CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

    [Copy link]
Post time 3-10-2011 03:57 PM | Show all posts
alahai... kesian minah... tabahkan hati ye... btw, slamat pengantin baru to mr & mrs hj din..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2011 04:51 PM | Show all posts
harap2 la hj din baek...huhuhuh...sian minah....

dah sah2 bapak di minah nie dah kena mandrem...huhuuh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2011 05:35 PM | Show all posts
8

Sudah beberapa ikatan kain batik aku betulkan. Mak sengaja menyuruh aku memakai kain batik pada malam ini. Puas aku menolak tetapi mak dengan muka garang mengarahkan aku. Itu semua diluar pengetahuan Haji Din. Ketika Haji Din sibuk membantu apa yang patut di bawah, mak mengamuk lagi dengan aku bila arahanya aku cuba tentang. Iyalah, kebiasaannya takkala malam seluar trek menjadi baju tidur. Mana pernah aku memakai kain batik berbaju kurung kedah. Buang tebiat agaknya mak tiri aku ini.

Hampir sepuluh malam aku masih duduk di pinggir katil sambil memegang ikatan kain batik yang hampir terlucut. Haji Din belum aku nampak kelibatnya. Entah kemana hilangnya. Harap-harap dia tidur dirumah banglonya. Tetapi Kak Kirah awal-awal sudah memberi amaran bahawa Haji Din akan bermalam dirumah setinggan kami. Malah lebih teruk lagi sebilik dengan aku. Kak Kirah siang-siang lagi sudah memindahkan bantal dan selimutnya ke bilik belakang yang selama ini menjadi stor. Tetapi itu untuk sementara waktu sahaja kerana menurut Kak Kirah aku akan mengikuti Haji Din pindah kerumah banglonya pada esok hari.  Itu yang membuat jantung aku berlari laju sejak dari tadi. Bila terdengar sahaja derap kaki dengan segera aku duduk dicelah katil yang mempunyai ruang yang sempit. Sempatlah aku menyorok. Takut aku kalau Haji Din tiba-tiba terkam aku sekiranya aku santai saja dengannya. Kita bukan tahu penangan duda yang dah lama berpuasa. Seriau aku bila terkenang-kenangkan bicara kawan-kawan yang bergurau senda pasal malam pertama.

“Alamak!” aku terdengar pintu ditolak dari luar dan serta merta aku meloncat ke celah katil untuk menyorok. Aku mendiamkan diri. Takut sebenarnya. Ku pejamkan mata dan cuba menahan nafas.

“Aminah Amia!” suara Haji Din kedengaran. Aku masih mematikan diri dicelah katil.

“Aminah Amia!” sekali lagi nama aku disebut. Aku masih tidak berganjak.

“Aminah Amia! Keluar!” suara Haji Din keras kedengaran.

Perlahan-lahan aku bangun menampakkan diri. Haji Din merenung aku dengan pandangan yang tajam. Tangan aku memegang kuat ikatan di pinggang. Manalah tahu tiba-tiba Haji Din tarik kain aku dan aku akan cuba menyelamatkan diri sedaya yang boleh.

“Buat apa kat celah tu?” Tanya Haji Din sambil menjuihkan bibir menunjuk arah tempat persembunyian ku. Aku hanya mendiamkan diri. Tak sanggup nak menjawab apatah lagi mengangkat muka.

“Buat apa tadi kat celah tu?” sekali lagi Haji Din bertanya. Agak kuat. Kepala ku angkat dan  aku hanya mampu mengeleng bila bertemu pandang dengan Haji Din.

“Duduk sini.” Perintahnya sambil menepuk katil aku yang sudah berganti tilam. Dulu masa Kak Kirah komplain tilam buruk aku dah tinggal spring, mak buat dono saja. Tetapi bila mendengar sahaja Haji Din nak bernikah dengan aku, dengan segera mak suruh Tokey Lim hantar tilam Dunlop setebal tujuh inci.

“Duduk sini Aminah Amia.” Suara Haji Din menghalau kenangan pasal tilam buruk aku.

“Tak nak!” aku memberani menjawab.

