View: 161|Reply: 0
|
Langkah Tomok semakin luas
[Copy link]
|
|
Selepas selesai berlakon filem di Turki, siapkan klip video di London\rSELEPAS 12 tahun berada dalam dunia hiburan, Shah Indrawan Ismail atau Tomok memberanikan diri untuk mempelbagaikan kebolehannya, tidak bergantung kepada nyanyian tetapi kini mula aktif sebagai pelakon pula.\r\n\n\n\n\rSememangnya, apa yang dilakukan tidak sia-sia. Bahkan, perkahwinannya dengan Rahayu Abbas ternyata memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka apabila dia berterusan menerima tawaran berlakon.\r\r\n\n\n\n\n“Alhamdulilah rezeki saya semakin bertambah selepas berkahwin dengan tawaran menyanyi dan kini mula berlakon filem menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap bakat yang saya ada.\r“Saya tak pernah terfikir akan sampai ke tahap ini dan isteri amat memahami karier saya, malah dialah yang memberi dorongan serta semangat kepada saya,” katanya.\rMuncul dengan album solo pertamanya berjudul TOMOK dua tahun lalu, kini dia mempersiapkan diri dengan album kedua yang akan memulakan proses rakaman hujung tahun ini. Masih mengekalkan genre pop rock, sentuhan Aubrey Suwito yang diimpikannya bagi menghasilkan kelainan dari segi muzik dan lagu. \r“Kalau boleh saya nak bekerjasama dengan ramai komposer terkenal. Buat masa sekarang masih lagi mengumpul material untuk album itu.\r\n\n\n\n\r“Mungkin akan ada lagu ciptaan saya sendiri dan menjangkakan album ini akan dapat dikeluarkan awal tahun depan,” jelasnya.\rMula bertapak dalam industri hiburan sebagai vokalis kumpulan New Boyz, Tomok melihat perkembangan solonya mula membuahkan hasil.\rNamun, mengimbau kembali zaman kegemilangan bersama kumpulan yang popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang itu terpalit rasa rindu untuk menggerak kembali band terbabit. \r“Memang ada ura-ura nak buat kemunculan semula dengan kawan-kawan dalam New Boyz, tetapi saya sendiri tidak ada masa mencukupi kerana membuat persiapan untuk album solo kedua. Pada masa sama, terbabit pula dengan lakonan,” terangnya.\rMengenai lakonan pula, Tomok kini dalam persiapan untuk membintangi filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly yang turut menampilkan Lisa Surihani. Sebelum itu, dia baru menyelesaikan lakonannya dalam telefilem Cerciter Cinta.\r“Saya akan bertolak ke Istanbul, Turki pada 6 Oktober depan untuk penggambaran selama 12 hari kemudian berlepas ke London selama empat hari,” katanya.\rDalam sibuk dengan jadual hidupnya itu, lelaki berusia 27 tahun ini turut menceritakan rasa gembira apabila dipilih bergandingan dengan kumpulan rock indie dari United Kingdom, One Night Only yang dianggap membuka lembaran baru buat dirinya.\rTidak menyangka dipilih sebagai ikon kempen Buka Semangat, gandingan Tomok dengan kumpulan terbabit dalam lagu tema, Semangat Inspirasi memberi satu lagi laluan baru lebih dikenali.\r“Pemilihan saya dan kumpulan ini kerana genre lagu yang kami bawa adalah sama dan sesuai untuk bergandingan. Selepas selesai penggambaran filem di Istanbul saya ke London untuk penggambaran video klip dengan kumpulan ini.\r“Lagu ini jadi sesuatu yang besar dengan lirik diterjemahkan oleh Shah Shamsiri yang akan menjalani rakaman minggu depan,” katanya.\rBahkan, Tomok juga akan berkongsi pentas dengan kumpulan itu dalam konsert yang akan berlangsung Disember depan di ibu negara. Ia juga di adakan di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Sabah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|