CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2250|Reply: 18

solat tasbih... bolehkah?

[Copy link]
Post time 25-10-2011 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wrt. wbt.,
Tokwan ada kemusykilan... dalam solat sunat tasbih, kita kena bertasbih,(rakaat pertama) lepas fatihah - 15 kali, rukuk - 10 kali, iktidal - 10 kali, sujud pertama - 10 kali, duduk ant. sujud - 10 kali, sujud ke2 - 10 kali... duduk sebelum bangkit utk rakaat ke2- 10 kali... (dlm rakaat ke2) - lepas fatihah - 15 kali, rukuk, iktidal, sujud 1, duduk ant. sujud, sujud 2, duduk tahiyat x 10 kali... jadi semua 150 kali... lepas tu kita solat yg kedua... sama jugaklah tasbih dia. Kemusykilan dia begini... tokwan musykil nak buat tasbih 10 kali semasa duduk sebelum bangkit rakaat ke2... (sebab duduk ini kalau dlm solat biasa sat saja... ni kalau baca tasbih 10 kali... jadi lama... takut kita tertambah perlakuan dlm solat tu pulak... (pd diri tokwanlah))... jadi tokwan buat lagu ni, tasbih yg 10 tu tok baca 15 kali masa iktidal & 15 kali masa duduk ant sujud... (tak buat duduk sebelum bangkit utk rakaat ke2)... boleh ke tidak begini? atau tokwan dah mengubah kafiat solat tasbih ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 02:07 PM | Show all posts
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ بِشْرِ بْنِ الْحَكَمِ النَّيْسَابُورِيُّ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ أَبَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ - ص 30 - رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً
( سنن أبي داود باب صَلَاةِ التَّسْبِيحِ)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 02:08 PM | Show all posts
Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya, Abbas bin Abdul Mutalib RA:
“Wahai Abbas! Wahai bapa saudaraku! Tidakkah aku berikan kepadamu, tidakkah aku hadiahkan kepadamu, tidakkah aku anugerahkan kepadamu, tidakkah aku beritahu suatu amalan sekiranya kamu mengamalkannya akan mendapat sepuluh manfaat? Iaitu Allah akan mengampuni dosamu baik yang awal mahupun yang akhir, yang baru mahupun yang lama, yang tidak sengaja mahupun yang sengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.

(Amalan itu ialah) Hendaklah engkau mengerjakan solat empat raka’at, engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya

-pada raka'at pertama dan engkau masih berdiri, maka ucapkanlah:
  سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ  
(SubhanAllah walhamdulillah wa-laa Ilaaha illAllahu wAllahu Akbar) 15 kali
-kemudian ruku’lah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang ruku’,
-kemudian setelah angkat kepala dari ruku' (sebelum sujud) bacalah doa tersebut 10 kali,
-kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud,
-kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali
-kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali
-kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali.
-Itulah 75 kali dalam setiap raka’at, dan lakukanlah hal tersebut pada empat raka’at.

Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu.”

(Sunan Abu Daud, Kitab As-Solat, Bab Solat Tasbih)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 02:10 PM | Show all posts
alamak! translate la sikit sheikh... bukan semua orang boleh baca arab daa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 02:15 PM | Show all posts
tokwan musykil nak buat tasbih 10 kali semasa duduk sebelum bangkit rakaat ke2... (sebab duduk ini kalau dlm solat biasa sat saja... ni kalau baca tasbih 10 kali... jadi lama... takut kita tertambah perlakuan dlm solat tu pulak... (pd diri tokwanlah))
tokwan_jantan Post at 25-10-2011 09:53


Salam...

Itulah kaifiat Solat Tasbih menurut Sunnah, dalam setiap pergerakan dalam Solat Tasbih ada tasbih yang dibaca termasuklah ketika duduk selepas sujud yang kedua sebelum bangun ke raka'at seterusnya (dalam Solat biasa duduk itu ringkas atau terus bangun), dan juga ketika bangun dari ruku' sebelum sujud (dalam solat biasa tunggu sebentar sahaja)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 02:16 PM | Show all posts
alamak! translate la sikit sheikh... bukan semua orang boleh baca arab daa...
kupia Post at 25-10-2011 14:10