“Ermmm…dah solat?” akhirnya Haji Din mengubah tajuk bila melihat aku masih berdiri tegak sambil memegang kepala ikatan kain batik.

“Belum!” aku menjawab tanpa memandang Haji Din.

“Dah! Pergi ambil wuduk.” Perintahnya dan dengan cepat aku menuju kearah pintu.

“Dah mandi ke belum tu?” langkah aku tidak menjadi dan berusaha menjawab soalan Haji Din. Aku bagaikan kanak-kanak kecil yang menunggu setiap arahan dari bapanya.

“Dah!” aku menjawab sepatah. Malu aku ditanya begitu. Mak abah aku pun tak pernah mengeluarkan ayat sedemikian. Hanya Kak Kirah saja yang sering membebel bila melihat aku melingkau atas katil walau senja dan menampakkan sirnanya.

“Kalau begitu sediakan baju saya. Biar saya yang mandi dahulu kemudian baru Aminah Amia ambil wuduk.” Pintanya dan melangkah kearah aku yang masih dipintu. Aku menganjak sedikit memberi laluan kepada Haji Din.

“Kalau tak pandai pakai kain, pakailah seluar panjang. Kalau terburai depan orang buat malu saja.” Sempat Haji Din berceramah sebelum hilang di belahan pintu. Aku dah termangu. Mangkuk hayun punya Haji Din. Sempat sindir aku ek. Kalau tidak kenangkan ugutan mak memang aku tak sentuh kain batik ini. Menyusahkan betullah.

Aku segera menyediakan baju Haji Din yang memang ada didalam beg bajunya. Kain pelikat aku keluarkan dan sehelai tshirt aku kembarkan. Hanya itu aku keluarkan. Biarlah esok pagi dia balik rumahnya. Sebelum itu sempat aku menukar kain batik ke seluar trek kesukaan aku. Nasib baik Haji Din faham masalah yang aku hadapai. Seketika kemudian Haji Din masuk dan aku terus keluar untuk mengambil wuduk. Sebaik aku masuk saja Haji Din sudah ada diatas sejadah yang terbentang. Memang ada sedia  tersidai didalam bilik ku. Dua sejadah elok tersusun. Kak Kirah dan aku punya. Haji Din menunggu aku memakai telekung dan bila aku sudah sedia mengambil tempat, suara Haji Din lunak mengalunkan azan. Perlahan dan meresab ke kalbu. Bukan calang-calang orang boleh menundukkan jiwa keras aku ini. Aku sedaya upaya mencuba mengikut ayat-ayat yang Haji Din baca walau tidak kesemua aku hafal. Bacaan Haji Din tersusun dan tidak terburu-buru. Tiap harakat panjang pendek boleh didengar. Kusyuk aku mendengarnya. Terasa sekejap saja empat rakaat kami sudahi. Macam tidak puas. Selama ini dua raakat pun terasa lama. Tiga puluh markah untuk Haji Din. Selesai itu Haji Din bangun dan mengeluarkan sesuatu dari sisi begnya. Tersarung kemas sebuah kitab Al-Quran berwarna hijau. Haji Din meletakkan atas bantal pengantin kami yang diambil diatas katil tadi. Haji Din membuka helaian pertama dan menyuruh aku membacanya. Aku terkedu.

“Baca Aminah Amia.” Perintah Haji Din. Aku hanya tunduk memandang baris-baris tulisan jawi itu.

“Kenapa?” Tanya Haji Din sambil merenung diri ku yang masih terkebil-kebil tak tahu hendak menjawab apa.

“Minah tak tahu baca.” Akhirnya jujur aku mengakui.

Sebak aku dah mula. Terasa kerdil bila tulisan jawi itu sedikit pun tidak aku faham. Alif, Ba, Ta aku tahulah. Tetapi hendak menyambung menjadi perkataan aku mampu malah tidak tahu. Kadang kala bila melihat orang membaca Yassin ingin sekali aku ikut serta tetapi kalau aku tidak tahu membaca panjang dan pendek harakatnya ia akan menambah dosa pula. Terdengar keluhan dari bibir Haji Din dan aku segera mengangkat muka. Agaknya Haji Din menyesal berkahwin dengan aku yang tidak mengenal huruf jawi ini.

