CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24335|Reply: 162

Soalan pada para perawat

[Copy link]
Post time 28-6-2011 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum....

Terdahulu minta maaf kalau dah ada tread nie. kalau ade harap mergekan la yer.. Aku ada beberapa soalan nak tanya kat para perawat kat sini la.. Harap boleh bg jawapan. Nie soalan pertama aku la, soalan lain akan dikemukakan kemudian..
Betul ke kita boleh bunuh jin?? Aku ada tanya beberapa perawat la, ada yang cakap memang boleh bunuh sampai mati. Malah bakar sampai hangus. Ada pula yg cakap kita tak boleh bunuh jin, yg kita bunuh tu sebenarnya jelmaan jin sahaja. Jasad asal jin masih lagi ada. Aku tanya sbb bukan aku boleh nampak pon jin tu kena bunuh atau kena bakar.. Apa yg aku tahu cuma yakin dgn kuasa Allah. Harap boleh jawab la ye, untuk makluman semua jugak. Tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 04:28 PM | Show all posts
Saudari TT.aku tak boleh komen banyak2..Sebab tak power macam sis eazzad..
Setahu aku yang belum cukup umur ney..Hanya orang tertentu saja yang boleh..
Bukan semua perawat boleyh..
Bergantung pada niat dan ketahanan masing2..Serta keizinan Allah S.W.T untuk membinasakan makhluknya itu..Wallahualam~
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 05:26 PM | Show all posts
Boleh dibunuh... cuba tanya itu brader Hantukiller nama pun hantu dah takot woooo.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 05:27 PM | Show all posts
Assalamualaikum....

Terdahulu minta maaf kalau dah ada tread nie. kalau ade harap mergekan la yer ...
acesecure Post at 28-6-2011 16:22
manusia sebagai khalifah kat muka bumi, so memang Allah bagi banyak keistemawaan pada manusia ni, sehinggakan segala makhluk lainpun dijadikan semata mata untuk kepentingan manusia....



Lihat aje malaikat yg jaga manusia, jaga syurga manusia, jaga neraka manusia, jaga rezeki manusia, jaga hati manusia.... tapi malaikat tak semuanya untuk kepentingan manusia, sebab mereka adalah hamba Allah yg sangat taat dan tugasnya amat pelbagai...



golongan jin juga dijadikan untuk manusia, malah setiap manusia ada tempat singgahsana jin(dalam qarin)... semata mata untuk menyesatkan manusia





makhluk yg lain???? bumi, tumbuh tumbuhan, haiwan liar dan ternakan... semuanya dibawah pentadbiran manusia......



oleh itu Allah juga bagi kelebihan kepada manusia untuk mengawal atau menguasai makhluk Allah tersebut kecuali Malaikat..... Azan yg dikumandangkan di masjid mampu menghancurkan jin bawahan, sehingga mereka lari bertempiaran ketika azan dilaungkan... kalau mereka tunggu???? hancur berkecai dan mati!!!!!

tu satu contoh je..... manusia dengan melaungkan azan pada jin yg merasuk(pangkat rendah spt hantu dan dewa) boleh membakar dan memusnahkan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 05:57 PM | Show all posts
manusia sebagai khalifah kat muka bumi, so memang Allah bagi banyak keistemawaan pada manusia ni, se ...
hantukiller Post at 28-6-2011 17:27



   
perawat tu mksd tt doctor ke bomoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 06:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 28-6-2011 18:20

salam semua
aku pnah dgr ceramah pasal jin2 ni la..tukang ceramah ni plak aku x ingat nama (dia ni klu x silap pakar ilmu radioaktif/nuklearl/atom ke ape opss bukan nuclear buat bom yer tpi kaitan dgn manfaat bahan itu jer rasa nyer dia kje kt puast nuclear negara)..dia jgk seorang perawat Islam
dia ada bgitaw..mmg kompem jin2 mmg boleh dibunuh(perawat tu byk guna perkataan disembelih)..ada kaedah yer..
dan itu adalah jln terakhir...maksud nyer klu jin itu masih jgk berdegil setelah dipujuk dinasihat supaya tidak menggangu maka jenis inilah yg di sembelih
jln terakhir ye bkn suke2 jumpe gi pancung je hokey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2011 12:38 AM | Show all posts
Saudari TT.aku tak boleh komen banyak2..Sebab tak power macam sis eazzad..
Setahu aku y ...
7teen Post at 28-6-2011 16:28



