CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10747|Reply: 193

Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat di IPTA

[Copy link]
Post time 15-7-2011 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat di IPTA


2011/07/15PUTRAJAYA: Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.

Beliau berkata, jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon.
Katanya, seperti tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki.
"Dari segi calon yang ditawarkan tempat mengikut kaum, seramai 29,838 daripada 39,998 calon atau 74.6 peratus adalah Bumiputera, 9,457 daripada 10,677 calon atau 88.6 peratus adalah Cina, 1,511 daripada 1,813 calon atau 83.3 peratus India dan 461 daripada 728 calon atau 63.3 peratus dari kaum-kaum lain.

"Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulam untuk menentukan nilai merit seseorang calon," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Rujhan berkata, daripada 41,267 calon yang berjaya, seramai 21, 954 (53.2 peratus) adalah calon aliran Sains dan 19,313 (46.8 peratus) adalah calon aliran Sastera.

Katanya, sebanyak 6,294 calon cemerlang ditawarkan untuk mengikuti lapan kursus kompetitif iaitu Perubatan seramai 983 calon (Melayu-581, Cina- 339, India-50 dan kaum-kaum lain-13), Pergigian sebanyak 174 calon (Melayu-91, Cina-77, India-4, kaum-kaum lain-2), Farmasi sebanyak 283 calon (Melayu-151, Cina-125, India-7), Kejuruteraan Kimia sebanyak 919 calon (Melayu-648, Cina-217, India-45, kaum-kaum lain-9).
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik sebanyak 1,163 calon (Melayu-923, Cina- 209, India-18, kaum-kaum lain-13), Kejuruteraan Mekanikal sebanyak 1,601 calon (Melayu-1,251, Cina-311, India-20, kaum-kaum lain-19), Undang-undang sebanyak 367 calon (Melayu-221, Cina-105, India-37, kaum-kaum lain- 4) dan Perakaunan sebanyak 804 calon (Melayu-509, Cina-269, India-18, kaum-kaum lain- 8).

Sementara itu, Dr Rujhan berkata, seramai 38 Orang Asli, 49 Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 990 atlet negeri dan negara turut ditawarkan tempat di IPTA selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan graduan holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan negara.

Beliau berkata, 3,018 calon cemerlang yang mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0, sudahpun ditempatkan di 20 IPTA, iaitu seramai 2,045 calon di 19 IPTA manakala bakinya di Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan universiti APEX.

Dr Ruhjan berkata, calon boleh menyemak keputusan tawaran ke IPTA mulai 12 tengah hari ini dan IPTA akan mengeluarkan surat tawaran secara rasmi mulai esok (16 Julai).

Semakan boleh dibuat melalui laman web http:upu.mohe.gov.my, http://www.mohe.gov.my, http://ipt.uum.edu.my dan http://www.ipt.utm.my atau di talian hotline 03-8883 5858,Helpline 03-8883 5848 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Katanya, semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai.

Calon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup  permohonan e-rayuan ialah pada 24 Julai.

Dr Rujhan berkata, tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah pada minggu pertama September. - BERNAMA

right after raya depa-depa ni mendaftar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 08:55 PM | Show all posts
alhamdullillah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:02 PM | Show all posts
aku pun ada apply, baru nak cek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 09:04 PM | Show all posts
aku pun ada apply, baru nak cek
sekngucing Post at 15-7-2011 21:02

dah cek nanti beritahulah ye..semoga berjaya....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:14 PM | Show all posts
dah check tdi, ai antra 41,267 org yg brjaya tu...



















Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:15 PM | Show all posts
uishh, aku tak jumpa link dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-7-2011 09:17 PM | Show all posts
uishh, aku tak jumpa link dia
sekngucing Post at 15-7-2011 21:15

link bukak sekejap je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 09:18 PM | Show all posts
Reply 5# B.K
I pun berjaya jugak. berjaya bukak thread setelah setahun tidak mencuba
tahniah to my doter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 09:21 PM | Show all posts
aku tak tahu nak pos ape
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:35 PM | Show all posts
aku pun berjaya diterima masuk IPTA jugak.....


























7 thn yg lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:36 PM | Show all posts
annehuda musti umoq 25
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:39 PM | Show all posts
Reply  B.K
I pun berjaya jugak. berjaya bukak thread setelah setahun tidak mencuba
tahniah to m ...
arasham Post at 15-7-2011 21:18



    your daughter dpt masuk mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:40 PM | Show all posts
Girl power
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:45 PM | Show all posts
ambo pun buleh jugok
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:46 PM | Show all posts
annehuda musti umoq 25
kucingTomey Post at 15-7-2011 21:36



    xlah 27...



















Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:47 PM | Show all posts
Reply 15# B.K


    bk=annehuda?...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 09:49 PM | Show all posts
bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki.



.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:50 PM | Show all posts
lelaki tak suka beljaq,,laki suka merantau warrior
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:51 PM | Show all posts
Reply  B.K


    bk=annehuda?...................
kucingTomey Post at 15-7-2011 21:47



    bk=cik.panda
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:51 PM | Show all posts
tahun depan baru nk ambik spm

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.559740 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list