“Minah tak pernah mengaji?” Haji Din bertanya perlahan. Tidak sekeras macam tadi.

“Dulu masa arwah mak ada Minah mengaji dengan mak tetapi bila mak meninggal dan ayah kahwin dengan mak sekarang Minah tak pernah mengaji. Cuma solat sahaja Minah belajar dengan Kak Kirah dan kat sekolah.” Terang aku tanpa berselindung.

“Astaqfullahhalhazim!” panjang Haji Din menarik nafas. Aku dah nak menangis bila mengenang kekurangan diri ini.

“Tak mengapalah Aminah Amia. Nanti saya ajarkan. Tapi hari ini Aminah Amia dengar bacaan saya okey?” lantas Haji Din bersuara bila melihat aku hanya menundukkan wajah didepannya dan bersimpuh malu.

“Baiklah Haji Din. Minah akan dengar. Lagipun bacaan Haji Din sedap sekali.” Aku menjawab dan serta merta Haji Din tersenyum bila aku jujur memujinya. Maka dengan itu berkumandanglah bacaan ayat suci Al-Quran di malam pertama kami. Aku tidak perlu risau dengan ikatan kain batik atau kena tidur sekatil dengan Haji Din kerana kelunakan suaranya telah membuah aku terlena dalam sedar. Alhamdullilah.

Selesai sahaja aku segera mahu mengangkat kaki tetapi Haji Din menghulurkan tangannya buat tingkah aku terhenti.

“Nak apa?” aku bertanya dan Haji Din seperti sebelumnya. Pandanganya tetap tajam menusuk terus kehati aku.

“Tak nak salam dengan saya ke?” Haji Din pula yang bertanya.

“Nak buat apa? Raya lambat lagi.” Aku menjawab dan ketawa Haji Din pecah juga. Lahhh..ingatkan tak tahu ketawa tapi rupanya sindrom ketawa itu masih ada dalam tubuh Haji Din.

“Aminah Amia, selepas solat seharusnya kita bersalam-salaman dan bermaaf-maafan diantara sesama kita.” Terang Haji Din.

“Jadi Minah kena salam dengan Haji Din ke? Bukan ke masa nikah tadi dah salam.” Terang ku dengan jujur.

“Aminah Amia, tadi untuk batal air sembahyang. Sekarang ni kita selesai bersolatkan. Tapi Aminah Amia kena ingat iya. Yang muhrim kita saja tahu. Aminah Amia jangan bersalaman dengan orang yang bukan muhrim kecuali suami isteri macam kita.” Panjang lebar Haji Din mengajar aku. Tak jadi aku hendak mengangkat kaki. Pelajaran pertama aku perolehi pada malam pertama kami.

“Nanti saya akan ajar lagi mana yang patut. Saya pun bukannya pandai sangat tetapi bolehlah untuk membina rumahtanggan kita.” Haji Din masih bersuara.

Aku mengangguk dan menghulurkan tangan bersalaman dan mengucup tangan sasa itu. Bila ku angkat kepala bibir Haji Din menyambut dahi aku. Malu sekali lagi menyerang. Orang tua gatal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 06:00 PM | Show all posts
akak.. teringat dialog ibu si muhamad adif kt drama bersiri Kawan yg fames satu ketika dulu... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 09:23 PM | Show all posts
alaaaa .... adillaaa ... tak puas baca .... lagik lagik .. hehehe ... best la ...

sian minah ... kene buli habis2an dgn mak tiri dia ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 08:56 AM | Show all posts
akak.. teringat dialog ibu si muhamad adif kt drama bersiri Kawan yg fames satu ketika dulu... heheh ...
adela88 Post at 3-10-2011 18:00



   dailog apa tu adela....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2011 12:10 PM | Show all posts
k.sya....
tengkiu2..... sambung lg k....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 01:52 PM | Show all posts
sya... ari ni tak der n3 ker... tertunggu-tunggu dari pagi.... skemanya dorang nih... minah panggil somi dia hj. din jek... hj din lak saya awak... mesti amik masa lama nak sesuaikan diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 02:03 PM | Show all posts
best, ada cerita baru sya

