CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9853|Reply: 24

Undang-Undang Kecil PBT

[Copy link]
Post time 18-7-2003 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum Mod BB & Paja.

Lucky nak tau, adakah semua PBT punya By-Laws yg sama kat seluruh M'sia? Dan kalau bole, beri contoh sikit By-Laws yg ada. TQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Paja This user has been deleted
Post time 18-7-2003 06:10 PM | Show all posts

Waalaikumsalam Lucky Star

setahu paja by-laws antara PBT A dan PBT b,c,d dan seterusnya tak sama. ini bergantung pada keperluan setempat.

paja kena dapatkan contoh2nya dulu. nanti datang balik ... kalau lama sikit tu ... tunggu yea ;)

Reply

Use magic Report

zBs This user has been deleted
Post time 22-7-2003 11:24 AM | Show all posts
a ah lah kita nak tau jugak lah, apa yg terkandung dalam undang undang kecil pbt?
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 22-7-2003 01:22 PM | Show all posts

dear all

maaf sebab lambat sungguh dapatkan penjelasan tentang hal ini.

dalam local government act (act 171) ada penjelasan tentang kuasa PBT membuat by-law dalam kawasan masing2. banyak perkara yang tersebut disitu.

memang ada certain by-laws di PBT2 tertentu ni berlainan. seperti yang saya nyatakan ... bergantung pada keperluan setempat.

untuk saya dapatkan contoh by-law yang berbeza antara PBT2 ini ... akan mengambil masa. tapi setahu paja .. di selangor, by-laws yang dibuat oleh satu2 PBT perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. usually once the by-law is endorsed, semua PBT perlu follow .. untuk keseragaman. paja tak pasti negeri lain. kena banyak buat research pasal ni.

mungkin lucky-star dan zBs boleh bagitau tentang mana2 isu/masalah yang sama tapi undang2nya lain di PBT. dari situ kita boleh sama2 belajar.

Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 22-7-2003 01:27 PM | Show all posts
lagi sikit nak tambah ...

by-laws setiap negeri ada kelainan sebab by-laws yang dibuat perlu dapatkan kelulusan pihak kerajaan negeri.

basic datang dari local government act 1976. dari situ .. banyak by-laws yang boleh digubal berdasarkan permasalahan dan keperluan penduduk setempat. jadi tidak mustahil jika masalah yang sama di selangor dan perak .. mempunyai jalan penyelesaian (by-law) yang berbeza.

jika ada yang tak betul dalam penjelasan paja tu .. minta tolong forumners betulkan ...

Reply

Use magic Report

zBs This user has been deleted
Post time 22-7-2003 02:35 PM | Show all posts
saya kurang familiar lah dgn topik ni paja. Ada ke majalah yg berkaitan dgn pbt setempat dan menerangkan pasal undang-undang kecil mereka? rasanya taklah kalau adapun cuma menceritakan projek yg telah,sedang dan akan dijalankan. Kerja kerja amal yg telah mereka lakukan, pesta pesta, gotong royong dsb.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Paja This user has been deleted
Post time 22-7-2003 03:58 PM | Show all posts
sebenarnya saya pun kurang arif, zBs ... masih banyak yang perlu saya belajar sebab by-laws ni banyak.

majalah PBT yang dapat free tu memang tak banyak cerita pasall by-laws ni .. tapi cuba zBs tanya PBT tempat zBs ... they should have a booklet on by-laws dalam kawasan mereka, untuk public.

paja pun kena tanya gak PBT kawasan paja ... ada ke idak. kalau takde nak suggest depa adakan ... supaya orang celik undang2 .. so takde ler buat salah dan tahu hak diaorang.

Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 23-7-2003 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by LuCkY-sTaR at 2003-7-18 05:24 PM:
Assalamualaikum Mod BB & Paja.

Lucky nak tau, adakah semua PBT punya By-Laws yg sama kat seluruh M'sia? Dan kalau bole, beri contoh sikit By-Laws yg ada. TQ.


PERSOALAN YG BAIK LUCKY - 4 credits dari saya walau u MOD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 23-7-2003 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by LuCkY-sTaR at 2003-7-18 05:24 PM:
Assalamualaikum Mod BB & Paja.

Lucky nak tau, adakah semua PBT punya By-Laws yg sama kat seluruh M'sia? Dan kalau bole, beri contoh sikit By-Laws yg ada. TQ.


