CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9409|Reply: 137

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dibuka Jumaat depan

  [Copy link]
Post time 25-11-2011 11:57 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapat sambutan menggalakkan, kini Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) pula akan dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa.

Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah KIR1M akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lila Ruzaini Mohd. Hussai berkata, pihaknya memberi jaminan kelima-lima jenis ikan di bawah kategori 1Malaysia tersebut dijual pada harga lebih murah.
''Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.
''Walaupun ikan kami murah, tetapi kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

KIR1M akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.
Menurut Lila Ruzaini, kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak.
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan membuka lebih banyak cawangan KIR1M terutama di sekitar Lembah Klang bagi membantu orang ramai.
Tambah beliau, selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di KR1M bagi memudahkan orang ramai berbelanja.


agak2 ikan fresh ke tak??berapaq harga ikan nati???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 12:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by gaara_X at 25-11-2011 12:04

lepas nie cina tutp kedai woo!!....ahaks!!
cam jual ikan air tawar plak....kalau betul berita nie....depa kat sana leh tarik nafas lega....makan ikan woo!!
ikan murah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:14 PM | Show all posts
mai ikan mai...segar segar lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:17 PM | Show all posts
kena siasat ni, mungkin ikan ada e-coli dan kurang kandungan protein
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:20 PM | Show all posts
Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.


- RSIB ni dah banyak yang komen harganya mahal gile...rasa pulak tak best...ni dapat boleh kontrak buat kedai ikan 1Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:20 PM | Show all posts
kena siasat ni, mungkin ikan ada e-coli dan kurang kandungan protein
Pikir Post at 25-11-2011 12:17


Takpa.. Tony Phua nanti kasi compare sama ikan TESCO...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2011 12:22 PM | Show all posts
kedai ikan pulak.asal bau kroni kuat sangat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:23 PM | Show all posts
hairan gak restoren ikan bakar dapat jual ikan segar..kenapa tak kedai ikan saleh ka pasar basah rompin ka yg dapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 12:30 PM | Show all posts
Lepas tu nnt, ikan2 dijual kat KIR1M tak cukup kandungan ikan, kata DAP. PRrfftt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:32 PM | Show all posts
kena siasat ni, mungkin ikan ada e-coli dan kurang kandungan protein
Pikir Post at 25-11-2011 12:17

tgh tunggu nurul izzah buat pendedahan ikan ade dna babi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:35 PM | Show all posts
Lepas tu nnt, ikan2 dijual kat KIR1M tak cukup kandungan ikan, kata DAP. PRrfftt...
cmf_cluesan Post at 25-11-2011 12:30

tak pun dituduh ikan yg dijual spedis mutant...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:41 PM | Show all posts
huuuhuhu macam2 lah... berani diaorg jual beza 30-40peratus dr harga pasaran???... tak nak untung ka?.....

awat dulu2 tak leh buat???.....fuhhhh memang kaya giler lah org2 itu...harga sebenar murah.... jual mahal..... tgk nelayan still miskin, kedai cakap untung sekilo tak sampai $1 pun....emmmmmm

banyak persoalan pula..... tp pasti tak terjawap.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:44 PM | Show all posts
kesian orang bandar, semua benda nak kena kasi subsidi..orang kampung, orang sarawak bertenang je bayar barang-barang dengan harga berkali lebih mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:49 PM | Show all posts
ikan kembung RM 12????

kesiannya rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:52 PM | Show all posts
tunggu puaka komplen ikan x cukup hanyir...............
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 12:55 PM | Show all posts
kesian orang bandar, semua benda nak kena kasi subsidi..orang kampung, orang sarawak bertenang je ba ...
cyclotron Post at 25-11-2011 12:44



   org kg...org sarawak leh tangkap ikan kat sg....sarawak kan byk sg bsr2....buaya pun byk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 12:58 PM | Show all posts
hrpnya uncle jd suplier,   hidup melayu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 01:19 PM | Show all posts
makin bertambah la keje nya si puak2 PKR...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 02:21 PM | Show all posts
harap2 org2 kampung tak ditipu lagi, harga murah tapi ikan yg dah berhari2 org tak beli
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 02:26 PM | Show all posts
Harap-harap lepas ni ada yang check..
tengok..ikan dari perairan mana yang tinggi kandungan bakteria yang disebabkan kumbuhan najis....

so rakyat boleh avoid makan ikan2 tersebut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-12-2023 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.078631 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list