CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12
Return to list New
Author: LuCkY-sTaR

Undang-Undang Kecil PBT

[Copy link]
BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 28-7-2003 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by zBs at 2003-7-28 01:21 PM:
hmmm panjang lebar penerangan BB nih!!! kena ambik masa tuk baca. Kat mana dapat tuh BB? Kata benda benda ni P&C?


Rasanya ini DOKUMEN RESMI (kena ISA pulak nanti) ... tapi tak tahu pulak ... cari-cari dalam PBT WEB terjumpa pulak

Jika ada musykil dengan UUK tersebut ... harap beri pandangan ... dan saya akan cuba COPY UUK yang lain pulak ye


p/s : ZBS ... u di mana lokasi sebenarnya .. sebab saya sedang mengumpul ahli board ini untuk satu jamuan perkenalan
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 28-7-2003 04:48 PM | Show all posts
INI ADALAH SATU LAGI CONTOH UUK UNTUK RUJUKAN BERSAMA - JIKA INGIN PENJELASAN SETIAP SEKSYEN HARAP KEMUKAKAN DISINI

Undang-Undang Kecil pelesenan tred, perniagaaan dan perindustrian  1998.
Akta 171

PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen -seksyen 102(s) dan 102A Akta Kerajaan Tempatan 1976, Majlis Perbandarandengan ini membuat dan menurut seksyen 103 Akta tersebut Pihak Berkuasa Negeri mengesahkan Undang-Undang Kecil yang berikut:




Nama dan pemakaian
1. Undang-undang kecil ini boleh dinamakan Undang-Undang Kecil perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran ) 1998 dan hendaklah dipakai bagi kawasan Majlis Perbandaran  selepas ini dirujuk sebagai "Majlis" sahaja.

--------------------------------------------------------------------------------

Tafsiran
2. Dalam undang-undang kecil ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

"lesen" ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini;

"pemegang lesen" ertinya mana-mana orang yang kepadanya lesen dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini;

"perniagaan" termasuklah apa-apa jua bentuk perdagangan, penukangan atau lain-lain kegiatan yang dijalankan untuk memperolehi keuntungan;

"perindustrian" termasuklah apa-apa perniagaan, tred, usaha atau perbuatan, dan termasuklah apa-apa perkhidmatan, pekerjaan usaha tangan atau pekerjaan perindustrian dan termasuklah juga industri dan kilang kampung;

"Pihakberkuasa Melesen" ertinya Yang DiPertua Majlis Perbandaran  atau Setiausaha atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis untuk mengeluarkan lesen oleh Yang DiPertua;

"premis" termasuklah rumah urut, rumah, bangunan, tanah, tenemen, isemen dan hereditamen mana-rnana pemegangan, sama ada terbuka atau tertutup,samada didirikan atau tidak, sama ada awam atau persendirian dan samada diselenggarakan di bawah mana-mana kuasa statut atau tidak;

"Sampah sarap tred" ertinya sampah mana-mana tred. perniagaan atau perindustrian yang dilesenkan di bawah undang-undang kecil ini;

"tred" ertinya apa-apa jua aktiviti perdagangan yang dinyatakan dalam Jadual.

--------------------------------------------------------------------------------

Lesen
3. Tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu tempat atau premis dalam kawasan Majlis Perbandaran  bagi apa-apa tred, perniagaan atau perindustrian tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihakberkuasa Melesen dan bayaran lesennya adalah seperti ditetapkan dalam Jadual kepada Undang-undang kecil ini.

Dengan syarat bahawa Pihakberkuasa Melesen boleh mengurangkan bayaran lesen mana-mana premis tidak lebih daripada setengah kadar yang telah ditetapkan dalam Jadual untuk tred, perniagaan dan perindustrian yang berkenaan jika pada fikirannya adalah patut dikurangkan.

--------------------------------------------------------------------------------

Permohonan untuk mendapatkan lesen
4.

Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pihakberkuasa Melesen dalam borang yang ditetapkan oleh Pihakberkuasa Melesen.
Pihakberkuasa Melesen boleh menghendaki mana-mana permohonan untuk pengeluaran atau pembaharuan lesen supaya hadir sendiri dan bagi sesuatu perbadanan atau firma, seorang wakil yang diberi kuasa oleh perbadanan atau firma tersebut supaya hadir semasa lesen dikeluarkan atau dibaharui.

