CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2835|Reply: 15

pengguguran haram...

[Copy link]
Post time 7-9-2011 03:19 PM | Show all posts |Read mode
salam...saya nak tanya...saya ade kawan baik...mmg kami kenal dr sekolah rendah....sampai la skrang...kawan baik sy ni sosial sgt org nye...tapi hati dia baik...n dah berkawin...

ok..mcm ni..kawan baik sy ni ade satu kisah silam...n smpai skrang dia takleh maafkan perbuatan dia..n dia takot sgt dgn azab Allah...kdg2 dia kol sy...menangis n tanya pada saya...Allah terima ke taubat dia...dia ni baru berubah....dr seorg yg jahil..tak solat..bersekedudukan ngn bf dia (now husband dia)....tak tutup aurat....n banyak lah dosa yg dia wat....now dia da bertaubat..n before dia kawin dia dah start solat...pakai tudung...n mmg cuci tgn la...

ok..berbalik pada kisah silam dia...sebelom ni dia pernah termengandung...time tu dia baru je berenti keje...n saya pun tak tau yg dia mengandung....time tu plak...bf dia(now hubby dia) pun baru berenti keje..n dua2 kusut...diorg nak kawin...tapi dua2 takde duit...

yg saya sedih..sy dapat tau..dia dah gugurkan kandungan tu....tapi dia menyesal sgt...after dia gugurkan dia br bgtau sy...dia menangis...dia sedih sgt..sebb dia kata dia sygkan kandungan tu...

sy nak tanya...adakah taubat dia diterima pas ape yg dia wat...sebb dia tak selalu tanya sy...Allah terima ke taubat dia...lagi2 skrang dia tgh preggy 7 bulan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 04:10 PM | Show all posts
takde sape tahu allah terima ke idok...
yang penting dah tak buat benda yang lepas tu...

dia patut prepare unuk beranak tu...
ambik kelas meneran ke ape ke...
di samping amalkan baca Quran...
baby mesti suka dengar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 04:11 PM | Show all posts
tulah..banyak kali sy ckp ngn dia..tu sume keje Allah...tapi dia still takut yg taubat dia tak diterima..sebb dosa2 silam dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:16 PM | Show all posts
bertuah la kawan awak sebab dikurniakan perasaan bersalah dan nak bertaubat
ada org sekali dah buat, lagi lagi dan lagi dia sonot nak buat lagi..

bab taubat ni diterima ke tidak, hanya Allah je yg tahu
pucuk pangkalnya hati kawan awk tu betul2 menyesal dan tak akan ulangi lagi
lagi satu, dlm keadaan yg dia tgh pregnant ni, mintak kawan awak tu baca alquran selalu sampai nak bersalin..
ni kalau asik pk pasal tu nanti, efek kat baby lak
emosi pon kena jaga
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:17 PM | Show all posts
Insyaallah jika dia benar bertaubat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 04:24 PM | Show all posts
tulah...mmg sy banyak bg nasihat kat dia...suruh dia pk anak yg dia kandung skrang...n dia beruntung sebb hubby dia still stay ngn dia...n jg dia ngn elok...even diorg pernah wat satu kesilapan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 04:30 PM | Show all posts
Taubat dia terima ke tak itu tuhan saja yang tahu dan jangan sekali kembali ke jalan yang salah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:51 PM | Show all posts
Seandainya dosa kamu segunung, segunung itulah ALLAH akan gantikan dengan kebaikan..


kalo betol2 dah bertaubat..insyaALLAH..ALLAH akan menerima taubat kita...ALLAH kan Maha Pengampun dan Penyayang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 09:52 AM | Show all posts
1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

(Hadis Riwayat Imam Muslim: hadis ke 4967)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:00 AM | Show all posts
Surah Al-Furqan Atat 70



kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. 25:70)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:38 AM | Show all posts
hanye ALLAH yg mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 11:08 AM | Show all posts
Allah itu MAHA PENGAMPUN... ingat tu dalam diri kita..
semoga dia betul betul da bertaubat.. TAUBAT NASUHA..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 11:54 AM | Show all posts
insyaALLAH. minta la kawan awak tu selalu tahajud malam. dengan tahajud, hati akan menjadi lebih tenang. ALLAH itu maha pengampun kepada hamba-hambaNYA walau sebesar mana pon dosa yang dilakukan kecuali syirik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 05:25 PM | Show all posts
hanya ALLAH sahaja yg tahu..tp kalau kawan awak da bertaubt jgn diulang lagi la perkara itu..walau dia da khwin da mengandung,tuhan masih sayangkan dia dberi rezeki untk menimang cahaya mata lagi..cakap/nasiht kawan awak cakap dia beruntung tuhan masih sayangkan dia dapt lihat dunia,berkahwin juga dengan org yg dia sma2 buat dosa.so hargaila kehidupan ini sebaiknye..

ALLAH maha pengampun da penyayang..bnyak kan la beribadat pada tuhan supaya dia tidak rasa bersalah..hidup perlu diteruskan,yg silam jadikan pedoman..perbaiki diri untk persiapan diakhirat kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 06:20 PM | Show all posts
allah itu maha pengampun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057984 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list