CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

ASEAN cadang satukan FTA

[Copy link]
Post time 21-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Usaha memperluas dan memantapkan integrasi ekonomi Asia TimurASEAN serta rakan dialog sedang mengkaji kemungkinan memperluaskan serta memantapkan lagi integrasi ekonomi dengan mewujudkan hanya satu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara pertubuhan serantau 10 negara anggota itu dengan kesemua rakan perdagangannya di kawasan Asia Timur.\n\n\n\n  Kini ASEAN sudah mewujudkan FTA secara berasingan dengan enam rakan dialog di kawasan Asia Timur iaitu FTA Asean-China (2005), FTA Asean-Korea (2006), FTA Asean-Jepun (2009), FTA Asean-India (2010) dan FTA Asean-Australia dan New Zealand (2010).\n\n\n\n\n\n  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata untuk memastikan pemusatan ASEAN dikekalkan dalam proses perluasan itu, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN menggariskan satu set prinsip umum dalam usaha memperluas dan memperdalam hubungan ASEAN dengan rakan FTA masing-masing.Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 di Bali, Indonesia katanya, memperakukan Rangka Kerja Serantau bagi Kerjasama Komprehensif.“Pemimpin ASEAN juga memperakukan pelan kerja bagi ASEAN untuk mewujudkan templat ASEAN + 1 FTA, dengan mengambil kira Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA – ASEAN+3) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (ASEAN + 6),” katanya kepada wartawan Malaysia.Mustapha mewakili Malaysia pada Mesyuarat Persediaan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN untuk Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan.\n\n\n\nBeliau berkata, Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 bersetuju menerima cadangan bersama oleh Jepun dan China agar tiga kumpulan kerja dibentuk bagi menjalankan kajian integrasi berkenaan iaitu Kumpulan Kerja Perdagangan, Kumpulan Kerja Sektor Perkhidmatan dan Kumpulan Kerja Pelaburan.Katanya, ketiga-tiga kumpulan kerja itu akan meneliti butiran terperinci modaliti bagi integrasi ekonomi itu dan semua rakan perdagangan FTA akan kemudian turut diundang menyertai kumpulan kerja berkenaan.Beliau berkata, sidang kemuncak itu mengarahkan supaya semua kerja berkaitan dengan tempat dan modaliti berkaitan dengan tiga kumpulan kerja itu dimuktamadkan sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 pada November 2012.Seorang ahli ekonomi yang dihubungi Berita Harian berkata, senario ekonomi global semasa memberi motivasi kepada negara ASEAN untuk bergerak lebih pantas dari segi integrasi ekonomi dan perdagangan.“Keadaan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah  menjadikan agenda berkenaan lebih diperlukan dan rancangan ke arah integrasi itu akan dilaksanakan dengan segera. “Ketika Asia mencatatkan prestasi yang baik, fokus perlu digerakkan kepada ekonomi dan perdagangan yang lebih baik di kalangan negara ASEAN serta dengan pasaran luar secara bersepadu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list