CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Ribut salji luar biasa landa timur AS

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua juta penduduk bergelap selepas bekalan elektrik terputus, penerbangan dibatalkanBOSTON: Ribut salji yang jarang berlaku pada  Oktober melanda bahagian pantai timur Amerika Syarikat menyebabkan bekalan elektrik kepada lebih dua juta penghuni rumah terputus, memaksa penerbangan dibatalkan dan meragut  sekurang-kurang tiga nyawa setakat ini.\n\n\n\nNew York, New Jersey, Connecticut dan Massachusetts mengisytiharkan kecemasan akibat ribut itu.\n\n\n\n\n“Kami menjangkakan salji akan terus turun di New York dan Maine. Menjelang pagi esok semua kawasan dilitupi salji,” kata pakar kaji cuaca kanan AccuWeather.com, Alan Reppert.Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Connecticut, Scott Devico, berkata keadaan jalan yang licin menyebabkan kemalangan maut yang meragut satu nyawa di Colchester, Connecticut. Di Temple, Pennsylvania, seorang lelaki 84 tahun terbunuh apabila pokok dipenuhi salji tumbang di atas rumahnya, kata jurucakap Jabatan Polis Pekan Muhlenberg.Selain itu, seorang pemuda  20 tahun maut terkena renjatan elektrik apabila terpijak landasan kereta api elektrik sebaik keluar dari kenderaannya, kata jurucakap polis Springfield.\n\n\n\nSalji turun dari tengah Pennsylvania ke Massachusetts selepas menyelimuti sebahagian Virginia, Virginia Barat dan Maryland awal pagi semalam, kata AccuWeather.com.Salji tidak pernah berlaku pada  Oktober, sementara ribut itu mencatatkan rekod dalam penurunan salji secara keseluruhan.AccuWeather.com melaporkan ribut salji yang tidak diduga itu memecahkan rekod yang tidak pernah berlaku sejak 1925 untuk Taman Pusat New York. Bandaraya New York dijangka dilitupi salji dengan ketebalan 7.5 hingga 15 sentimeter sebelum ribut menjadi lemah malam Sabtu, kata Reppert. Salji turut turun di ibu negara Amerika, Washington. Bekalan elektrik terputus disebabkan salji, ais dan pokok tumbang dilaporkan dari pertengahan Atlantik ke New England, menyebabkan jutaan penduduk dalam kegelapan.Penangguhan penerbangan dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia dan lapangan terbang sekitar New York. Sekurang-kurang 1,000 penerbangan dibatalkan dan Lapangan Terbang Teterboro di New Jersey ditutup sementara, kata perkhidmatan pengesanan penerbangan FlightAware.com.Di Connecticut, Gabenor Dannel Malloy mengarahkan kenderaan bukan untuk tujuan kecemasan tidak menggunakan jalan raya di Wilbur Cross dan Merritt Parkways berikutan keadaan pemanduan yang berbahaya. “Ini adalah ribut kuat bulan ini. Kita jarang melihat ribut yang kuat seumpama ini,” kata ahli kaji cuaca kanan,  AccuWeather.com, Paul Walker. Di Bandaraya New York, salji dan keadaan sejuk menguji penunjuk perasaan yang berkampung di Wall Street membantah mengenai ketidaksamaan ekonomi negara itu.Bertahan dengan angin kuat, penunjuk perasaan berkelubung dalam khemah dari salji di taman di kawasan kewangan di Manhattan di mana pergerakan itu kali pertama membina khemah mereka enam minggu lalu, mencetuskan penempatan serupa di taman perbandaran di seluruh Amerika. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.307185 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list