CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Mari Menulis Puisi Akrostik

  [Copy link]
Post time 2-6-2013 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Muat Naik Imej

Mahu kongsi hasil tangkapan
Untuk sama2 beringat dan belajar
Ambil imej yg syarak benarkan
Tidak nanti ditarik ke An-Naar

Niat juga mesti dibetulkan
Agar penyakit hati tidak bertakhta
Ingat!  Awas rantai syaitan
Kerna dia musuh yg nyata

Imej berkata kpd semua
Manusia mcm apakah yg merekodnya itu
Engkau dan aku - akal dikurnia
Jangan kita berotak tepu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2013 11:26 AM | Show all posts
Akrostik Menulis

Menulis
Eloklah selepas membaca
Nasihat menasihati
Ungkapan memotivasi
Lihat ke arah memperbaiki
Imiginasikan kejayaan diri
Sesuatu yang bisa dikecapi.

CNM, 4/6/13, THMK
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecut

Kecut punya byk makna
Ejaannya semua tiada beza
Candang dan tegang antara lawannya
Ubah itu mungkin, tapi tidak semua
Tawajuh hati qada' qadarNya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2013 10:43 AM | Show all posts
Menghina

Menghina bukan budaya kita
Elok muhasabah diri sebelum berkata
Nak mengkritik jangan sampai menghina
Gagal kawal diri badan binasa
Hukum tak mengira siapa
Institusi kehakiman ada di mana-mana
Nak menuntut buat aduan buka bicara
Akal ada pilih jalan cakna.

CNM, 5/6/13, THMK.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 10:59 AM | Show all posts
Tafahus

Tafahuskan setiap berita
Agar tak tersilap menerka
Fahami setiap butiran kata
Analisis sedalam-dalam makna
Hayati sepenuh jiwa
Umunnya kesasihan dijaga
Sengketa mungkin tiada.

CNM, 6/6/13, THMK.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 09:39 PM | Show all posts
Hari Bapa

Hari bapa
Ahad ini jangan dilupa
Raikan dengan ayah
Imbas kenangan bersama

Berikan perhatian
Abah, Ayah, Abi semua sama
Pelindung yang perlu dibangga
Ambillah sedikit waktu mengharga mereka.

CNM, 14/6/13, THMK
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2013 12:41 PM | Show all posts
Jerebu

Jerebu
Elak menyedut debu
Rosak paru-paru
Elok guna topeng jerebu
Bahan pencemar ditapis dahulu
Untuk bersihkan udara ke paru-paru.

CNM, 16/6/13, THMK.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 10:12 PM | Show all posts
Ramadhan

Ramadhan hampir tiba
Anugerah Allah buat semua
Menganda amalan pahala
Ayat-ayat suci dibaca
Derma sedekah berpuasa
Hapuskan dosa-dosa
Agar mendapat redha
Nikmat mendapat syurga.

CNM, 27/6/13, THMK.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2013 10:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2013 11:14 AM | Show all posts
Akrostik Aidil Fitri

Aidil Fitri
Inilah hari dinanti
Dalam setahun hanya sekali
Ibadat puasa dirai
Lailatul Qadar janji diberi

Fitrah insan
Inginkan kebahagiaan
Terus tabah dalam kehidupan
Raikan hari mulia bermaafan
Ikatan persaudaraan bertautan

CNM, 28 Jul 13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2013 10:04 AM | Show all posts
Syawal

Syawal
Yang bakal tiba
Ambil kesempatan sucikan jiwa
Walau di mana berada
Akrabkan hubungan keluarga
Letakkan kemaafan perkara utama

CNM, 5/8/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2013 12:05 PM | Show all posts
Merdeka

Merdeka
Elemen keesahan negara
Rakyat tentukan pemimpin mereka
Dwi dewan jadi lambang kedaulatan negara
Entiti di bawah payung Mahkota
Kerajaan Raja berperlembagaan sistem kita
Amalan sejak bebas merdeka.

CNM, 10/8/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 07:38 AM | Show all posts
Akrostik LIMA ENAM

Langkah terus maju
Impian digapai menuju mercu
Malaysia terus dipacu
Ampuh berdiri teguh menugu

Esak tangis tiada berlagu
Najib pimpin negara berpadu
Ambang kejayaan bertamu
Malaysiaku aman sudah tentu.

CNM, 31/8/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 01:47 PM | Show all posts
Puisi Lakaran Hati Ku

Puisi
Untuk insan seni
Imiginasi mahupun realiti
Suatu perkongsian hati
Indah dianyam mencuit sanubari

Lakarkan bicara diri
Anugerah Ilham dari Ilahi
Kasih sayang akan bersemi
Andai saling memahami
Rungkai rahsia tersembunyi
Adil dalam komunikasi
Naluri tak tersakiti

Hayati
Ayat-ayat dilakari
Tentu ia bukan mimpi
Ia juga bukan fantasi

Kutip setiap titisan tinta bererti
Untuk memperindah kamar Ilusi.

CNM, 1/9/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 10:39 PM | Show all posts
Minyak Naik

Mengapa?
Imbuhan nak dinaik pula
Nak kaburkan mata?
Yang merana rakyat jelata
Apa agenda sebenarnya?
Kelemahan kian ketara...

Namun apa daya
Aku rakyat biasa
Ikut saja dalam terpaksa
Kebanyakannya amat tersiksa...

CNM, 2/9/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 10:24 PM | Show all posts
Akrostik Oktober

Oktober datang lagi
Kenangan berputar main indah sekali
Tentang engkau dan aku saling mengenali
Oktober pertemuan pertama kali
Bertentang mata membuai hati
Engkau hadir bagai mimpi
Rasa yang cukup bererti.

CNM, 23/9/13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2013 10:06 PM | Show all posts
Akrostik Graduasi

Graduasi
Raian memotivasi
Anak didik disuntik semangat tinggi
Dalam meredah denai ke universiti
Umum telah mengetahui
Ajaran guru perlu difahami
Sukatan pelajaran akan dikuasai
Ilmu pasti dimiliki.

CNM, 1/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 06:02 PM | Show all posts
Hipokrit

Hipokrit
Istilah orang suka membelit
Pandai melilit
Orang lemah terpalit
Kerenahnya menyulit
Rakan-rakan dibabit
Ingin lepaskan diri bila diungkit
Terkantoi mula mencirit.

CNM, 2/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 10:29 PM | Show all posts
Malam

Malam
Ayat-ayat kelam
Larik-larik berbalam
Aku rasa nak pitam
Masuk tidur dulu rehatkan kalam.

CNM, 30/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 03:21 PM | Show all posts
2014

Dua ribu empatbelas
Umur makin dilelas
Amalan baik perlu diganda lekas

Renungi yang lepas
Indah atau buruk yang meninggal bekas
Baiki diri andai terbabas
Usah bersedih ia dah terlepas

Esok masih ada ruang ke atas
Mencari reda Yang Atas
Perkemas
Amalan yang culas
Tetapkan takwa dari dicantas
Berwaspada dengan makhluk melemas
Elak dari dipulas
Laluan ke sana dipintas
Allah maha pembalas
Selamat diri dari apa neraka yang panas.

CNM, 24/12/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.114114 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list