Post Last Edit by adromir at 5-9-2011 11:33
Hi, uols. Selamat kembali bekerja. Best Raya? Korang perasan tak? Raya baru ni, cerita yg diorang show kat tv sumernyer hampeh belaka! Balik2 tayang citer tu. Boring arr. In the end, aku layan dvd je.
So, hari ni aku nak senaraikan 10 filem (antarabangsa) yg aku cukup suka tonton, sampai berulang2 kali tanpa jemu.
Antaranya, in no certain order;
1. Back To The Future (1985) 
(Lakonan Michael J Fox yg kini menghidap Parkinson. Gelagat si hero, Marty, ngan saintis giler dlm filem tu sangat mencuit hati. Scene paling best waktu Marty main gitar sambil nyanyi lagu ‘Johnny B Good’)
2. Miss Congeniality (2000) 
(Lakonan Sandra Bullock. Sampai kini dia still bergetah walaupun dah over 40. Mcm nak pecah perut tahan gelak waktu tengok the crowning scene. Ghairah sungguh Gracie berebut mahkota dengan Miss USA!)
3. She’s The Man (2006) 
(Lakonan Amanda Baynes dan Channing Tatum. Filem ni pasal schoolgirl terpaksa menyamar jadi lelaki sebab nak main bola punya pasal. Scene paling hysterics waktu Viola ngn hero pujaan lompat atas katil dan berpeluk ketakutan dek seekor labah2! Ha ha ha!)
4. Lord Of The Ring : Return Of The King (2003) 
(Lakonan oleh…err…ramai sangat la nak sebut! Anyway, filem ni banyak beri kesan mendalam pada aku. Aku sangat minat ngan penulisnya JRR Tolkien, dan semua bukunya aku dah abis baca. Ada 3 filem semuanya, but this one is the icing on the cake. Filem yg mengajar ku ttg persahabatan,pengorbanan, keberanian, dan ketabahan.)
5. James Bond : Casino Royale (2006) 
(Lakonan Daniel Craig dan Eva Green.Filem ni buat aku minat kembali filem James Bond. Filem2 yg sebelum ni stereo-type sangat. Boring. Waktu mula2 Daniel Craig diumumkan sebagai James Bond baru, aku la orang paling kuat mengutuk. Tak hensem la, tak macho la. Bila filem dah keluar, terkedu aku. God, Daniel Craig sangat berkarisma. Truly, you don’t need to be good looking to captivate the audience. It’s your aura that counts!)
6. MemphisBelle (1990) 
(Lakonan Matthew Modine dan Eric Stolz. Filem berdasarkan kisah benar tentang sebuah pesawat pengebom bernama ‘Memphis Belle’ sewaktu WW2. The brotherly relationship antara anak2 kapal yg membawa kepada kejayaan mereka sebagai pasukan pertama berjaya melaksanakan semua 25 misi dengan selamatnya.
7. Titanic (1997) 
(Lakonan Leonardo Di Caprio dan Kate Winslet. Teringat lagi waktu aku menangis teresak2 dlm panggung bila heroin terpaksa lepaskan tgn si hero yg dah mati kaku…Cam tgk citer Hindustan la pulok! He he)
8. The Italian Job (2003) 
(Lakonan Mark Wahlberg. Dlm filem ni, aku suka tengok cara team diorang plan utk curi balik jongkong emas yg telah dikapuh oleh rakan mereka yg berpaling tadah. Filem ni turut buat aku jatuh cinta pada MINI Cooper. Cute!)
9. Speed (1994) 
(Lakonan Keeanu Reeves dan Sandra Bullock. Lepas tengok filem ni, aku ada fobia naik lif!)
10. Bourne Identity (2002)

(Lakonan Matt Damon yg benar2 menghidupkan watak Jason Bourne. Tak sangka nerd ni cukup power dlm hand-to-hand combat. Scene paling mendebarkan adalah acara kejar-mengejar ngan kereta Mini Minor. Sveet!)
Uols ada filem kegemaran yg takpuas tengok berulang kali? Jom kongsi sekali kat sini.
|