CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

Nadal 'panggang' Fish

[Copy link]
Post time 9-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Penyandang juara, Rafael Nadal memusnahkan corak permainan servis dan voli pemain nombor satu Amerika Syarikat (AS), Mardy Fish untuk menempah pertemuan menentang jaguh Britain, Andy Murray pada final tenis Terbuka Jepun, hari ini.\rPemain nombor dua dunia dari Sepanyol itu yang beraksi pada kejohanan ATP pertamanya selepas tewas di final Grand Slam Terbuka AS bulan lalu, bergantung kepada pukulan padu dari belakang gelanggang untuk menang 7-5, 6-1 dalam tempoh sejam 35 minit.\r\n\n\n\n\r   Dan pilihan kedua kejohanan, Murray yang masih segar dengan kejuaraan pada Terbuka Thailand minggu lalu, mara selepas menumpaskan rakan senegara Nadal yang juga juara edisi 2007, David Ferrer 6-2, 6-3.\r\r\n\n\n\n\n   Saya berharap saya mampu bermain perlawanan yang baik esok (hari ini), kata Nadal. Lawan yang saya hadapi pasti sukar ditewaskan, jadi saya perlu memberikan yang terbaik jika mahu memenangi kejohanan ini, kata pemain pilihan pertama kejohanan itu.\rPerlawanan berlangsung sengit hingga kedua-duanya terikat 5-5 sebelum pukulan kilas Nadal meletakkan pemain kelahiran Sepanyol itu terlebih dulu di angka enam sebelum memenangi set pertama.\rDan Nadal, 25, tidak menoleh ke belakang untuk mendominasi set kedua dan memanjangkan rekod kemenangan ke atas Fish kepada tujuh dengan satu kekalahan.\rSaya melakukan beberapa pukulan yang baik hari ini. Saya bermain dekat dengan garisan belakang. Apabila saya mendapat peluang, saya mampu menyerangnya dengan lebih baik seperti yang saya lakukan kelmarin (Jumaat), kata Nadal. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.984110 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list