CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Tentera Libya perluas jajahan

[Copy link]
Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
TRIPOLI: Pasukan tentera kerajaan baru Libya berjaya menawan hampir keseluruhan Bani Walid, antara kubu kuat bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, tetapi masih mendapat tentangan ketika cuba menamatkan ketegangan yang sudah berlanjutan selama berminggu-minggu, kata pegawai.\rTentangan hebat di Bani Walid dan kampung halaman Gaddafi, Sirte, menghalang pemimpin baru Libya daripada mengisytiharkan kemenangan dan menetapkan tarikh mengadakan pilihan raya, lebih dua bulan berlalu sejak bekas pemberontak berjaya mengawal keseluruhan negara Afrika Utara yang kaya minyak itu.\r\n\n\n\n\rDalam langkah mengembalikan keadaan seperti biasa, kepemimpinan Majlis Peralihan Nasional (NTC) kelmarin mengesahkan ia menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang secara menarik balik zon larangan terbang yang dikenakan Mac lalu ke atas negara itu, membolehkan penyambungan penerbangan tanpa memerlukan kelulusan NATO. \r\r\n\n\n\n\nSekatan  sebagai sebahagian resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan udara dilancarkan bagi melindungi penduduk awam daripada rejim Gaddafi.\rMenteri Pengangkutan dan Komunikasi, Anwar Elfeitori, berkata perjanjian  ditandatangani Khamis lalu di Malta akan memudahkan usaha memindahkan anggota yang cedera untuk dapatkan rawatan.\rPenarikan  sekatan udara itu  membantu memindahkan mangsa  cedera, yang menjadi keutamaan masa ini selain memudahkan pergerakan orang ramai antara Libya dan dunia lain, kata Elfeitori  dalam satu temu bual. - AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049268 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list