CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1217|Reply: 2

Menteri Belia dan Sukan yang bawa masuk atlet Israel

 Close [Copy link]
Post time 1-11-2011 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nikaido at 1-11-2011 16:12

| Print |
Muhammad Faizal          

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad(gambar kecil)menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.

Tambahnya lagi, mengenai penglibatan peserta Israel, Ilya Grad kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.

"Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.

"Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya," katanya.

Khalid memberitahu mengenai penglibatan kerajaan negeri dengan peserta Israel itu tidak benar kerana kerajaan negeri hanya terlibat untuk menganjur dan menyediakan tempat.

Kenyataan Ahmad Shabery semalam memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan tersebut manakala kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

"Untuk mendapatkan tempat sebahagian daripada kos tersebut, kita diberitahu bahawa ia perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, apa yang kerajaan negeri lakukan semuanya diketahui oleh kementerian.

"Kita dijemput sebagai penganjur dam penyediaan tempat manakala urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian.

"Saya jelaskan kenyataan menteri itu tidak benar sama sekali," sambungnya lagi.

Kehadiran Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini telah menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Negara Israel boleh memasuki Malaysia.

Malah sewaktu memasuki Malaysia beliau ditahan selama 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia" mengikut kenyataan di blog tinju Muay Thai Authority.

Kejohanan tersebut telah dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.



# aku cuma tengok Faizal (wakil Malaysia orang Kelantan) lawan.....walaupun nampak tak segagah kebanyakan peserta lain tapi kakinya panjang dan sepakannya pantas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2011 04:13 PM | Show all posts
damn...apasal color dia jadi lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 04:14 PM | Show all posts
Dah ada dah thread nie. Sila search dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065216 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list