CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2583|Reply: 3

'Belum masa berpesta'

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:38 AM | Show all posts |Read mode

KIM SWEE (berdiri) melayan anak-anak buahnya dalam  majlis makan tengah hari di sebuah restoran terkemuka di Jakarta semalam.



JAKARTA - "Kami tidak boleh berpesta seperti sudah memenangi pingat emas tetapi kami harus fokus bagi menghadapi perla- wanan akan datang."Itu peringatan yang diberikan oleh jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee kepada skuad kendali- annya semalam iaitu sehari selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand pada aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin.

Kim Swee berkata, barisan Harimau Muda tidak harus cepat berpuas hati se- lepas menumbangkan sku- ad 'Negara Gajah Putih' itu kerana persaingan bagi memburu slot separuh akhir dilihat masih terbuka buat semua pasukan.Bagi Kim Swee, mereka tidak boleh keciciran mata berharga ketika berdepan Kemboja pada Ahad ini sebelum dijadualkan menentang Indonesia empat hari kemudian.
Biarpun tampil selaku pasukan pilihan ketika membuat perhitungan dengan Kemboja nanti, Kim Swee berkata, skuad negara tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan yang tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.

"Kami tidak harus memandang rendah kemampuan Kemboja, sebaliknya para pemain harus fokus dan serius bagi menghadapi perlawanan tersebut."Seperti yang saya katakan sebelum ini, persaingan dalam Kumpulan A amat sengit. Saya percaya hanya pada hari terakhir (saingan Kumpulan A) nanti, baru kita akan tahu siapa lebih layak ke separuh akhir.

"Paling mustahak, skuad negara perlu mengutip sekurang-kurangnya tujuh mata untuk mara ke separuh akhir terlebih dahulu. Kemudian baru kita fikir mengenai peringkat akhir," jelas Kim Swee ketika ditemui Kosmo! semalam.Selepas mengharungi dua perlawanan, Harimau Muda menerajui Kumpulan A apabila berkongsi empat mata dengan Singapura, diikuti Indonesia (tiga), manakala Thailand dan Kemboja gagal meraih sebarang mata.

Hari ini, Indonesia akan menentang Singapura, aksi yang dinantikan oleh Kim Swee bagi mengintai kekuatan Indonesia yang sebelum ini mudah membelasah Kemboja 6-0.Biarpun mengakui kedua- dua pasukan mempunyai peluang seimbang, Kim Swee tetap menganggap Singapura masih mempunyai kekuatan bagi menjerat tuan rumah.

"Bagi saya, apa yang lebih penting keputusan membabitkan skuad negara. Kami tidak boleh kehilangan mata berharga dalam baki dua perlawanan terakhir.
"Setiap mata yang dikutip amat penting dan tidak mustahil, penentuan bagi mencari pasukan yang layak ke separuh akhir diten- tukan menerusi perbezaaan gol," katanya.Mengulas pertemuan dengan Thailand kelmarin, Kim Swee berkata, anak- anak buahnya mula menunjukkan karakter positif di tengah padang berbanding aksi ketika bertemu Singapura yang menyaksikan mereka sekadar seri tanpa jari- ngan.

"Ia satu kemenangan yang memang kita cari bagi memastikan kita layak (ke separuh akhir). Bagi saya, para pemain boleh beraksi dengan baik lagi berbanding semalam (kelmarin).

"Tetapi saya berbangga kerana karakter positif yang ditunjukkan para pemain. Ada beberapa pemain yang telah memainkan peranan penting bagi membantu pasukan mencipta kemenangan dan mereka harus diberi pujian."Pemain gantian juga telah menunjukkan prestasi yang baik dan sudah tentu saya gembira melihatkan situasi itu."

Selepas mengharungi jadual padat sejak tiba di Jakarta minggu lalu, skuad Harimau Muda diberi rehat semalam sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2011 09:36 AM | Show all posts

‘Waspada ancaman Kemboja’


PARA pemain negara (kiri) meraikan kejayaan mereka menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin.



KEJAYAAN menjinakkan Thailand 2-1 pada aksi kedua Kumpulan A pada temasya Sukan SEA 2011 kelmarin telah menggembirakan jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan.Kemenangan tersebut dilakar selepas skuad Harimau Muda sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembuka tirai, Isnin lalu.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu dilihat kembali ke landasan sebenar dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu.Setakat ini, Harimau Muda berkongsi empat mata dengan  Singapura yang turut menang 2-1 ke atas Kemboja dalam satu lagi perlawanan kumpulan A kelmarin.

Skuad Harimau Muda yang bakal melayan cabaran Kemboja pada Ahad ini akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Indonesia empat hari kemudian.Jika tidak mahu memilih jalan sukar, skuad negara perlu mencatat kemenangan yang besar ke atas Kemboja nanti bagi mengelak dipintas Singapura pada saat-saat akhir.


Meskipun dianggap pasukan belasahan, Kemboja yang bimbing jurulatih, Tae Hoon Lee tidak mustahil mampu membuat kejutan, sekali gus menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pasukan negara dan ia juga diakui jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
“Saya harap pasukan negara tidak mengambil mudah cabaran Kemboja. Kita harus menang bagi mengelak tekanan berdepan Indo- nesia pada perlawanan terakhir nanti,” kata Rajagobal ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebelum berlepas ke India petang semalam.
Mengimbau rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada temasya Sukan SEA, keputusan dilihat lebih berpihak kepada Malaysia apabila membelasah Kemboja 4-0 di peringkat kumpulan di Vientiane, Laos dua tahun lalu menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat, Nor- shahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Safiq Rahim.

Harimau Muda juga membelasah Kemboja, masing-masing 8-1 dan 5-0 ketika diundi dalam satu kumpulan bagi temasya 2003 dan 2005.

Begitupun, kredibiliti penyerang Kemboja, Phourng Soksana dan Chin Choeun yang sesekali berjaya mencemaskan kubu Indonesia ketika dibelasah 0-6 pada aksi pembuka tirai Isnin lalu juga tidak boleh dibiarkan bermaharajalela.

Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa anak-anak buah Kim Swee sebelum ini pernah tewas 0-1 kepada Kemboja dalam satu aksi persahabatan pada Jun lalu.

Justeru, ada baiknya mereka tidak terlalu yakin sehingga gagal meraih tiga mata berharga.Tambahan pula, misi menentang Indonesia di depan penyokong fanatik Sang Garuda memang satu tugas sukar jika kita tewas atau seri ketika menentang Kemboja nanti.

Aksi Kumpulan B juga tidak kurang hebat apabila Myanmar dan Vietnam kini masing-masing mengumpul tujuh mata sambil diekori rapat oleh Timor-Leste yang mengutip enam mata.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 09:06 PM | Show all posts
woooowww   sedap sedap nya makanan.
Indon kata enak pak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 09:07 PM | Show all posts
knapa Ong K Swee tak makan. berdiri sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052854 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list