View: 218|Reply: 0
|
Penstrukturan baru Media Prima
[Copy link]
|
|
Syarikat di bawah konglomerat media dibahagi kepada enam unit perniagaanMEDIA Prima Bhd dan anak syarikatnya akan melaksanakan penstrukturan korporat peringkat dalaman secara menyeluruh bagi menyelaras bahagian perniagaan kumpulannya kepada unit perniagaan yang berbeza. \rPenstrukturan semula itu membabitkan beberapa entiti dalam segmen perniagaan sedia ada kumpulan kepada enam unit perniagaan utama iaitu Rangkaian Televisyen, Media Cetak, Rangkaian Radio, Media Luaran, Penciptaan Kandungan dan Media Baru. \r\n\n\n\n\r Media Prima dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia berkata, selepas penstrukturan itu, entiti yang sah akan menjadi syarikat utama kepada keenam-enam unit perniagaan barunya. \r\r\n\n\n\n\n Syarikat itu adalah Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) bagi Rangkaian Televisyen; The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) bagi Media Cetak; Synchrosound Studio Sdn Bhd bagi Rangkaian Radio; Big Tree Outdoor Sdn Bhd bagi Media Luaran; Primeworks Studios Sdn Bhd bagi Penciptaan Kandungan dan Alt Media Sdn Bhd bagi Media Baru.\rKonglomerat media terbesar tempatan itu berkata, ia akan segera melaksanakan fasa pertama penstrukturan semula itu yang membabitkan penjualan keseluruhan kepentingan ekuiti dan bukan ekuitinya dalam Natseven TV Sdn Bhd, Ch-9 Media Sdn Bhd dan Merit Idea Sdn Bhd yang memiliki keseluruhan Metropolitan TV Sdn Bhd kepada STMB bagi pertimbangan nilai buku keseluruhan RM376.7 juta.\rFasa berkenaan itu juga akan membabitkan penjualan keseluruhan kepentingan ekuiti dan bukan ekuiti Media Prima dalam Perintis Layar Sdn Bhd, yang memiliki keseluruhan Max-Airplay Sdn Bhd kepada Synchrosound dengan nilai buku RM18 juta.\r“Penstrukturan semula dalaman itu menunjukkan pengembangan kumpulan dalam penyepaduan berterusan dan mengoptimumkan pelaksanaan dengan sasaran meningkatkan kecekapan operasi dan prestasi kewangan bagi merangsang pertumbuhan dan keuntungan yang mapan.\r\n\n\n\r“Lembaga Pengarah dan pengurusan kumpulan percaya Media Prima akan mendapat manfaat ketara menerusi penyusunan semula syarikat kepada unit perniagaan yang lebih jelas. \r“Dengan berbuat demikian, setiap bidang perniagaan akan mempunyai syarikat utama dan anak syarikat yang mana berada di bawah pengurusan, operasi dan sumber kewangan yang khusus. Ia sekali gus membolehkan setiap unit perniagaan mencatat pertumbuhan,” katanya.\rMedia Prima berkata, fasa pertama penstrukturan semula itu akan berkuat kuasa dengan segera manakala fasa kedua dijangka selesai menjelang suku kedua tahun depan.\rTanpa mengambil kira perkara yang tidak diduga, penstrukturan semula itu dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2012. \rMedia Prima berkata, penstrukturan semula itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada pendapatan sesaham yang disatukan dan aset tetap bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2011.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|