga tidak dapat lagi daripada jatuh cinta malah secara tidak disedari dia yang bijak dalam pelajaran juga sukar menerima tekanan seperti bapanya apabila teman sekolah, Norah, mula menjauhkan diri sekali gus membuatkannya lebih suka menyendiri.Barangkali ramai yang menganggap filem ini tidak jauh berbeza daripada drama kekeluargaan lain - kepincangan, perbalahan ideologi serta kurang kasih sayang yang membawa perpecahan antara mereka.Hakikatnya The Beaver tampil bersama garapan satu persatu persoalan yang dicantum secara kemas, cuma mungkin dalam kisah ini hubungan dingin antara bapa dan anaknya tidak dikupas lebih mendalam selain permulaan babak pembukaan sedikit meleret.Babak paling menyentuh naluri ialah saat Walter berbalah dengan Beaver hingga dia memotong tangannya sendiri semata-mata mahu membuang makhluk itu daripada kehidupannya.Keputusan penuh emosi itu terpaksa diambil selepas dia merasakan Beaver tidak menyenanginya kembali kepada keluarga dan untuk ‘keluar’, dia perlu melakukan pengorbanan besar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037981 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list