--------------------------------------------------------------------------------

Bentuk lesen
5. Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Undang-undang kecil ini hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihakberkuasa Melesen dari semasa ke semasa dan hanya boleh dikeluarkan setelah pembayaran seperti yang ditetapkan dalam Jadual dibuat.

--------------------------------------------------------------------------------

Sahnya lesen
6. Sesuatu lesen jika digantung atau dibatalkan terlebih dahulu hendaklah terus berkuatkuasa sehingga 31hb. Disember berikutan tarikh kuatkuasa dan hendaklah dibaharui pada atau sebelum tarikh tamat tempoh lesen itu.
--------------------------------------------------------------------------------
Pindahmilik lesen
7.

Sepanjang tempoh sahnya sesuaru lesen dan jika dipohon oleh pemegangnya. Pihak berkuasa Melesen boleh membenarkan lesen itu dipindahmilik kepada orang lain.
Bayaran pindahmilik ialah dua puluh peratus daripada bayaran lesen dalam Jadual.

--------------------------------------------------------------------------------

kebbersihan
8. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menjaga dan menyelenggara tempat atau premis berlesennya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih.

--------------------------------------------------------------------------------

Mengadakan tong sampah
9. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mengadakan tong sampah atau bekas sampah yang cukup sebagaimana perlu untuk menyimpan sampah.
--------------------------------------------------------------------------------

Sampah pepejal basah
10. Semua sampah pepejal basah hendaklah dimasukkan dalam karung plastik atau lain-lain bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah atau bekas sampah.
-------------------------------------------------------------------------------

Pembuangan sampah
11. Semua sampah sarap dalam tong sampah atau bekas sampah hendaklah dibuang mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Pihakberkuasa Melesen dari semasa ke semasa.

--------------------------------------------------------------------------

Menumpahkan bahan mengganggu
12. Tiada seorang pemegang lesen pun boleh menyebabkan atau membenarkan darah, air masin, cecair kotor atau lain-lain bahan mengganggu dilonggokkan, ditumpahkan atau diserakkan ke dalam longkang atau lain-lain tempat awam atau persendirian.
------------------------------------------------------------------------------

Bekalan air
13. Di tempat atau premis berlesen itu hendaklah ada bekalan air paip yang disambungkan ke sesalur air dari bekalan air awam.

------------------------------------------------------------------------------

Jamban pam atau tempat buang air kecil
14. Pemegang lesen hendaklah mengadakan dan menyelenggarakan dalam keadaan baik bilik mandi, jamban pam, tempat buang air kecil dan besen cuci tangan yang cukup bilangannya hingga memuaskan hati Pihakberkuasa Melesen.
------------------------------------------------------------------------------

Pencahayaan
15. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah untuk memastikan terdapanya pencahayaan yang cukup di tempat dan premis berlesen itu hingga memuaskan hati Pihakberkuasa Melesen dan jika pencahayaan asli tidak mencukupi, langkah-langkah hendaklah diambil untuk mengadakan pencahayaan buatan.
---------------------------------------------------------------------------

Ganti udara
16. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah yang cukup untuk memastikan terdapatnya ganti udara yang cukup di tempat dan premis berlesen itu hingga memuaskan hati Pihakberkuasa Melesen dan hendaklah menyebabkan tiap-tiap cara ganti udara itu dijaga dalam keadaan baik dan dalam keadaan boleh digunakan.

-----------------------------------------------------------------------------


Bersesak-sesak tidak dibenarkan
17. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah yang cukup untuk memastikan yang keadaan bersesak-sesak tidak berlaku.

