CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Jawablah!: Peserta cantik disingkir

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Vokal... Bukan Sekadar Rupa tidak tiru program The Voice\rSEJAUH manakah program realiti terbitan TV3, Vokal... Bukan Sekadar Rupa mampu mencetuskan fenomena baru dalam dunia penyiaran dan industri hiburan secara keseluruhannya? Itulah persoalan yang berlegar di fikiran sewaktu penerbitan program itu diumumkan kepada media.\r\n\n\n\n\rBukan bersikap skeptikal atau berprasangka buruk terhadap objektif program ini, iaitu membuka peluang kepada mereka yang dikurniakan bakat nyanyian luar biasa, tetapi berasakan tidak mempunyai wajah komersial untuk bergelar artis. Cuma tertanya-tanya juga, realistikkah idea ini?\r\r\n\n\n\n\nApakah industri hiburan kita serta semua pihak yang terbabit secara langsung sudah bersedia 100 peratus untuk menerima idea ini? Apakah pengenalan kepada program ini mampu membuang persepsi bahawa rupa bentuk fizikal bukan lagi satu kemestian jika mahu menjadi artis seperti yang diamalkan dalam industri sejak awal lagi?\rUntuk menjawab pertanyaan ini, Hip menghubungi Penerbit Eksekutif Vokal... Bukan Sekadar Rupa, Muhamad Suffian Che Isa. Tegasnya, meskipun dia juga sedikit kabur dengan penerimaan pelbagai pihak mengenai pembaharuan yang cuba mereka perkenalkan, namun berpegang pada kata kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dia percaya satu hari nanti pembaharuan ini akan dapat diterima dan bukanlah satu retorik semata-mata.\rHip: Kenapa baru sekarang konsep seperti ini diperkenalkan dan tidakkah bimbang jika program ini dikatakan meniru program realiti The Voice yang cukup popular ketika ini?\rSuffian: Idea untuk menerbitkan program ini sebenarnya sudah disuarakan sejak dua tahun lalu. Ia ditimbulkan berdasarkan segmen uji bakat yang kami pernah tonjolkan menerusi program Mentor. Bagaimanapun disebabkan slot untuk menerbitkan program baru tidak cukup, jadi terpaksalah kami melupakan saja hasrat itu. Bagaimanapun, tahun ini apabila kami sudah mempunyai slot baru dan Vokal... Bukan Sekadar Rupa mahu diperkenalkan, tiba-tiba muncul program The Voice. Terdetik di hati saya, mungkin akan ada orang yang akan menuduh kami meniru program ini walhal idea untuk membuat program ini sudah ada sejak dua tahun lalu. Lagipun kalau diperhatikan, konsep The Voice dan Vokal... Bukan Sekadar Rupa memang berbeza.\r\n\n\n\n\rHip: Program ini lebih menekankan vokal dan bukannya rupa. Bagaimana mahu meletakkan kriteria bahawa seseorang peserta itu menepati syarat iaitu tidak mempunyai rupa tetapi berbakat, sedangkan cantik atau kacak adalah subjektif?\rSuffian: Kita akui bahawa rupa bentuk fizikal, cantik atau kacak adalah sangat subjektif. Mungkin pada pendapat kita, peserta ini cantik tetapi tidak pada pandangan orang lain. Dalam hal ini kami sebenarnya mencari peserta yang berbakat besar, tetapi tidak mempunyai pakej untuk diketengahkan sebagai artis. Kami mempunyai kriteria kami sendiri mengenai pakej yang diperlukan untuk menjadi seorang artis. Contohnya, mungkin dia mempunyai suara merdu tetapi berbadan besar. Dan kekurangan itu membataskan dirinya untuk menjadi artis. \rSituasi seperti itulah yang cuba kami selesaikan dan bantu. Daripada 1,600 peserta yang hadir, kami sudah menyenarai pendek calon kepada 26 orang. Dalam soal rupa paras, peserta wanita agak sukar sedikit. Jadi penilaian kami adalah dengan menyolekkan mereka, sebab ada ketika apabila wanita disolekkan, wajah mereka berubah menjadi cantik. Jadi jika kami melihat wajahnya cantik dan ada nilai komersial selepas disolekkan, peserta itu akan disingkir. Kami hanya mahukan mereka yang memang jelas tidak mempunyai nilai komersial untuk diketengahkan tetapi mempunyai bakat yang besar untuk dipertaruhkan.\rHip: Apakah anda yakin, industri kita yang memandang rupa bentuk fizikal lebih dari segala-galanya itu sudah bersedia untuk menerima fenomena baru ini?\rSuffian: Terus terang, saya sebenarnya tidak pasti dengan penerimaan mereka kerana sewaktu saya bertemu dengan syarikat rakaman untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam program ini, mereka seperti bermain tarik tali. Cukup jelas mereka lebih selesa mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebagai benda baru, mereka harus melihat keseluruhan program ini terlebih dulu.\rHip: Tidakkah anda bimbang jika dituduh memberi harapan palsu kepada peserta program ini yang mengharapkan ia mampu merealisasikan hasrat mereka untuk bergelar artis?\rSuffian: Kami sudah pun memberi penerangan kepada peserta yang disenarai pendek bahawa kami di sini tidak menjanjikan bahawa mereka boleh menjadi artis terkenal. Kami hanya menyediakan peluang dan ruang untuk mereka memperkenalkan bakat yang mereka ada. Program Vokal... Bukan Sekadar Rupa ini tidak ubah seperti sebuah universiti. Universiti tidak pernah berjanji untuk memberikan kerja kepada graduannya. Sebaliknya hanya mereka yang berusaha bersungguh-sungguh serta cemerlang dalam pelajaran saja yang berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang bagus selepas tamat belajar. Begitulah juga yang saya harapkan daripada peserta program ini nanti. Hanya mereka yang sanggup menghadapi pelbagai ujian dan berbakat saja yang boleh berjaya apabila berada di gelanggang sebenar.\rHip: Dari segi juri tetap, mengapa produksi tidak mencari penyanyi yang menepati kriteria yang mereka cari?\rSuffian: Pemilihan Azmeer sebagai juri tetap tidak perlu dipersoalkan kerana kami percaya dengan kredibilitinya sebagai seorang komposer serta khidmat yang pernah dicurahkannya dalam program Mentor sebelum ini. Cuma saya pasti, ramai yang tertanya-tanya mengapa Erra Fazira? Pemilihan Erra pula adalah berdasarkan pengalamannya membimbing Salma sebelum ini. Kita sedia maklum bahawa protege Erra, Salma, dianggap sebagai tidak mempunyai nilai komersial tetapi mempunyai vokal yang hebat. Erra berjaya merubah penampilan dan imej Salma daripada seorang yang rendah diri kepada lebih berkeyakinan. Jadi dengan pengalaman Erra itu kami mahu dia kongsi bersama dengan peserta program ini. Ia lebih kepada memberi motivasi kepada peserta. Bagaimanapun, kami juga akan menjemput juri undangan untuk berkongsi pandangan dan panduan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list