    nk tambah, tp kalu perawat plok kelas bawahan, atau bersekutu dgn jin. kompom tk leh bunuh sbb kalo bunuh silap silap perawat masuk wad spital. tu pon kalu tk mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 12:53 AM | Show all posts
Terima kasih untuk jawapan... sebenarnya aku nak cr jawapan yg bukan sahaja bersandarkan pendapat tetapi bersandarkan pada Al-Quran dan hadis. Sebab x de yg bagi jawapan begitu aku pun cari la so jumpa jawapan dari Dato' Dr. Harun Din. Nie petikan jawapan dia la...

" Makhluk halus ada yang tidak boleh dibunuh kerana mereka berumur panjang sampai hati qiamat dan ada yang mati (boleh dibunuh). Hanya Iblis sahaja tidak boleh dibunuh kerana ternyata dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya):

"Iblis telah berkata kepada Allah, 'Wahai Tuhanku. Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Kiamat). Allah berfirman, "Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau (termasuk) dari golongan yang diberikan tempoh. Hingga ke hari, waktu yang telah ditentukan." (Surah al-Hijr ayat 36, 37 dan 38)

Ahli-ahli tafsir secara umumnya menyatakan setelah iblis enggan tunduk kepada Allah S.W.T dan dilaknat serta dikeluarkan daripada syurga, mereka berdoa agar Allah memanjangkan umur mereka, maka Allah S.W.T menganugerahkan kepada mereka apa yang mereka minta iaitu berumur panjang sampai kepada hari Kiamat.

Ertinya makhluk yang termasuk dalam suku sakat iblis ini, mereka berumur pan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2011 01:12 AM | Show all posts
Ertinya makhluk yang termasuk dalam suku sakat iblis ini, mereka berumur panjang, dengan lain perkataan mereka tidak mati dan tidak boleh dibunuh.

Adapun selain daripada iblis seperi syaitan, jin dan sebagainya, mereka beranak pinak dan sampai umurnya mati, jelas dinyatakan bahawa mereka boleh dibunuh, khususnya disebut dalam sejarah mereka dibunuh dan mati dalam bentuk penjelmaan ular.

Banyak contoh lain, makhluk ini mati sama seperti makhluk yang dapat dilihat jisim seperti manusia, binatang dan lain-lain.

Meskipun makhluk ini mati, tetapi tidaklah sampai dapat dilihat (selain daripada bentuk penjelmaan).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 01:13 AM | Show all posts
Reply 5# micha


   aku maksudkan perawat islam la.. yg amalkan rawatan secara islam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 01:26 AM | Show all posts
setel soalan pertama... aku tanya aku gak yg jawab.. huhuhuuu

Soalan ke dua aku : Apa hukumnya kita bunuh jin?? Hukumnya kita penjarakan jin???

Aku tanya soalan nie sbb sebagai perawat Islam tentunya korang tau hukumnya bila kita bunuh atau penjarakan jin. Kalau korang x tau tentunya korang tak buat kan...

Sepertimana manusia, jin juga adalah makhluk Allah yg diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Maka tentunya mereka juga tertakluk kepada hukum Allah. So, sudah tentunya kita tidak boleh menghukum bunuh mereka atau penjarakan mereka dgn sewenang-wenangnya. Harap perawat Islam kat sini boleh huraikan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 01:30 AM | Show all posts
Reply 3# gammbir33


   Hantu cuma nama yg diberikan oleh org melayu kepada jin yg menjelmakan diri dlm bentuk yg manusia takuti. Nama2 hantu pon direka oleh org melayu sendiri. So, jin cuma ambil kesempatan dgn khayalan manusia untuk menakutkan dan menipu manusia. Jgn salah anggap tentang perkara ini yer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 01:56 AM | Show all posts
Hhmmm... Soalan yg menarik perhatian... Rasanye TT nie selalu lepak kat bod agama.... Kenapakah tetiba muncul disini???? huhuhuu.. tanya jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 02:50 AM | Show all posts
Reply 13# kairouseki


