View: 200|Reply: 0
|
RM37.68b bangun dua projek minyak
[Copy link]
|
|
PETRONAS, Shell sasar rizab perairan Malaysia meningkatPENGELUAR minyak terkemuka, PETRONAS dan Royal Dutch Shell akan melabur AS$12 bilion (RM37.68 bilion) bagi membangunkan dua projek penemuan minyak dipertingkatkan (EOR) di luar pesisir Sarawak dan Sabah.Kedua-dua projek dikenali sebagai Baram Delta dan North Sabah itu adalah projek EOR luar pesisir terbesar di dunia setakat ini.\n\n\n\n Projek dilaksanakan dalam tempoh 30 tahun itu dijangka meningkatkan hayat lapangan minyak di luar pesisir Sabah dan Sarawak sehingga 2040, sekali gus meningkatkan rizab minyak Malaysia.\n\n\n\n\n PETRONAS dan Shell semalam memeterai Kepala Perjanjian (HOA) bagi dua kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi membolehkan kedua-dua syarikat itu menjalankan aktiviti serta pelaburan untuk memanjangkan hayat serta meningkatkan faktor penemuan minyak di kedua-dua lapangan berkenaan.Berdasarkan perjanjian itu, Shell menerusi anak syarikatnya, Sarawak Shell Bhd (SSB), Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) dan Shell Sabah Selatan Sdn Bhd (SSS) serta rakan kongsinya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd akan membangunkan sembilan lapangan minyak di Baram Delta yang terletak di luar pesisir Sarawak dan empat lapangan minyak di kawasan pembangunan North Sabah yang terletak di luar pesisir Sabah dengan menggunakan teknik EOR atau teknologi lain yang bersesuaian.EOR dapat dilakukan menerusi suntikan gas, kimia, mikrobial atau penemuan termal. Sekitar 765 juta tong minyak rizab dijangka diperoleh menerusi peningkatan dalam kecekapan penemuan lapangan minyak, sekali gus menyumbang pertambahan pengeluaran 90,000 hingga 100,000 tong minyak sehari.Di samping itu, projek pembangunan EOR North Sabah berpotensi menjadi projek EOR Agen Surfaktan Polimer Beralkali (ASP) luar pesisir pertama di dunia membabitkan telaga mendatar.\n\n\n\nPengerusi Shell Malaysia, Anuar Taib, berkata perjanjian dimeterai dengan PETRONAS itu dijangka memberi kesan positif terhadap rizab minyak di negara ini.Katanya, perjanjian itu juga memberi manfaat serta menambah nilai aktiviti huluan industri minyak dan gas di Malaysia.“Shell sebagai rakan kongsi jangka panjang, gembira dapat menyumbang kepada aspirasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapa-tan tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam. Berdasarkan perjanjian PSC, PETRONAS Carigali memegang 60 peratus kepentingan ekuiti dalam kontrak perkongsian pengeluaran Baram Delta (tamat 2018) dan adalah pengendalinya manakala Shell memegang baki 40 peratus pegangan.Bagi perkongsian pengeluaran North Sabah (tamat 2019) akan dikendalikan Shell, dengan setiap syarikat memegang sama rata 50 peratus kepentingan. Unjuran peningkatan purata faktor penemuan di lapangan Baram Delta dan North Sabah menyaksikan peningkatan 50 peratus daripada 36 peratus, di samping memberi nilai yang besar kepada industri huluan di Malaysia dan dapat bertahan untuk beberapa dekad akan datang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|