---------------------------------------------------------------------------


Peruntukan bilik mes dsb
18. Pihakberkuasa Melesen boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana pemegang lesen supaya menyediakan bagi pekerja-pekerjanya kemudahan- kemudahan yang sesuai dan secukupnya seperti bilik mes, bilik rehat, kantin, bilik salin pakaian dan gerobok dan memperbaikinya jika Pihakberkuasa Melesen berpendapat kemudahan -kemudahan yang ada itu tidak mencukupi.
--------------------------------------------------------------------------


Pencegahan kebakaran
19. Pemegang lesen hendaklah memastikan:

(a) bahawa kelengkapan rnenentang kebakaran yang cukup dipasang hingga memuaskan hati Pihakberkuasa Melesen,

(b) bahawa tangga dan jalan keluar yang cukup disediakan dan diselenggarakan; dan

(c) bahawa semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar bebas dari segala halangan dan tiap-tiap pintu di dalamnya dibina dan dipasang sedemikian cara supaya dapat dibuka dengan senang.
-------------------------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 28-7-2003 04:51 PM | Show all posts
Bahan-bahan mudah terbakar
20.

Simen atau larutan yang mudah terbakar hendaklah disimpan dalam bekas bertudung tutup sendiri yang reka bentuknya telah mendapat kelulusan.
Jika pelarut, larutan atau simen yang mempunyai tikat karat di bawab 22.78% (disimpan dalam kuantiti yang lebih daripada 50 liter stor yang tidak mudah terbakar) hendaklah dibina mengikut kehendak Pihakberkuasa Melesen.
--------------------------------------------------------------------------------


Pengsetoran
21. Semua bahan hendaklah diStor mengikut cara dan keadaan yarg dapat mencegah keluaran bahan-bahan merbahaya dan mengganggu darinya.
--------------------------------------------------------------------------------


Pembakaran
Pemegang lesen tidak boleh membakar atau menyebabkan dibakar bahan-bahan pembakar atau sampah sarap melainkan mengikut cara dan di tempat yang diluluskan oleh Pihakberkuasa Melesen.
--------------------------------------------------------------------------------


Penyebaran abuk dsb
23. Pemegang lesen tidak boleh menyebabkan, membiarkan, membenarkan atau mengizinkan penyebaran apa-apa kuantiti abuk, wap asap, wap, haba gas, pancaran, bau, hiduan, getaran asap dan jelaga dari tempat atau premis berlesennya yang pada pendapat Pihakberkuasa Melesen adalah suatu kacauganggu atau yang mencemarkan udara
--------------------------------------------------------------------------------


Bising
24. Pemegang lesen semasa menjalankan trednya tidak boleh membuat atau menyebabkan bising yang merupakan kacauganggu.
--------------------------------------------------------------------------------


Waktu menjalankan perniagaan dsb
25. Pihak Berkuasa Melesen boleh mengarahkan bahawa sesuatu tred, perniagaan atau perindustrian tidak dibenar dijalankan di sesuatu tempat atau premis berlesen melainkan pada masa dan jam yang ditetapkan atau dikenakan oleh Pihakberkuasa Melesen dan pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana arahan itu.
--------------------------------------------------------------------------------


Kuasa untuk memeriksa
26. Pihakberkuasa melesen boleh:

(a) memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau premis yang digunakan atau Pihakberkuasa Melesen percaya dengan munasabahnya digunakan bagi maksud tred, perniagaan dan perindustrian yang mana lesen adalah dikehendaki di bawah Undang-Undang Kecil ini

(b) meminta daripada pemegang lesen tred, pemiagaan atau perindustrian apa-apa maklumat berkenaan dengan pengurusan tred, perniagaan atau perindustrian itu dan pemegang lesen atau pekerjanya hendaklah memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki daripadanya.
-----------------------------------------------------------------------------


Penalti
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini adalah rnelakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak rnelebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu dan denda tambah tidak rnelebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2003 11:37 PM | Show all posts
Amboi panjangnya, BB
Hehehe... Lucu gak bila ko sebut pasal ISA tu
Ni kena ambik masa gak utk baca ni.
Anyway, thanx ekk
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 30-7-2003 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by LuCkY-sTaR at 2003-7-29 11:37 PM:
Amboi panjangnya, BB
Hehehe... Lucu gak bila ko sebut pasal ISA tu
Ni kena ambik masa gak utk baca ni.
Anyway, thanx ekk


Ada musykil dalam BAB SEKYSEN UUK boleh ditanya manalah tahu besuk nak buka perniagaan kut
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.065331 second(s), 18 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list