View: 10676|Reply: 1
|
Catopuma Badia di hutan Sarawak
[Copy link]
|
|
[size=+1]
Other Names
chat bai (French)
Borneo-katze (German)
gato rojo de Borneo (Spanish)
kucing merah (Indonesia, Malaysia)
kucing Kalimantan (Indonesia)
KUCHING, 25 Ogos -- Kehadiran 'Kucing Merah', seekor spesies kucing yang amat jarang ditemui di dunia baru-baru ini di kawasan konsesi pembalakan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Anap, di tengah-tengah negeri Sarawak, telah menarik perhatian peminat hidupan liar dari seluruh dunia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Datuk Len Talif Salleh hari ini berkata imej Kucing Merah atau nama saintifiknya 'Catopuma Badia' berjaya dirakamkan oleh seorang pelajar Sarawak yang melakukan penyelidikan dari University Kyoto.
Katanya rakaman itu dibuat di dua lokasi di kawasan konsesi pembalakan FMU Anap di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.
"Kemunculan ini, dalam kawasan seluas lebih 110,000 hektar, telah menandakan rekod sebaran, kira-kira 120km dari tempat kali terakhir penemuan dirakamkan pada 2005," katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya kawasan pembalakan itu diuruskan oleh Zedtes Sdn Bhd di bawah peraturan pengurusan ketat pengurangan kesan pembalakan selaras dengan amalan pengurusan hutan lestari.
Sebelum ini, kehadiran Kucing Merah dirakamkan oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Taman Negara Pulong Tau, Miri, 120 km dari selatan sempadan Indonesia dan 200km utara FMU Anap, katanya.
Spesies Kucing Merah itu merupakan haiwan terlindung di Sarawak di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 manakala empat daripada lima spesies kuching hutan Borneo itu direkodkan di kawasan FMU Anap. |
|
|
|
|
|
|
|
takut pulak tengok rupa dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|