Kebanyakkan PBT menggunakan BY LAWS (UNDANG-UNDANG KECIL - UUK) yang sama setiap satu . UUK yang sering diguna pakai ialah UUK PENJAJA KECIL, UUK PERNIAGAAN, UUK TAMAN dan juga menggunakan AKTA 133 serta & 171

nanti saya cuba dapatkan copy salah satu UUK tersebut untuk rujukan LUCKY
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 23-7-2003 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by zBs at 2003-7-22 02:35 PM:
saya kurang familiar lah dgn topik ni paja. Ada ke majalah yg berkaitan dgn pbt setempat dan menerangkan pasal undang-undang kecil mereka? rasanya taklah kalau adapun cuma menceritakan projek yg te ...


Ya UUK tersebut adalah salah satu DOKUMEN RESMI dan ianya tidak boleh di COPY atau dibawa keluar
Reply

Use magic Report

zBs This user has been deleted
Post time 23-7-2003 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 2003/07/16 21:36:
Ya UUK tersebut adalah salah satu DOKUMEN RESMI dan ianya tidak boleh di COPY atau dibawa keluar

ohhh ye kerrr, abis tu mcmana kita org luar ni nak tahu pbt punya UUK? kalau kita tak diberi salinan atau tak diberi penerangan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2003 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 23-7-2003 01:35 PM:
Kebanyakkan PBT menggunakan BY LAWS (UNDANG-UNDANG KECIL - UUK) yang sama setiap satu . UUK yang sering diguna pakai ialah UUK PENJAJA KECIL, UUK PERNIAGAAN, UUK TAMAN dan juga menggunakan AKTA 133 ...


Ooo.. mekasih Mod BB. Awak org pertama yg memberi saya kredit secara percuma. Tapi, pertanyaan saya kena jawap gak noooo... :bg:

Lucky nak tanya la. Kalau nak buat papan tanda, apa ke, utk tunjuk arah jln, tu kena minta kelulusan PBT ke? Cth dia cam DBKK.
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 24-7-2003 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by LuCkY-sTaR at 2003-7-23 06:56 PM:
Ooo.. mekasih Mod BB. Awak org pertama yg memberi saya kredit secara percuma. Tapi, pertanyaan saya kena jawap gak noooo... :bg:

Lucky nak tanya la. Kalau nak buat papan tanda, apa ke, utk tunju ...


Memang perlu apatah lagi BANNER dan BUNTINg bagi mengawal pemasangan sesrta perkataan digunakan

Yang utama ialah BAHASA MALAYSIA mesti besar dari BAHASA LAIN
Reply

Use magic Report

zBs This user has been deleted
Post time 24-7-2003 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 2003/07/16 18:40:
Memang perlu apatah lagi BANNER dan BUNTINg bagi mengawal pemasangan sesrta perkataan digunakan

Yang utama ialah BAHASA MALAYSIA mesti besar dari BAHASA LAIN

UTAMAKAN BAHASA MALAYSIA "CINTAI BAHASA KITA"
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 24-7-2003 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by zBs at 2003-7-24 11:33 AM:
UTAMAKAN BAHASA MALAYSIA "CINTAI BAHASA KITA"


Tulah yg kadang2 jadi PENING pada PBT kerana kebanyakkan COMPANY lebih membesarkan perkataan JENAMA& BRANDNYA daripada nama SYARIKAT dalam AKTIVITI PENGIKLANAN di papan tanda
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 24-7-2003 02:41 PM | Show all posts
SALAH SATU UUK UNTUK RUJUKAN LUCKY DAN ZBS

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976
UNDANG-UNDANG KECIL PENJAJA
( MAJLIS …………………………………….) 19….


  PADA  menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 ( Majlis ……………………….) membuat , dan menurut seksyen 103 Akta tersebut , Pihak Berkuasa Negeri mengesahkan undang-undang kecil berikut:

1.        Undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil Penjaja   (Majlis ………………………… ) 19…. dan hendaklah dipakai hanya bagi kawasan Majlis tersebut dan hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 1 Mac 19… ;  

Dengan syarat, lesen-lesen yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut akan terus berkuatkuasa sehingga tarikh tamat lesen-lesen itu.  