kesian aminah dapat hasben tua & garang
tp dapat belajar mengaji kira ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 02:12 PM | Show all posts
Best citer baru ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 02:48 PM | Show all posts
k.sya...
agak2 haji din tu ruper mcm saper?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 02:50 PM | Show all posts
k.sya...
agak2 haji din tu ruper mcm saper?
midar Post at 4-10-2011 14:48



   nanti akak citer ek...bagaimana rupa haji din..tp jgn terpikat udah ler..dahlah minah ni blur...anti dia x kisah dgn haji din..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 03:01 PM | Show all posts
Reply 32# Adilla

terpikat skit2, blh kot?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 04:14 PM | Show all posts
hj din mcm rosyam noor - hero tua
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply 34# sang_arjuna

akak..
hero lain xdak ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 05:02 PM | Show all posts
9
Terpersona melihat keindahan susun atur banglo Haji Din. Dari tadi aku tidak puas-puas meneliti setiap kerusi ruang tamu yang terukir dengan corak-corak daun yang melingkar. Bantal kecilnya pula berwarna coklat menjadikan kombinasi warna begitu asli. Pandai Haji Din memilih walau rumahnya tiada perempuan untuk memberi pendapat.

“Aminah Amia! Buat apa dari tadi tercegat saja. Rumah saya ini tiangnya besar-besar belaka dan belum nak roboh lagi.” Sergah Haji Din yang baru turun dari tingkat atas. Tadi aku dibawa Haji Din kemari dan siap berpesan supaya memunggah pakaian aku untuk berpindah kerumahnya. Pada mulanya aku keberatan tetapi cubitan mak yang masih berbekas membuat aku terpaksa memenuhi permintaan Haji Din.

“Berdiri tegak ni nak nyanyi lagu Negara Ku ke?” aku yang sedang berfikir tersentak bila Haji Din menyergah aku lagi. Bila masa pulak pakcik ni berdiri depan aku.

“Bukan! Minah tengah fikir cantiknya rumah Haji Din.” Komen aku yang membuat Haji Din tersenyum. Lelaki ini agaknya sudah mula belajar tersenyum kot. Selama ini kalau berdepan dengannya dimana-mana mahal sungguh senyumannya.

“Rumah saja cantik? Orangnya bagaimana?” Haji Din bertanya. Mungkin hendak mengusik aku kot.

“Takkan Minah nak cakap Haji Din cantik. Haji Din kan lelaki.” Aku membela ayat aku tadi. Entah mana lucunya pecah ketawa Haji Din.

“Aminah Amia! Aminah Amia!” mengeluh Haji Din melihat tingkah aku.

“Kenapa dengan Minah?” aku segera bertanya. Kenapa pula dengan aku? Rasa-rasa aku tiada yang pelik. Ketawa Haji Din pecah lagi. Kali ini tak berhenti sambil Haji Din mengeleng-geleng kepalanya.

“Aminah Amia boleh tolong saya tak?” setelah berhenti ketawa Haji Din bertanya pada aku yang masih memandangnya pelik.

“Boleh tapi nak suruh Minah tolong apa?” tanya ku penuh debaran. Buatnya Haji Din menyuruh aku mengurutnya pasti aku lari. Iyalah, hampir dua hari berkahwin dengannya aku tidak pernah menyentuh tubuh Haji Din kecuali tangannya. Itupun Haji Din yang sentuh aku. Kira aku tak sentuh dialah.

“Aminah Amia boleh masakkan apa-apa tak? Saya rasa laparlah.” Pinta Haji Din. Aku dah terkedu.

“Kenapa?” tanya Haji Din bila melihat aku tidak berubah riak.

“Minah tak tahu masak ‘apa-apa’ sebab Minah tak tahu ‘apa-apa’ tu apa.” Jujur aku menjawab. Haji Din memandang aku lama. Nak kata dia marah tapi wajahnya tidak tegang. Nak kata dia tak marah matanya menjegil melihat aku. Yang mana satu betul daaa.

