CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Maybank lancar identiti korporat baru Kim Eng

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) melancarkan identiti korporat baru bagi Kim Eng dan mengumumkan barisan pengurusan baru, sekali gus membawa entiti berkenaan ke arah menjadi pembekal perkhidmatan perbankan pelaburan terulung di ASEAN menjelang 2015.\rPelancaran identiti korporat dan pengumuman barisan baru Kim Eng itu juga berikutan selesainya pengambilalihan S$1.79 bilion (RM4.37 bilion) kumpulan itu awal tahun ini. \r\n\n\n\n\r  Urus niaga berkenaan juga telah dinobatkan sebagai Urus Niaga Terbaik di Singapura dalam The Asset Triple A Country Awards 2011.\r\r\n\n\n\n\n   Dalam satu kenyataan semalam, Maybank berkata, Kim Eng akan dikenali sebagai Maybank Kim Eng dan akan menggunakan simbol harimau serta warna kuning sebagai identiti korporat baru.\r“Ia juga akan mengekalkan nama korporat di Singapura, Hong Kong, India dan Indonesia, yang berubah hanya simbol dan warna baru, dan masih menunggu kelulusan kawal selia,” katanya.\rMaybank menamakan Ketua Eksekutif Maybank Investment Bank, Datuk Tengku Zafrul Tengku Aziz sebagai Ketua Eksekutif Maybank Kim Eng untuk memantau aktiviti global di 11 negara.\rIa juga menamakan Ronald Ooi sebagai Eksekutif Penasihat Maybank Kim Eng dan Tan Pei-San sebagai Ketua Perniagaan Antarabangsa untuk menyelia operasi di Filipina, Hong Kong, Vietnam, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n\rPresiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata urus niaga itu lebih daripada penggabungan dua entiti.\r“Kedudukan kukuh kami di rantau ini, bersama-sama dengan bakat dan kepakaran pasukan baru akan menerajui pengembangan perniagaan kami.\r“Kami juga dapat bersaing secara agresif dan menjadi peneraju dalam pasaran modal serantau,” katanya.\rBeliau berkata sinergi yang dijangkakan daripada urus niaga itu termasuk jualan silang dalam asas pelanggan yang diperluaskan, perbankan pelaburan yang lebih baik serta kecekapan pengurusan tunai.\r“Kim Eng boleh memanfaatkan kunci kira-kira Maybank dan juga menikmati kos dana yang rendah. Berikutan pengambilalihan itu, Maybank akan mempunyai rangkaian serantau yang lebih kukuh dan akses kepada pasaran Thailand,” katanya.\rAbdul Wahid berkata pengambilalihan Kim Eng adalah pelaburan yang tepat pada masanya dan strategik untuk menjadikannya kuasa besar kewangan serantau. \r– BERNAMA\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.269440 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list