CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Mari Menulis Puisi Akrostik

  [Copy link]
 Author| Post time 27-8-2022 03:01 PM | Show all posts
PENJARA

Perjalanan hidup tak sama
Elok buruk pengakhiran adalah pilihan
Natijah tersedia jadi panduan
Jujur amanah mungkin tak dihiraukan
Allah jua yang memberi ganjaran
Ramai karam dek mengejar kemewahan
Akhirnya terpasung sendirian.

Cnm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2022 04:52 PM | Show all posts
POLITIK

Pembohongan politikus nyata
Orang ramai rakus diperdaya
Laungan anti penyakau dana negara
Indah di mata telinga
Tautan jabat demi kuasa
Integriti prinsip lenyap tiba-tiba
Ke mana hala tuju nak dibawa?

Cnm,  12/12/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2022 05:00 PM | Show all posts
UNDI

Undi apa pun
Noreh tetap menoreh
Dak ubah apa-apa
Insan diundi poketnya menebal...

Cnm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2022 05:01 PM | Show all posts
PILIHANRAYA

Pilihanraya Malaysia
Insan pentadbir dipilih rakyat jelata
Lemah kuat undi penentu segala
Individu terpilih senyum bangga
Harapan rakyat nasib terbela
Amanah dilaksana sedaya upaya
Nikmat merdeka tak sia-sia
Ramai calon mula tunjuk muka
Ambil hati rakyat mencalit mereka
Ya lima tahun sekali memanis muka
Akulah wakil terpaling cakna...

Cnm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2022 05:17 PM | Show all posts
PENJARA

Perjalanan hidup tak sama
Elok buruk pengakhiran adalah pilihan
Natijah tersedia jadi panduan
Jujur amanah mungkin tak dihiraukan
Allah jua yang memberi ganjaran
Ramai karam dek mengejar kemewahan
Akhirnya terpasung sendirian.

Cnm 25/8/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2022 02:46 PM | Show all posts
UNDI PERCAYA

Undi percaya
Natijahnya amat bermakna
Demi sebuah kerajaan sejahtera
Integriti ahli parlimen dipinta

Parlimen akan menentukan keabsahannya
Elemen yang ditunggu lapisan rakyat jelata
Ramai yang menyokong atau sebaliknya
Cerminan pemimpin yang berjiwa
Ambil inisiatif menguji sokongan padanya
Yakin dan pasti beroleh jaya
Amanah negara dipikul tanpa yang mengata.

Cnm 14/12/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2023 08:10 AM | Show all posts
ROS PUTIH

Riasnya cantik lagi rupawan
Orang terpesona dek bauan
Sungguh, ...kan jadi dambaan

Putih bersih dalam kesucian
Unggul di lipatan ingatan
Terubat rindu kala berjauhan
Indahnya nilai persahabatan
Hadir atas ketentuan

Cnm, 22/12/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.075444 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list