2.         Dalam undang-undang kecil ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain –  

“makanan” termasuklah apa-apa barangan yang digunakan sebagai makanan atau minuman oleh manusia;  

“penjaja” termasuklah penjaja beredar, statik atau sementara;  

“penjaja beredar” ertinya seseorang yang dengan atau tanpa kereta pergi dari setempat ke setempat untuk mendedahkan, membahagi atau menyerahkan untuk jualan apa-apa makanan, minuman atau barang-barang dari apa-apa jenis;  

“gerai berkunci” ertinya gerai yang dibina oleh (**………..) atau oleh mana-mana badan kerajaan atau badan berkanun yang dikelaskan sebagai demikian oleh (**………………..);  

(**………………) ertinya [1](**………………………) Majlis ……………………  dan termasuklah Timbalan Yang Dipertua;  

“tempat awam” ertinya mana-mana lapangan terbuka, tempat letak kereta, kebun bunga, taman rekreasi dan bersuka-suka atau medan, samada terkepung atau tidak  yang dikhas atau diuntukkan bagi kegunaan orang ramai atau yang terbuka kepada orang ramai pada bila-bila masa;  

“gerai” termasuklah mana-mana gerai berkunci, meja, setor, bangku, bangku panjang, bakul, kerusi, kayu kandar, petak peraga dinding, papan tunjuk dari apa-apa jua jenis atau apa-apa lain yang berkaitan dengannya samada mudah alih atau bukan mudah alih dan samada beroda atau tidak beroda, yang diatasnya atau didalamnya makanan, minuman atau barang-barang dari apa-apa jenis jualan atau didedahkan untuk jualan di mana-mana tempat persendirian atau tempat awam;  

“penjaja statik” ertinya seseorang yang mendirikan gerai di sesuatu tempat awam atau tempat persendirian dan menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan, minuman atau barang-barang dari apa jenis;  

“penjaja sementara” ertinya seseorang yang kadangkalanya mendirika gerai dan menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan, minuman atau barang-barang dari apa-apa jenis di petak yang ditetapkan bagi maksud itu oleh (**……………) bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh  (**…………….);  

“kereta” termasuklah apa-apa kereta yang digerakkan dengan jentera atau selainnya dan termasuk gadi, kereta sorong, kereta tolak, basikal, trisikal, motosikal, skuter, kereta, van, lori vesel, bot, atau rakit, yang dipadankan atau digunakan bagi maksud menjaja;  

3.         Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai penjaja tanpa lesen yang dikeluarkan oleh (**………………….) di bawah undang-undang kecil ini.  

4.         (1)      Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen untuk
bertindak  sebagai penjaja hendaklah dibuat secara bertulis kepada (**……………) dalam borang yang ditetapkan oleh (**………………….) .  

(2)      Jika permohonan bagi mendapatkan lesen diluluskan, (**………………..) hendaklah meminta pemohon memberi dua keping gambar fotonya berukuran pasport dengan mana pemohon boleh dikenali.  

(3)      Lesen hendaklah dalam borang yang ditetapkan oleh (**………….)  

(4)      Tiap-tiap lesen, selain daripada yang dikeluarkan kepada penjaja beredar, hendaklah berkenaan dengan tapak atau tapak-tapak tertentu.  

(5)      Tiap-tiap lesen hendaklah ditentukan –  

(a)      Tempoh sahnya lesen itu, tempoh itu hendaklah tidak lebih daripada enam bulan berakhir samada pada 30 Jun atau 31 Disember;

(b)       Jenis makanan, minuman atau barang-barang yang akan dijual;

(c)        Had-had, syarat-syarat dan sekatan-sekatan sebagaimana yang difikirkan oleh (**…………..) petut dikenakan.

(6)       Tiap-tiap lesen boleh dibatalkan oleh (**…………………) pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.  

(7)       (**…………………..) boleh , menurut budi bicaranya, enggan memberi atau memperbaharui sesuatu lesen tanpa memberi apa-apa sebab.  

(8)        Tiap-tiap orang yang telah diberi lesen hendaklah mempamerkan lesennya pada setiap masa di sesuatu tempat  yang mudah dilihat di premis, kereta atau gerai yang dilesenkan, dan hendaklah menunjukkan lesen itu bila dikehendaki berbuat demikian oleh (**………………..) atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh (**…………….) .  

(9)       Pemegang lesen hendaklah menyerahkan balik lesennya kepada (**……………….) apabila lesen itu tamat tempohnya, dibatalkan, dipotong atau digantung.  

(10)     Lesen tidaklah boleh dipindahmilik.  

5.         (1)      Tiada suatu gerai lain daripada gerai yang dibina oleh
(**………..) atau mana-mana badan kerajaan atau badan berkanun boleh melebihi lapan belas desimeter panjang sembilan desimeter lebar melainkan dikecualikan  oleh  (**………………….) secara bertulis dan hendaklah beratap sebagaimana yang diluluskan oleh (**…………………..)  

(2)      Tiada suatu perak peraga dinding boleh melebihi ukuran tiga puluh enam desimeter kali lapan belas desimeter kali tiga desimeter.  