Alamak... rasanya dah post #3, atau tak keluaq ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2011 06:01 PM | Show all posts
Alamak... rasanya dah post #3, atau tak keluaq ke?
mnm77 Post at 25-10-2011 14:16



keluar
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:31 PM | Show all posts
Penah dengar dalam kuliyah, kalo kita solat sunat tasbih pada waktu siang, kena wat 4 rakaat satu salam.  Kalo kita solat sunat tasbih pada waktu malam, kena wat 4 rakaat 2 salam.  Harap2 x salah dengar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 08:16 PM | Show all posts
Aku regging isteri aku dulu dengan solat tasbih....Pastu sambung pulak ngan solat subuh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 08:49 PM | Show all posts
Sebelum ni dok baca je pasal solat tasbih. Ada sekali berjemaah diimamkan oleh ustazah Norhafizah Musa.. baru la tahu mcmana solat tasbih ni. Syahdu bila buat solat ni sbb bibir bertasbih memuji kebesaran Allah pada kedudukan2 tertentu.

Disamping mendapat pahala... solat ni juga satu riadah yg baik. Bila kita bertasbih (bacaan yg bukan spt keretapi ETS) kita akan berada dlm satu2 kedudukan dlm masa yg agak lama.. bagus tuk pengaliran darah.. wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 09:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 26-10-2011 00:21
Penah dengar dalam kuliyah, kalo kita solat sunat tasbih pada waktu siang, kena wat 4 rakaat satu sa ...
Limao Post at 25-10-2011 18:31


solat sunat tasbih 4 rakaat sahaja dengan satu salam.  boleh buat siang hari tapi digalakan buat di waktu malam... WA
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 09:35 PM | Show all posts
solat sunat tasbih 2 rakaat sahaja dengan satu salam.  boleh buat siang hari tapi digalakan buat ...
kupia Post at 25-10-2011 21:23



Errr...tapi kalo bace hadith kat atas tu die tulih 4 rakaat.  Ke aku silap bace?  Kalo salah tolong betolkan.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 12:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 26-10-2011 00:22
Errr...tapi kalo bace hadith kat atas tu die tulih 4 rakaat.  Ke aku silap bace?  Kalo salah t ...
Limao Post at 25-10-2011 21:35


silap tulis betul 4 rakaat bukan 2 rakaat... 75 kali tasbih satu rakaat. WA
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 09:55 PM | Show all posts
hmmm.....   satu malam masa bulan ramadhan tu buat 4 rakaat 2 salam.  Tapi ada satu rakaat tu rasanya ruku' 2 kali atau aku yang terperasan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2011 09:33 AM | Show all posts
mnm77... oh jadinya solat tasbih yg tokwan buat tu tak sah lah?... uhh!... soalan lagi,... masa mana kita nak sebut 'Allah hu Akbar'?... adakah selepas sujud ke-2 atau selepas duduk (sblm bangkit rakaat ke2)... atau, selepas sujud ke2, kita sebut 'Allah hu Akbar'... kemudian, bila bangkit utk rakaat ke2, tak payah sebut lagi dah?.... tokwan, prihatin dgn 'Allah hu Akbar' ni, sebab takbir dlm solat menandakan perubahan perbuatan dlm solat... katalah, dah takbir selepas sujud ke2... makna kata, duduk tadi dah jadi satu perbuatan, (apatah lagi) lepas tu, kita takbir lagi utk bangkit... dah jadi menambahkan perbuatan dlm solat!... kalau solat biasa, kita takbir tu panjang... dan duduk tu pula sat saja... boleh tulung bagi pencerahan bab ni kpd tokwan!...
lagi satu, banyak ustaz yg tokwan mengaji kata... betullah solat tasbih 4 rakaat, kalau buat malam, kita buat 2 rakaat 1 salam... 2 kali solatlah... kalau buat siang, buat terus 4 rakaat... sekali lagi dimohon pencerahan... terima kasih!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 10:14 AM | Show all posts
mnm77... oh jadinya solat tasbih yg tokwan buat tu tak sah lah?... uhh!... soalan lagi,... masa mana kita nak sebut 'Allah hu Akbar'?... adakah selepas sujud ke-2 atau selepas duduk (sblm bangkit rakaat ke2)... atau, selepas sujud ke2, kita sebut 'Allah hu Akbar'... kemudian, bila bangkit utk rakaat ke2, tak payah sebut lagi dah?.... tokwan, prihatin dgn 'Allah hu Akbar' ni, sebab takbir dlm solat menandakan perubahan perbuatan dlm solat... katalah, dah takbir selepas sujud ke2... makna kata, duduk tadi dah jadi satu perbuatan, (apatah lagi) lepas tu, kita takbir lagi utk bangkit... dah jadi menambahkan perbuatan dlm solat!... kalau solat biasa, kita takbir tu panjang... dan duduk tu pula sat saja... boleh tulung bagi pencerahan bab ni kpd tokwan!...
lagi satu, banyak ustaz yg tokwan mengaji kata... betullah solat tasbih 4 rakaat, kalau buat malam, kita buat 2 rakaat 1 salam... 2 kali solatlah... kalau buat siang, buat terus 4 rakaat... sekali lagi dimohon pencerahan... terima kasih!
tokwan_jantan Post at 27-10-2011 09:33


