CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Daging kucing rebus punca bilionair mati

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Polis tawar RM49,702 untuk   maklumat pembunuh hartawan\rBEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China menyebabkan penyiasat polis tertanya-tanya sama ada punca kematiannya atau pembunuhannya disebabkan dia makan daging kucing.\r\n\n\n\n\r   Long Liyuan, 49, menemui ajal pada 23 Disember di wilayah Guangdong selepas berkongsi makanan istimewa bahagian selatan negara itu iaitu hidangan daging kucing rebus dengan dua lagi lelaki dalam majlis makan tengahari perniagaan. \r\r\n\n\n\n\n  Seorang lelaki itu yang juga pegawai tempatan, Huang Guang, ditahan  Jumaat lalu kerana disyaki memasukkan racun herba ke dalam periuk mengandungi daging itu.\rPihak polis mensyaki   Huang  mempunyai  motif membunuh Long kerana mereka terbabit dalam pertelagahan  perniagaan.\rHuang yang juga Timbalan Pengarah Pertanian pekan Bajia, Guangdong disyaki memasukkan racun herba ‘Gelsemiun elegans’ ke dalam periuk itu, lapor blog mikro penyiasat polis.\rTumbuhan beracun itu didapati dalam banyak kawasan hutan di beberapa tempat di China. Tiga lelaki itu jatuh sakit tetapi Long menemui ajal kerana dia paling banyak makan herba itu. \r\n\n\n\rLong dan Huang bertemu untuk membincangkan  kontrak perniagaan. Long yang mempunyai syarikat perhutanan di Guangdong mahu memajak  tanah hutan dan membangunkannya, lapor Nanfang Daily, akhbar utama Parti Komunis, kelmarin. \rLelaki ketiga, Huang Wen yang juga rakan rapat Long  berkata dia hanya makan sedikit selepas mendapati rasa masakan itu  pahit daripada biasa. \rLong yang makan lebih banyak  pening dan sakit. Dia segera dihantar ke hospital dan  diserang angin ahmar dan menghembuskan nafas terakhir. \rPada awalnya polis  menahan pemilik restoran kerana mengesyaki menghidangkan makanan tidak bersih.\rAhli keluarga ahli perniagaan itu enggan mempercayainya ia kes keracunan makanan dan mendesak  polis menyiasat lebih lanjut dan menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM49,702) bagi  maklumat kematiannya.  –   AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.086927 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list