6.         (1)      Pemegang lesen hendaklah sentiasa hadir dan
menjalankan atau mengawasi perniagaan di gerai atau petaknya, melainkan jika ia tidak dapat hadir atas sesuatu sebab yang munasabah.  

(2)     Jika pemegang lesen tidak dapat menguruskan perniagaannya digerainya selama tempoh tiga puluh hari atau lebih, ia hendaklah melantik seorang penama mengambil tempatnya dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis dari (**……………..)  

(3)      (**……………………) tidak boleh, kecuali dalam hal keadaan yang difikirkan patut, memberi sesuatu kelulusan di  bawah peruntukan-peruntukan perenggan (2) undang-undang kecil ini bagi sesuatu tempoh lebih dari tiga bulan.  

(4)      Jika seorang penama bertindak bagi pihak seorang pemegang lesen dibawah peruntukan-peruntukan undang-undang kecil ini, kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab-tanggungjawab yang dikenakan ke atas pemegang lesen di bawah undang-undang kecil ini hendaklah terletak ke atas penama tersebut yang mana boleh didakwa atas apa-apa pelanggaran undang-undang kecil ini seolah-olah ia adalah pemegang lesen.  

(5)      Bayaran sebanyak lima ringgit hendaklah dibayar oleh pemegang lesen bagi melantik seorang penama.  

7.         (1)      Tiada seorang penjaja boleh menjalankan perniagaannya-                  

(a)        dalam lengkungan sembilan meter dari simpang jalan

(b)        dalam lengkungan tiga puluh desimeter dari pili bomba;  atau

(c)        di atas tangga, kaki lima atau tempat lapngan awam yang berturap melainkan dibenarkan oleh (**……………………..).         

(2)       Tiada seorang penjaja boleh menjalankan perniagaannya dengan cara yang boleh menghalang atau menganggu perjalanan lancar lalu lintas kereta dan pergerakan bebas orang-orang yang berjalan kaki.  

(3)       Tiap-tiap penjaja hendaklah mematuhi apa-apa arahan lisan dan bertulis yang diberi oleh (**……………………….) atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh (**…………….) berkenaan dengan penempatan gerai, kereta atau lain-lain alat yang berkaitan dengan perniagaannya.

(4)       Tiap-tiap penjaja sementara hendaklah memindahkan dari petak atau tapaknya, gerai, kereta atau lain-lain alat yang berkaitan dengan perniagaannya pada waktu perniagaan ditutup tiap-tiap hari atau tiap-tiap malam, mengikut nama yang berkenaan.  

(5)       Seorang penjaja hendaklah berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun melainkan dikecualikan oleh (**……………………….)   

8.        Tiada seorang boleh bertindak sebagai penjaja beredar di mana-mana jalan atau di mana-mana tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.   

9.        Kereta sorong yang digunakan oleh penjaja beredar tidak boleh melebihi lapan belas desimeter panjang dan sembilan desimeter lebar dan atapnya atau kajang diatasnya tidak boleh lebh panjang daripada tiga desimeter dari mana-mana bahagian kereta sorong itu.  

10.      Jika kereta digunakan oleh penjaja beredar ukuran atau bentuk kereta itu hendaklah mengikut sebagaimana diluluskan oleh (**………………..).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 24-7-2003 02:43 PM | Show all posts
[fly]SAMBUNGAN[/fly]

11.       Penjaja edar tidak boleh tinggal tetap disesuatu tempat kecuali pada waktu ia sebenarnya menjual barang-barang kepada pelanggan-pelanggan pada waktu itu tidak sebenarnya berbuat demikian ia hendaklah sentiasa berpindah-pindah.  

12.      Tiap-tiap penjaja hendaklah dikenakan pemeriksaan doktor mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh (**…………………….).  

13.       Tiap-tiap penjaja hendaklah menjaga –  

(a)       dirinya dang pakaiannya supaya dalam keadaan bersih; dan

(b)        gerai atau keretanya dan lain-lain alat yang berkaitan dengan perniagaannya supaya berada dalam keadaan bersih dan sihat dan hendaklah dicat atau mengecatnya semula pada bila-bila masa sebagaimana diarahkan oleh (**…………………….).  

14.      Penjaja tidak boleh menggunakan kayu api di tempat perniagannya bagi maksud menyediakan makanan melainkan dikecualikan oleh (**……………….).  
15.       Tiap-tiap penjaja hendaklah mengadakan tong-tong sampah atau bekas-bekas yang cukup sebagaimana yang diperlukan sebagai tempat mengisi sampah.  

16.       Segala sampah busuk atau sampah pepejal basah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik atau lain-lain bekas yang sesuai sebelum diletakkan dalam tong sampah.  

