CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3624|Reply: 4

Data center@network operation center Blackberry hanya ada dua dalam dunia nie?

[Copy link]
Post time 31-10-2011 08:56 AM | Show all posts |Read mode
    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Isu kegagalan servis ini membangkitkan persoalan serius dari kalangan pengguna khususnya sektor industri yang bergantung pada platform BlackBerry tersebut.


Juru analis memaklumkan kepada Computerworld UK bahawa pihak Research In Motion (RIM) perlu mempertimbangkan untuk membangunkan lebih banyak pusat data untuk mengelak sebarang risiko yang boleh berlaku di masa hadapan. Disebabkan oleh kejadian ini, kebanyakkan pengguna BlackBerry di UK hanya dapat menggunakan aplikasi, menerima email dan lain - lain servis BlackBerry sepenuhnya beberapa hari kemudian.


Dalam sidang media yang telah diadakan, David Yach iaitu Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Research In Motion (RIM) telah mengesahkan bahawa isu masalah teknikal yang dialami adalah disebabkan oleh kegagalan rangkaian data di pusat operasi rangkaian utama yang terletak di Slough, United Kingdom. Pusat operasi rangkaian atau dikenali dalam istilah NOCs (network operation centres) yang berpusat di Slough ini merupakan aliran trafik data BlackBerry tunggal pengguna di Eropah, Asia tengah, Afrika, India dan tiga lagi pengendali rangkaian komunikasi di Amerika selatan. Masalah kegagalan titik tunggal atau dikenali dalam istilah 'single point of failure' bermula setelah kegagalan sistem rangkaian untuk bertukar ke suis rangkaian data yang lain, oleh yang demikian sebarang servis dari Research In Motion (RIM) hampir lumpuh sepenuhnya. Pihak Research In Motion (RIM) hanya mempunyai dua pusat rangkaian data termasuk yang mengalami masalah kegagalan tersebut untuk menyediakan servis bagi pengguna di seluruh dunia. Sebuah lagi pusat data rangkaian data adalah terletak di Waterloo, Canada.


Gambarajah menerangkan situasi 'single point of failure' di mana suis rangkaian menjadi kegagalan titik tunggal untuk berhubung di antara pelayan & komputer.
Kredit Foto: [url]http://en.wikipedia.org/wiki/Single_point_of_failure[/url]


Kegagalan pusat operasi rangkaian yang terletak di Slough, United Kingdom ini memberi beban yang lebih kepada trafik data BlackBerry yang dihantar dari Amerika selatan & Asia ke beberapa negara yang sepatutnya aliran trafik diuruskan oleh pusat operasi rangkaian yang terletak di Slough, United Kingdom. Oleh kerana bebanan data berlebihan, keseluruhan rangkaian BlackBerry hampir lumpuh seolah mengalami situasi serangan penafian-perkhidmatan atau dikenali sebagai denial-of-service attack (DoS attack) atau distributed denial-of-service attack (DDoS attack), walaubagaimanapun David Yach - Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Research In Motion (RIM) menafikan di mana tiada sebarang bukti bagi ancaman sekuriti untuk mengaitkan dengan kegagalan tersebut.

Terdapat hampir 70 juta pengguna BlackBerry seluruh dunia di mana Research In Motion (RIM) turut bersaing hebat dengan pesaing pasaran seperti pengeluar peranti iPhone & Android. Juru analis peranti & platform dari Ovum (firma penganalisis dan perundingan IT & teknologi berpengkalan di London), Nick Dillon dengan tegas berkata Research In Motion (RIM) perlu mewujudkan lebih banyak pusat data mahupun pusat rangkaian data sekiranya isu bencana kegagalan menjadi kebiasaan dalam membekalkan servis kepada pengguna.
Nick Dillon berkata kepada Computerworld UK: "Research In Motion (RIM) hanya mempunyai dua pusat operasi rangkaian global untuk menguruskan trafik data BlackBerry, dalam banyak cara masih memberi kekuatan pada sistem mereka dengan cekap untuk menghantar mesej email kepada pengguna. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama mereka berdepan dengan risiko besar bagi kegagalan servis sekiranya kedua kedua pusat operasi rangkaian global ini lumpuh yang tidak dapat menampung permintaan memandangkan pengguna platform BlackBerry yang makin meningkat ramai di seluruh dunia."

Setelah gangguan perkhidmatan servis Blackberry terbesar di US pada 2008 di mana menyulitkan 12 juta pengguna BlackBerry, Research In Motion (RIM) telah membuka pusat data serantau yang baru pada tahun 2009 di Texas pada masa yang sama turut membina sebuah lagi pusat data serantau di Atlanta, Georgia. Persoalan tentang pampasan bagi pelanggan Research In Motion (RIM), Nick Dillon berkata mungkin ianya akan diusahakan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih itu sendiri di mana syarikat itu membayar yuran servis secara bulanan kepada Research In Motion (RIM) di mana nilai yuran tersebut telah dikenakan kepada pelanggan mereka.

Dua syarikat telekomunikasi mudah alih yang beroperasi di negara Teluk telah mengumumkan bahawa mereka akan memulangkan bayaran balik bagi selama 3 hari kegagalan servis tersebut.


Kredit: http://www.gombug.net/v1/BM/index.php?option=com_content&view=article&id=11:kegagalan-titik-tunggal-research-in-motion-rim-syarikat-pengeluar-blackberry&catid=2:technology-news-and-it-business-intelligence

** Sekadar berkongsi artikel dengan warga Cari.com.my. Walaubagaimanapun, sungguh xsangka selama ini ada 2 ketul jah data center/Network operation center utk support pengguna blekberry satu dunia..huhuhu kental!  Apa beza data center sama network operation center ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 05:16 PM | Show all posts
apa masalahnya kalo server data centre tu down kat pengguna bb di malaysia?

x de effect apa2 pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2011 05:31 PM | Show all posts
entah.. aku pom enpom hitam puteh...xpenah sentuh pom blekberry nie.. cuma dok dengan orang pakai blekberry bangga jah all data mereka secure simpan kat server obersi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 05:42 PM | Show all posts
dah tak best pakai blackberry byk sgt masalah dgn apps pon byk tak menarik...tak cukup setahun pun... nak tuka HTC plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 03:07 AM | Show all posts
dah tak best pakai blackberry byk sgt masalah dgn apps pon byk tak menarik...tak cukup setahun pun.. ...
beyou Post at 7/2/2012 05:42 PM


long live Android!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067066 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list