CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6399|Reply: 61

Tahap Stress Pelajar Kita Tinggi!

[Copy link]
Post time 6-10-2011 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Muntz at 6-10-2011 17:40

Tahap stres pelajar kita tinggi



PUTRAJAYA 5 Okt. - Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi.
Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres, keresahan dan kemurungan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.
Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau, seramai 2,345 iaitu 36 peratus murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental.
Sejumlah 279 guru pula dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.
“Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang berusaha untuk meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di seluruh negara.
“Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa yang penting ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Mac lalu dan dijalankan di enam buah sekolah di enam negeri.
Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka; Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah.
Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.
Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua sekolah dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan warga sekolah serta sebagai persediaan mengelakkan perkara lebih serius berlaku.
“Bukan sahaja pelajar, malah projek ini turut melibatkan latihan kepada guru-guru bagi mengendali masalah stres di kalangan pelajar.
“Ia penting bagi memastikan tiada masalah yang lebih serius berlaku kepada pelajar yang memerlukan khidmat nasihat ketika saat-saat genting,” katanya.
Dalam pada itu, Tiong Lai turut berharap Kementerian Pelajaran mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di seluruh negara.
Sementara itu, kata beliau, saringan kesihatan mental di klinik kesihatan juga telah diperluaskan secara berperingkat di klinik seluruh negara bermula Jun lalu.
“Perkhidmatan ini akan dapat mengenalpasti lebih awal masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, sehingga kini seramai 637 klinik kesihatan telah melaksanakan perkhidmatan ini.
“Dari segi latihan pula, seramai 687 pegawai kesihatan yang terdiri daripada 138 doktor dan 549 paramedik telah menerima latihan kesihatan mental komuniti bagi mengesan masalah mental di kalangan masyarakat,” katanya.


kenapa kajian tak di buat di sekolah agama juga? MRSM gemencheh beraliran agama tapi lebih baik buat di sekolah agama
dan kita dpt tengok level stress mereka yg belajar dlm suasana syariat dan suasana biasa. apakah tahap stress menyebabkan
pelajar jadi bohsia, bohjan. kenapa tak asingkan juga kajian secara spesifik utk pelajar sekolah SBP/MRSM /premier dan sekolah
biasa yg mana kadar disiplin tinggi jadi boleh dpt data lebih spesifik ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 08:59 AM | Show all posts
student pun stress sebab nak dapatkan cuba untuk dapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan demi masa depan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:00 AM | Show all posts
aku stress time spm je. time lain takde rasa apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:08 AM | Show all posts
aku bekerja ni pun sgt2 stress.

jap lagi nak naik tingkat 14 and then (insert sundrik apa2 patut buat)
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:11 AM | Show all posts
stress la sgt.. dpt letop free lg... stress lg...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:13 AM | Show all posts
mau tak stress, ko-kurikulum punya la banyak.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2011 09:24 AM | Show all posts
aku ade member amik electrical eng...
dye pernah cite yang dia da nak terjun dari tingkat 4 ostel dia da sbb tension...
da berdiri depan tingkap...mungkin iman dia tak kuat kot...
aku dengar pun cuak j...
aku amk chemical eng pun takde pn cmtu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:30 AM | Show all posts
agak2 guru2 yg terlibat stress tak...patut utk guru pon kena buat jugak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 09:37 AM | Show all posts
ramai jugak yang stress sebab cinta okeh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:45 AM | Show all posts
elok2 dik leh kne darah tinggi;-- nilah akibat dr sistem exam oriented
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:58 AM | Show all posts
baru ujian manusia dah stress...belum ujian Allah lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:00 AM | Show all posts
Patut le Conan selalu tertekan dalam Forum. Baru penyo paham. OOooooo
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:05 AM | Show all posts
apakah tanda2 yang menunjukkan para tersebut stress? nak tengok kot2 anak ada simtom2 tersebut itu --------tidak pulak dinyatakan ---
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:09 AM | Show all posts
ramai jugak yang stress sebab cinta okeh...
jaa139 Post at 6-10-2011 09:37



   yg ni aku stuju...kdg2 bkn stress sbb blaja pon...faktor2 lain buat jd stress
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:16 AM | Show all posts
aku dlu x pnah stress wktu blaja kt skolah....tp result pn pdn la ngn thp ketakstressan tu

adakah budak skang tlebih manja? suh blaja je pn nk stress2....tbe2 teringat ckgu skolah cite budak duk asrama nangis2 sbb kna suruh sapu sampah, x pnah d buat n d suruh kata nye....so, yg tu sbbkan stress ke?

cikgu stress x nk amek kira ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:44 AM | Show all posts
aku stress sejak buat ACCA ni..rasa nak terjun lombong je kdg2..tp takut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 10:52 AM | Show all posts
aku pon tergolong nih!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:57 AM | Show all posts
dah cikgu asyik berforem je
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 11:01 AM | Show all posts
sbb sekarang ni depa bkn stress pasal pelajaran jek..
stress pasal boypren gelpren, stress kawan pakai iponpo, tp dia henpon pun tadak..
stress rakan sebaya ja yg aku rasa byk pada pelajar2 sekarang nih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 11:16 AM | Show all posts
manusia perlukan stresss untuk berjaya dgn jayanyerr

~ amazingly u can get the best out of one when working under pressure
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.072013 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list