17.      Segala sampah dalam tong sampah hendaklah dilupuskan oleh penjaja mengikut cara yang diarah oleh (**…………….) .  

18.      Tiada seorang penjaja boleh menyebab atau membenarkan diletakkan, ditumpahkan, ditaburkan atau dibuang apa-apa darah, air asin, cecair buangan atau kain-lain bahan busuk dalam mana-mana longkang atau di atas mana-mana tempat awam lain.  

19.       Bayaran yang kena dibayar bagi suatu lesen hendaklah sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.  

20.       Suatu lesen salinan akan dikeluarkan sekiranya lesen yang asal itu hilang dengan bayaran sepuluh ringgit.
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 24-7-2003 02:45 PM | Show all posts
[fly] SAMBUNGAN [/fly]

21.       Bayaran carian bagi mana-mana lesen hendaklah sebanyak sepuluh ringgit dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.  

22.       Seseorang yang bertindak sebagai penjaja tanpa lesen yang dikeluarkan oleh (**…………………) di bawah undang-undang kecil ini dan seseorang yang setelah diberi lesen oleh (**………………) di bawah undang-undang kecil ini bertindak berlawanan dengan mana-mana peruntukan undang-undang kecil ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabit dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit.  

23.       (1)      Apa-apa barang yang dicadangkan atau didedahkan untuk jualan, bersama-sama dengan bekasnya dan apa-apa alat yang tidak meyertainya dan juga gerai atau kereta kepunyaan orang yang tidak berlesen untuk bertindak sebagai penjaja di bawah undang-undang kecil ini boleh disita oleh mana-mana pegawai yang diberi    kuasa secara bertulis oleh (**…………………………) dan dipindahkan ke mana-mana tempat yang ditentukan oleh (**……………………..) dan ditahan disitu atas risiko pemunyanya.  

(2)      Apa-apa barang tak tahan lama yang disita dibawah perenggan (1) undang-unang kecil ini boleh dilupuskan  mengikut cara yang ditentukan oleh (**………………………)  

24.        Seseorang yang ada apa-apa tuntutan ke atas mana-mana barang yang telah dipindahkan dan ditahan dibawah Undang-undang Kecil 23 boleh menuntut barang-barang itu daripada (**………………………) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh barang-barang itu disita tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh (**………………………..) dan tertakluk kepada pembayaran bayaran yang ditetapkan  dalam Jadul Ketiga :  

Dengan syarat bahawa jika sekiranya tiada apa-apa tuntutan dibuat ke atas mana-mana barang yang telah dipindahkan dan ditahan itu dalam tempoh tiga bulan yang dinyatakan itu. (**…………………..) boleh melupuskan barang-barang itu mengikut cara yang difikirkan patut oleh (**……………………….)  

25.       Bahagian IV Undang-Undang Kecil Lembaga Bandaran 1937 mengenai perniagaan di tepi jalan sejauhmana ianya dipakai bagi kawasan Majlis ……………………..  adalah dengan ini dmansuhkan.


--------------------------------------------------------------------------------
[1]  **        (  Datuk Bandar / Yang Dipertua ) mana-mana yang berkenaan
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 24-7-2003 02:46 PM | Show all posts
[fly] SAMBUNGAN [/fly]JADUAL PERTAMA
(Undang-undang Kecil 8)  

1.         Semua bahagian jalan-jalan awam yang  berikut :  

(tertakluk kepada Majlis)  

2.         Semua tempat letak kereta awam   

3.         Semua perhentian bas, stesen bas dan tempat teksi  

4.         kawasan dalam lengkungan 30 meter daripada bangunan sekolah.

  

JADUAL KEDUA
(Undang-undang Kecil 19)  
                                                Minima          Maxima

1.       Penjaja bergerak              * RM 5.00        * RM 10.00 sebulan

2.       Penjaja Statik                   * RM 10.00       * RM 30.00 sebulan

  

JADUAL KETIGA
(Undang-undang Kecil 24)  

Memindahkan gerai atau barang-barang              *RM 10.00  

Bayaran menyimpan gerai atau barang-barang     * RM 5.00 bagi tempoh tidak lebih
                                                                        daripada 7 hari dan 50 sen sehari
                                                                        kemudian daripadanya.
  
*(Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Majlis berkenaan.)
Reply

Use magic Report

zBs This user has been deleted
Post time 28-7-2003 01:21 PM | Show all posts
hmmm panjang lebar penerangan BB nih!!! kena ambik masa tuk baca. Kat mana dapat tuh BB? Kata benda benda ni P&C?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.682438 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list