“Aminah Amia ni nakal juga iya.” Tiba-tiba saja Haji Din menarik hidung aku. Bibirnya merekah dengan senyuman dan hampir kelihatan giginya yang tersusun rapi.

“Sakitlah Haji Din ni.” Bantah ku geram. Nak bergurau pulak. Entah hormon apa yang keluar dari tubuh Haji Din yang nak bersenda saja sepanjang hari ini. Kalau di rumah mak tadi wajahnya lokek dengan senyuman.

“Sakit?” tanya Haji Din yang masih memandang aku.

“Sakitlah.” Aku masih membentak.

“Okeylah. Sekarang saya nak tanya Aminah Amia pandai masak apa?” Haji Din terus menarik bahu aku untuk menuju keruang belakang yang masih belum aku terokai.

“Minah tak pandai masak.” Aku terus mengaku dari berlagak tahu sedangkan pada hakikatnya aku tak tahu.

“Satu apa pun Aminah Amia tak tahu?” tanya Haji Din. Dari nadanya aku tahu lelaki ini dilanda simbul tanda soal.

“Minah pandai masak sambal ikan bilis dengan goreng telur sahaja.” Akui aku dengan jujur tentang kepandaian aku yang zero.

“Kenapa Aminah Amia tak nak belajar? Kan memasak ini adalah tanggungjawab orang perempuan.” Luah Haji Din lembut. Dari aku berdiri sekarang aku disuruh duduk dikerusi makan pula. Haji Din menarik kerusi disebelah aku dan terus duduk memandang aku.

“Bukan Minah tak mahu masak tetapi mak tak pernah nak bagi. Mak cakap Minah masak tak sedap. Mak tak bagi peluang pada Minah nak belajar masak. Kalau Minah tak belajar macam mana masakan Minah nak jadi sedap. Bila mak tak ada saja Minah curi-curi masak. Kak Kirah yang tolong ajar. Kak Kirah pun tak berani dengan mak.” Luah ku penuh perasaan.

Aku sudah lama memendam rasa dengan gelagat mak. Kami tidak pernah diberi peluang untuk menentukan apa menu yang kami hendak makan. Apatah lagi aku. Silap-silap periuk belanga naik atas kepala. Kalau mak masak, kami tidak dibenarkan memasuki dapur. Takut sangat kami nak curi resepinya.

“Begitu ceritanya?” pandangan Haji Din tetapi terarah pada ku penuh minat.

“Haji Din tak percaya dengan Minah ke?” sayu hati ku dengan pertanyaan Haji Din yang bagai tidak percaya dengan apa yang aku luahkan.

“Janganlah sedih. Saya percaya cakap Aminah Amia. Ada saya cakap yang saya tak percaya?” Haji Din pun yang bertanya.

“Cara Haji Din cakap tu lain macam saja.” Aku luahkan apa yang terpendam.

Mungkin orang akan cakap aku menipu kerana seperti dalam cerita-cerita dogeng, anak tiri akan disuruh buat kerja tak kira masa atau lebih tepat didera. Memang aku akui itu tetapi bab memasak aku terkecuali.

“Jangan buruk sangka Aminah Amia. Tak baik tau.” Nasihat Haji Din kepada aku tapi macam merajuk saja.

“Minah minta maaf.” Akur ku.

“Dahlah kita lupakan saja. Sekarang mari kita masak sama-sama. Kalau kita asyik berborak, sampai sudah kita berdua akan kelaparan.” Ajak Haji Din sambil bangun.
Tangannya menarik lengan aku supaya mengikuti langkahnya. Aku hanya menuruti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 05:07 PM | Show all posts
Oh ada sambungan lagi. Terima kasih Adilla.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 05:14 PM | Show all posts
hj din mcm rosyam noor - hero tua
sang_arjuna Post at 4-10-2011 16:14



    ini ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:41 PM | Show all posts
Reply 38# Adilla


    Kalau yang ni tak adalah tua sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 06:10 PM | Show all posts
Reply 38# Adilla

kene bagi yang hensem2 skit ... hehehe

rosyam nor ok lah ... tua dah apa mamat tuh ... 40++ kan .. hehehe ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054814 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list