   Tak de lah selalu lepak kat situ. Kalau org tanya kita jawab kalau ada jawapan..(Camne bleh tau sy selalu kat situ..) Ada sebabnya kenapa sy bertanyakan soalan kat sini. Dlm soalan yg akan datang sy akan bg tau sebabnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 10:17 AM | Show all posts
setel soalan pertama... aku tanya aku gak yg jawab.. huhuhuuu

Soalan ke dua aku : Apa hukumnya ...
acesecure Post at 29-6-2011 01:26



ni pendapat aku jer....

aku diberitahu...... jin jin yg baik tidak akan memasuki alam manusia
tidak mencampuri urusan manusia........ sbb derang ada alam dan urusan derang sendiri
jin jin yang jahat nih yg suka mengganggu, menyakiti dan merosakkan manusia

kalau dlm dunia manusia pun..... kita ada hukuman seperti penjara....sebatan.....hukum bunuh
sbb membuat jenayah dan mengganggu serta menyakiti manusia lain
aku rase kalau jin jahat ni buat jenayah pd manusia..... mereka pun harus kene hukuman

perawat pun bukan sesuka hati bunuh atau penjara derang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 11:43 AM | Show all posts
Reply 15# seeri_7843


    Apa yg awk ckp tu mmg betul tetapi tak menjawap soalan sy. Biar sy jelaskan soalan sy ek.. Sy nak tahu apa yg membolehkan kita untuk membunuh jin tersebut ataupun memenjarakan jin tersebut. Kerana setiap hukuman sepatutnya setimpal dgn apa yg dilakukan oleh jin tersebut. Sbb kita pon mmg tahu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberi hukuman. Sy bertanya soalan ini sbb setiap perawat berlainan kadang-kadang memberi hukuman yg berbeza kepada jin walaupun kesalahan yg sama. Ini adalah contoh situasi:

kesalahan jin : jin sepah@jin yg merayau tanpa tujuan kemudian terjumpa seorang kanak-kanak lalu mengusiknya sehingga menangis. Tetapi dia tidak merasuk budak tu.

Hukuman:
Perawat A : Halau sahaja. sbb dia bg pilihan utk jin tu pergi dan dia nak pergi. ( nie perawat yg baik ati)
Perawat B : Penjarakan jin tersebut tanpa bertanya apa-apa @ bg pilihan. ( nie perawat sdg2 kot)
Perawat C : Terus bunuh tanpa belas ihsan. ( Nie perawat yg suka bunuh je kot)

Kalau tak faham gak nnti sy bg situasi lain pulak yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 01:12 PM | Show all posts
sOLANNYA MENGAPA JIN TERSEBUT MENGACAU BUDAK KECIK TU.
1) NAK TUNJUK KUASA
2) NAK MENYESAT KAN MANUSIA
3 SUKA SUKA
4) NAK MENDAJALKAN BUDAK TU.
BAGI AKU ASAL JIN YANG DAH MASUK KEALAM MANUSIA TAK KIRA ISLAM KE KAPIR KE JANJI DIA DAH KACAU MANUSIA MINTAK ORG ZASSSST JE.
SEMEMANGNYA NIAT JIN TU DAH TAK BETUL.
Pasal hukum boleh bunuh ke tidak itu aku tak berapa arif sangat.
tapi nak tanyalah jin ni tertakluk pada hukum syariat yang dikenakan pada manusia tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 02:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 29-6-2011 14:44

aku bukan perawat, tak layak langsung jadi perawat Islam, tapi bagus juga kalau boleh diskusi pasal bunuh membunuh jin ni.  Jin dan manusia tertakluk kepada syariat Islam.  Firman Allah tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah menyembahKu.  Rasulullah saw pernah berdakwah kepada sekumpulan jin di padang pasir Madinah.