Salam tokwan,

Ni setakat yang saya tahu la, boleh tanya ustaz-ustaz yang lebih arif untuk pencerahan selanjutnya.

1. Berkenaan sah tak sah tu serahkan pada Allah, setiap amalan ibadat khusus yang kita lakukan berdasarkan pengetahuan kita tu yang penting sekali ialah ikhlas. Amalan sunnat/nafilah tu elok diteruskan dan boleh dibaiki setiap masa, terutamanya apabila timbul kemusykilan dan kemudian sampai ilmu yang lebih jelas pada kita.
2. Pasal sebut AllahuAkbar tu, umum dalam setiap pergerakan solat kita sebut. Untuk sujud ke 2 sebelum bangun ke raka'at seterusnya, jika tak sebut tidak membatalkan solat. Samada sebut atau tidak, tidak menambahkan rukun solat itu sendiri.
3. Solat Tasbih boleh dibuat dengan 2 salam atau 1 salam, yang penting 4 raka'at dengan 75 kali tasbih setiap raka'at (jumlah 300).

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 10:35 AM | Show all posts
alhamdulillah....bertambah ilmu ku hari ni....thanks pada yg bertanya & memberi jawapan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2011 12:19 PM | Show all posts
tuan mnm77... soalan mengenai takbir ni... tokwan rasa tuan salah faham sikit... bukan pasal takbir tu yg jadi kemusykilan... tokwan tau lah yg takbir tu sunat... yg jadi kemusykilan begini... lazimnya takbir ni jd penanda berubahnya perbuatan dlm solat, misalnya, sujud (takbir) duduk ant. 2 sujud (takbir) bangkit... dlm bab solat tasbih, yg kata baca tasbih 10 kali masa duduk selepas sujud ke2... (sbelum bangkit sambung rakaat ke2)... kita nak takbir masa mana?... bila kata takbir lepas sujud ke2... makna kata duduk tadi jadi satu perbuatan... yg ni jadi musykil ni... nak takbir masa mana? tujuan dia supaya perbuatan kita duduk tadi tu tak dikira sebagai tambahan perbuatan solat!... sekian, mohon pencerahan!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 12:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-10-2011 12:39
soalan mengenai takbir ni... tokwan rasa tuan salah faham sikit... bukan pasal takbir tu yg jadi kemusykilan... tokwan tau lah yg takbir tu sunat... yg jadi kemusykilan begini... lazimnya takbir ni jd penanda berubahnya perbuatan dlm solat, misalnya, sujud (takbir) duduk ant. 2 sujud (takbir) bangkit... dlm bab solat tasbih, yg kata baca tasbih 10 kali masa duduk selepas sujud ke2... (sbelum bangkit sambung rakaat ke2)... kita nak takbir masa mana?... bila kata takbir lepas sujud ke2... makna kata duduk tadi jadi satu perbuatan... yg ni jadi musykil ni... nak takbir masa mana? tujuan dia supaya perbuatan kita duduk tadi tu tak dikira sebagai tambahan perbuatan solat!... sekian, mohon pencerahan!
tokwan_jantan Post at 27-10-2011 12:19


Salam...

Errrr... saya rasa macam saya dah faham soalan tokwan, tapi mungkin penerangan saya tu ter-missed sesuatu...

Kalau saya, macam ni saya buat:

1. Dari sujud ke-2 --> duduk selepas sujud ke-2: takbir, lepas tu baca tasbih tersebut 10 kali
2. Kemudian dari posisi duduk selepas sujud ke-2 --> bangun (qiyam ke raka'at seterusnya): takbir, lepas tu baca Al-Fatihah dan Surah, tasbih tersebut 15 kali

Ya duduk tadi (selepas sujud ke-2) pun dikira salah satu dari pergerakan dalam Solat (Solat Tasbih).

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075789 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list