CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3647|Reply: 2

OKU mahu jejantas bergerak

[Copy link]
Post time 27-10-2011 11:21 AM | Show all posts |Read mode
300 berkumpul rayu Kabinet selepas permintaan dipandang sepi

PETALING JAYA: Seramai 300 orang Kurang Upaya (OKU) berkumpul di Taman Tasik Jaya di sini bagi merayu Kabinet menyediakan jejambat penghubung antara terminal dan kapal terbang atau aerobridge  (jejantas bergerak) di terminal penerbangan tambang murah baru, KLIA 2  yang sedang giat dibangunkan ketika ini bagi kemudahan golongan berkenaan.

Mereka mendakwa Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak menyediakan kemudahan itu di KLIA 2 yang dijangka siap April tahun depan dan lebih mengecewakan mereka apabila dimaklumkan pihak berkenaan bahawa jejantas itu hanya akan disediakan pada masa depan berdasarkan keperluan.  Golongan OKU itu yang berkerusi roda, bermasalah berjalan, masalah  pendengaran, penglihatan terhad, warga tua dan sebagainya berkata, hasrat mereka mendapatkan kemudahan berkenaan dipandang sepi selepas MAHB tidak memberikan sebarang jawapan walaupun beberapa kali permintaan itu dikemukakan.   Danny Tan,44, berkata walaupun mereka OKU, tetapi kerap menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk ke destinasi tempatan atau luar negara bagi pelbagai urusan.

Beliau berkata, tanpa kemudahan aerobridge berkenaan, mereka berdepan banyak masalah di lapangan terbang.

“Memang di lapangan terbang ada kemudahan khidmat pelanggan yang  boleh membantu OKU tetapi persoalannya, adakah ia memenuhi keperluan setiap masa dan berapa ramai yang terlatih untuk membantu kami.

“Berdasarkan pengalaman, saya sendiri terpaksa menunggu berjam lamanya untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan khas ke kapal terbang, malah kadangkala perkhidmatan berkenaan tiada kerana perlu ditempah lebih awal.

“Aerobridge bukan saja melancarkan pergerakan individu berkerusi roda, malah warga tua, kanak-kanak, ibu hamil dan sebagainya yang lebih mudah serta selamat. Selaras populasi negara menuju penuaan, aerobridge wajib diwujudkan di lapangan terbang termasuk di lapangan terbang kos murah,” katanya.

Rakannya, Hayden Tan, 35, berkata kementerian dan MAHB patut memikirkan halangan terpaksa ditempuh OKU yang ingin menaiki kapal terbang melalui pejalan kaki yang turut dilalui individu normal lain termasuk apabila keadaan cuaca tidak menentu selain terpaksa mendaki tangga curam.

“Jika OKU bersaiz kecil, mungkin petugas kabin boleh membantu mengangkat mereka tetapi bagaimana bagi mereka yang berbadan besar.

“Lebih membahayakan apabila OKU terpaksa menaiki tangga sebelum masuk dalam kapal terbang yang mungkin keadaannya licin selepas hujan dan boleh menyebabkan kemalangan dan masalah sama turut dihadapi mereka yang lanjut usia, kanak-kanak dan wanita hamil.

“Mengapa masalah ini tidak diambil kira dalam membangunkan sebuah lapangan terbang dan kami memohon tindakan tertentu dilakukan bagi membantu golongan OKU dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Pada pertengahan Julai lalu, Pengerusi MAHB, Tan Sri Aris Othman memutuskan untuk tidak membina aerobridge di KLIA 2 bagi menjimatkan sehingga RM104 juta untuk pemasangan 80 jambatan udara di 68 pintu di terminal itu membabitkan kos RM1.3 juta setiap satu, selain permintaan Air Asia yang tidak memerlukannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 11:06 AM | Show all posts
ai...diorg bukan pasang ker aerobridge tue...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 11:07 AM | Show all posts
ai...diorg bukan pasang ker aerobridge tue...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.389240 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list