CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4572|Reply: 8

Memupuk anak-anak menabung

[Copy link]
Post time 9-9-2011 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Salam, dah lama tak buka thread
Macam apa yang tertulis kat title tu, Macammana nak memupuk anak-anak untuk menabung,
Actually, bukanlah anak saya. Adik2 saya yang kecik2 ni, saya nak diorang belajar menabung dari kecik supaya mudah untuk masa hadapan. Risau tengok diorang terlalu mudah berbelanja berbanding menabung.
Ekonomi negara dan dunia pun dah tahap nazak, sangatlah sukar untuk sembuh.
Jadi dengan tabungan yang mereka boleh mulakan mungkin dapat membantu sedikit sebanyak.
Masalah utama sekarang ialah BAGAIMANA untuk memupuk anak-anak untuk menabung.
Ada beli tabung bulan lepas tapi tak nampak perubahan sebab lepas simpan akan keluarkan bila nampak banyak.
Mintak share idea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2011 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by aaz at 10-9-2011 11:01

kena pupuk minat dan tunjukkan apa kelebihan menyimpan.

1. contoh melalui teladan. U beli tabung untuk u juga - masukkan syiling depan dia orang
2. boleh lumba siapa lagi banyak menyimpan
3. bawa depa gi bank, libatkan mereka untuk buka akaun. Depa akan bangga, bila diberi tabung bank, dan ada buku bank sendiri.. Jadi ahli kelab bank, eg kelab nuri.. Boleh join aktiviti
4. kalau depa ada barang yang dihajati, suh depa menabung. supaya depa tau nilai duit yg depa simpan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 11:10 AM | Show all posts
Macammana nak memupuk anak-anak untuk menabung,

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Ibu bapa juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 12:23 PM | Show all posts
Saya pindah ke bod ibubapa ya lebey seswai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2011 01:21 PM | Show all posts
Firstly thanks pada mod yang moved kan ke bod yang sesuai
Second based on apa yang aaz tulis tu, Saya dah beli tabung untuk diri sendiri juga dan untuk budak-budak ni. Tapi nak suntik betapa pentingnya menabung tu yang menjadi isu. Kalau tabung ada tapi duit tak simpan buat semak je la tabung tu. Saya ada cakap kita buat pertandingan siapa yang simpan duit paling banyak bulan ni dia dapat hadiah tapi hasilnya tiada. Akhir bulan tengok tabung dah kosong. Kalau takde duit kat tabung nak bawak gi bank pun tak syok. Dah tanya kalau adik-adik ada duit apa nak buat, diorang tak tau apa nak dibeli. Pening kepala jap dengan budak-budak ni. Bercadang nak balik kampung dapatkan tabung buluh, sebab arwah atuk pernah cakap kalau nak menabung simpan dalam tabung buluh, bila goncang ada bunyi ada la semangat. Lagipun tabung buluh susah nak korek. Tapi nak dapatkan tabung buluh ni cukuplah susah huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 07:12 PM | Show all posts
Saya letak dlm tin biasa tp seal siap2, husband yg rajin simpan, tukar kt bank baru2 ni dpt rm1200++, alhamdulillah terus masuk dlm ASD dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 01:05 PM | Show all posts
yg darjah 1 tuh ari tu bwk dia sendiri pi bank bukak buku akaun...suh dia simpan duit syiling yg bersepah tu dlm tabung, though most of the time aku yg tukang kutipnya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 01:28 PM | Show all posts
school anak i ada buka kan buku bank tabung haji utk murid2..

jadi boleh masukkan duit2 raya yang dapat,hehehe..

nak pupuk anak2 menabung sama je rasanya dgn org lain..

i provide tabung,beri belanja sekolah utk anak2,balik sekolah balance masuk tabung..

kadang2 i tolong top up utk dia,saja nak bagi semangat menabung kan..

tapi anak2 memang seronok lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2011 12:49 PM | Show all posts
Cadang gaji akhir bulan ni nak try buatkan akaun kat bank rakyat ke mana2 bank la yang ada untung kalau budak2 menabung. Nak ajak budak2 ni menabung. Budak2 ni lebih pentingkan beli jajan bila balik sekolah dari simpan duit. Zaman saya dulu pun tak rajin beli jajan siap set minda kata jajan tu rosakkan otak. Sampai sekarang jarang sangat nak makan jajan2 ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.097101 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list