Soalan gammbir33 mengapa jin mengacau manusia? antara sebab-sebab yang aku tau:

1.  Dihantar oleh tukang-tukang sihir (dukun/bomoh) untuk sesuatu tujuan kejahatan.  Tidak ada jin sihir yang baik yang masuk dalam badan manusia walaupun agamanya Islam, dia adalah jin Islam yang fasiq lagi engkar.  Selain tugas khas yang diarah oleh tukang sihir semua jin sihir tidak boleh tidak akan menceraikan pasangan suami isteri, menggagalkan pertunangan dan menghalang orang Islam beribadah menyebah Allah.   

2.  manusia secara tidak sengaja dan tidak tau telah mencederakan ahli keluarga jin;

3.  jin yang jatuh cinta dengan manusia dia akan mengikut balik kerumah.

Boleh ke jin dibunuh? setakat yang aku tau memang boleh tetapi hanya dengan bacaan ayat-ayat Allah.  Hanya hayat-ayat alQuran boleh menyakitkan, membakar dan membunuh jin (mengikut pengalaman perawat2 Islam yang dapat berdialog dengan banyak jenis jin sihir).  Banyak jin sihir mengaku yang kaki dan tangannya terbakar bila dibacakan ayat-ayat.

Bolehkah jin dipenjarakan atau ditangkap? yang aku tau boleh hanya dengan menggunakan khidmat jin khadam juga, tidak pernah dipraktikkan oleh perawat Islam, terutama yang termashur dalam amalan masyarakat kita tangkap jin masuk dalam botol.

Belum pernah dengar lagi ada orang PEREMPUAN perawat Islam timur dan barat yang membaca ruqyah syarii merawat masyarakat ramai.  Selalunya dibuat oleh ustaz-ustaz dan orang-orang alim.  Orang perempuan yang mengaku boleh merawat masalah gangguan halus dalam masyarakat Melayu kita adalah dukun dan bomoh semata-mata, jangan terpedaya. (Maksud aku perawat perempuan yang merawat gangguan halus bukan maksud ahli perubatan profesional biasa macam doktor, jururawat, pharmacies dan sebagainya).

Minyak wangi dan bunga adalah makanan jin yang beragama hindu.  Kalau ada masa sila dengar dialog dengan jin antara ustaz Muhayyat dengan jin yang menduduki badan seorang Imam di Indonesia (kena faham bahasa indonesia sikit, tak ada stream perawat Islam Melayu melainkan satu klip dari ust jumadi mokhtar di Johor).   Cuba dengarkan bagaimana kiyai-kiyai tarikat jawa di pesantren Indonesia yang diperdaya untuk menyembah jin hindu dan bagaiman cara-cara berdakwah mengajak jin masuk agama Islam:

nanti kita bincang ciri-ciri perawat Islam yang merawat menggunakan ruqyah syarii.

http://us.kajian.net//kajian-aud ... alog%20dengan%20Jin
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 02:46 PM | Show all posts
hukum bunuh jin?

alah jin tu dah banyak hantar sel barah kat manusia, takkan kita nak balas dengan hantar barah padanya pulak...

jin toyol yg curi duit.... hehe takkan nak potong tangannya yg tak nyata tu... sapa yg leh potong


jin sihir yg dah menghentikan pergerakan jantung manusia.... takkan kita nak hentikan jantung mereka pulak.... macamana jantung mereka pun kita tak tau


jin merasuk manusia, takkan kita nak merasuk jin pulak.... macamana? hehe



jom kita berteka teki...... hehe







tapikan..... bila aku berbual dngan jin beberapa hari yg lepas.... tentang rawatan islam... jin tu kata eleh jek! paling paling pun patah gigi katanya la.... kalau terbakar pun kejap je terus pulih, gigi tu pun kejap je tumbuh yg baru... jin tu yg kata la.... aku tulis jek


Tapi jin takut dengan bomoh siam.... takut kene bunuh kalau engkar arahannya???? kenapa? adakah bomoh siam lebih power dari ustaz??????
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 02:52 PM | Show all posts
yeke HK? Jin lebih takutkan bomoh siam dr ustaz?? mintak HK beri penjelasan sikit...

Menarik gak benang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.097349 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list