CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2486|Reply: 3

Sutera Merah Jambu

[Copy link]
Post time 7-9-2011 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Pagi yang hening. Burung-burung bebas berterbangan mula mencari rezeki. Sesungguhnya setiap kehidupan di dunia ini, telah ditakdirkan rezekinya oleh Allah swt. Dia menarik nafas dalam-dalam, menghembuskan perlahan-lahan. Membiarkan oksigen memenuhi segenap ruang paru-parunya.
'Sarah! Sarah!' terdengar panggilan dari dalam rumah. Dia menoleh ke rumah. Rumah yang dulunya usang, sudah kembali ceria sejak kehadirannya. Papan-papan usang diganti dengan papan baru, didingnya juga dicat dengan warna merah jambu kegemarannya.
'Ye mak...' dia menyahut sambil berlari-lari anak menuju ke belakang rumah. Kelihatan kelibat Mak Kiah sedang sibuk menggoreng dari celah jendela dapur.
'Buatkan air milo untuk adik-adik ni.. kejap lagi van Pak Mat sampai.. nanti tak sempat pulak diorang nak minum'
'Baiklah mak' dia bergegas masuk melalui pintu dapur yang sedia terbuka. Bau aroma cempedak digoreng memenuhi ruang dapur.
'Hmmm sedapnya bau cempedak goreng ni ....' dia menegur ibunya yang sedang mengangkat cempedak goreng dari kuali.
'Sudah siap air milonya nanti panggil Angah dan Acik' Mak Kiah mengarahnya.

'Angah, Acik, nanti pergi sekolah jangan lupa pesan kak long. Kalau nak berjaya kita mesti amalkan 5 S. Senyum Sapa Salam Sopan dan Sedekah. Senyum kat cikgu, sapa cikgu, bagi salam dulu, kalau sempat salam, salam cikgu, kemudian bersopan dan tolong cikgu angkat barang tu sedekah..' Dia menasihati adik-adiknya sambil menghirup milo bersama Mak Kiah. Diman yang dipanggilnya angah mengangguk-anggukkan kepala sambil mengunyah cempedak goreng. Dania pula hanya tersengih ceria. Diman tahun ini akan menghadapi peperiksaan besar SPM, manakala Dania pula baru mencecah tingkatan 1.

'Mak nak pesan, kita ni dah tak ada ayah, jadi cikgu la yang ajar kita jadi baik sopan dan berjaya. Mak doakan kamu berdua berjaya dalam pelajaran macam kak long.' Mak Kiah mengusap-usap kedua-dua kepala anaknya. Sarah tersenyum bahagia. Sungguhpun sudah 3 tahun tanpa ayah, Mak Kiah tetap tabah. Mengurus anak-anaknya tanpa suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 12:00 PM | Show all posts
macam best..cptlaa smbung..hee
btw..cite ni berkisar sal ape ek..hee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 04:09 PM | Show all posts
'Dah seminggu along kat rumah, cuti nya berapa hari?' tanya Mak Kiah sambil tangannya ligat menyiang sayur kacang.
'Dua minggu mak, ofis bagi cuti sementara nak posting kat tempat lain.' ujar Sarah. Bau bawang merah yang dikupasnya tadi menyengat ke hidung, dan matanya mula berair.
'Apa tempat lama dulu tu tak de ke jawatan kamu tu?' tanya Mak Kiah lagi, saja berbasa-basi.
'Saja je Sarah nak cari angin lain. Lagipun penat la mak kat HKL tu. Tak menang tangan. Ni baru dapat cuti panjang. Mak kan tau, sejak Sarah balik dari Australia dulu, Sarah langsung tak cuti. Terus mula kerja. Dah dua tahun Sarah tak ambil cuti, Raya pun Sarah kerja.. Ni je baru nak rehat-rehat' Sarah yang baru dua tahun bergelar Doktor sakit puan mengomel.
'Bagus la tu along. Mak tahu tanggung jawab along pada masyarakat lagi penting. Mak selalu doakan along'
Dia tersenyum sambil mengangkat bakul berisi bawang dan menuju ke sinki.
'Along ingat, kalau angah dah habis SPM, along nak ajak angah buat kerja-kerja sukarela la. Jadi sukarelawan.'
'Suka hati kamu lah Sarah. Mak ikut aje..'

'Assalamualaikum' terdengar suara dari luar.
'Pergi tengok tu siapa kat depan. Kadang-kadang anak Cik Leha selalu menyinggah'
Dia bergegas mengelap jari jemarinya di tuala yg tersangkut di kerusi.
'Waalaikumussalam'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 06:10 PM | Show all posts
Sarah tersipu-sipu sambil mengambil mangkuk tingkat dari tangan Adam. Adam Mukhriz, rakan lama zaman persekolahan dulu, seringkali bertelingkah dan berlumba-lumba untuk meraih tempat pertama dalam kelas. Anak Cik Leha yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

'Sejak bila Sarah balik? tak nampak pun kereta Sarah?' Adam Mukhriz menegurnya saat terpandang wajah Sarah muncul di muka pintu.

'Dah lama juga la, dekat seminggu.' pendek Sarah menjawab agak malu. Malu kerana sudah terlalu lama dia tidak bertemu Adam. Kali terakhir ketika dia mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah dahulu. Sejak itu, dia cuma mendengar berita dari mulut Mak Kiah sahaja tentang Adam.

'Kebetulan pulak, saya pun cuti seminggu juga. Esok dah nak balik KL. Awak sekarang kerja kat mana ya? mak kata awak kat HKL lagi?'

Dia mengangguk-anggukkan kepala, tidak tahu kenapa debaran di hatinya bagaikan tidak berhenti berdegup dengan kencang. Serba salah dibuatnya.
'Err.. emmm saya salin mangkuk awak ni dulu ye?' Dia bingkas berpaling dan bergegas pula ke belakang, dibiarkan sahaja Adam Mukhriz terpinga-pinga di bawah.

'Siapa tu Sarah?' tegur Mak Kiah.
'Ni ada anak cik Leha hantar ni' Sarah mengunjukkan mangkuk tingkat pada Mak Kiah.
'Ooo... Amir ke? mana dia si Amir?' Amir adik bongsu Adam Mukhriz seringkali diarahkan untuk bertandang ke rumah Mak Kiah.
'Errr... mmmmm Adam kat luar' tergagap-gagap SArah menjawab.
'Laaa...... budak ni.. kenapa tak dijemputnya Adam naik ke rumah?... di biar je tunggu kat bawah.. hishhhhh... dah la budak tu kadang-kadang je balik..' Mak Kiah mengomel sambil menyalin kuih-muih dan lauh dari mangkuk tingkat Cik Leha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.074393 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list