CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Baghdad tawar bantuan kepada Libya

[Copy link]
Post time 8-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, menawarkan bantuan kepada Libya, negara yang berkongsi sejarah pemerintahan kuku besi, membina kedaulatannya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri negara bergolak itu yang mengadakan lawatan kelmarin, kata jurucakap kerajaan Iraq, al-Moussawi.\rBeliau berkata, Al-Maliki memberitahu Mahmoud Jibril, yang sedang dalam lawatan sehari ke Iraq bahawa Baghdad sedia memberikan sokongan untuk menulis Perlembagaan dan mengadakan pilihan raya.\r\n\n\n\n\r“Al-Maliki menyatakan kesediaan Iraq menyokong Libya terutama kerana  pengalaman kedua-dua negara ketika menyingkirkan pemerintahan kuku besi,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nIraq mengadakan beberapa pilihan raya demokratik dengan pembabitan meluas parti politik, agama dan mazhab sejak penyingkiran bekas presiden Saddam Hussein dalam pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat pada 2003. Bagaimanapun, wujud perbezaan ketara antara kedua-dua negara itu.\rPenduduk Libya, walaupun dibantu oleh kempen udara NATO, menjadi punca kejatuhan pemimpin mereka, Muammar Gaddafi sedangkan di Iraq, tentera Amerika menyingkirkan Saddam.\rLibya juga tidak berdepan perbalahan mazhab antara Sunnah dan Syiah yang mencetuskan banyak keganasan dan melumpuhkan negara itu hingga membawa ke ambang perang saudara.\rLawatan Jibril itu yang pertama oleh mana-mana kepemimpinan kanan Libya ke Iraq sejak kejatuhan Gaddafi dan menunjukkan perubahan penting dalam perhubungan \r\n\n\n\nketika era Gaddafi. \rBekas pemimpin Libya itu memutuskan hubungan dengan Iraq pada tahun 2003.\rJibril berkata, Libya mahu menghantar duta secepat mungkin ke Iraq dan al-Maliki turut mengemukakan pandangan sama, kata al-Moussawi. \rSementara itu di SIRTE, pemimpin disingkir Gaddafi, menggesa rakyat Libya mengadakan bantahan ke atas pemerintah baru negara itu, ketika tentera beliau melancarkan serangan balas di tempat lahirnya yang dikepung, di sini.\rRayuan Gaddafi dalam mesej audio yang kurang jelas, disiarkan lewat kelmarin  melalui stesen televisyen Arrai berpusat di Syria, dibuat ketika Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta  mengadakan rundingan di Naples dengan pegawai NATO berhubung masa depan perang udara di Libya.\r“Saya menggesa rakyat Libya, lelaki dan wanita, untuk keluar ke dataran, jalan dan semua bandar sehingga mencapai jutaan orang, untuk menolak Majlis Peralihan Nasional (NTC). Jangan takutkan sesiapa. Anda adalah rakyat, anda milik tanah air ini. Jadikan suara anda didengari untuk menentang sekutu NATO,” kata Gaddafi yang tidak diketahui lokasi persembunyiannya tetapi masih dipercayai masih berada di Libya.\rMesej bekas pemimpin itu disiarkan ketika pertempuran semakin hebat di bandar kelahiran beliau berhampiran pantai Mediterranean, di mana pengikut setianya cuba memecahkan kepungan tiga hari di bandar itu oleh pejuang NTC.\rPejuang berkata, pertempuran di barisan hadapan timur laut bandar ini meletus pagi kelmarin selepas pengikut setia Gaddafi mara pada waktu malam, kata pejuang kepada AFP.\r“Ada banyak pergerakan ketika malam, penembak hendap mereka mara ke sana ke mari,” kata seorang daripada mereka. – AP/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040462 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list