Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

anwar66 26#

Deactivate | Credits 1002   
Assalamualaikum,

Nampaknya tiada respon dari seberang sana untuk mejawap apa yang TP utarakan.Boleh kot kalau saya bagi sedikit respon,walaupun saya bukanlah terdiri dari kalangan pakar dalam Fiqh Muqaran dan juga bukan juga termasuk dalam kriteria orang yang boleh memeberi respon ini mengikut apa yang TP tulis.

Sigheh atau nikah mutaah mengandungi tiga syarat utama iaitu;

a.Ijab/Qabul.
b.Mahar
c.Tempoh perkahwinan yang ditetapkan.

Secara dasarnya apabila habis tempoh yang ditetapkan,maka terbubarlah perkahwinan tersebut,jika keduanya setuju sambung perlu aqad,mahar dan tempoh yang baru.Jelasnya pembubaran iktan mutaah berbeza dengan dengan ikatan nikah daim,kerana ikatan nikah mutaaah tiada istilah talak raj`i(revocable talak) atau bain (irrevocable).Habis kontrak habis nikah.

Apakah ada eddah dalam nikah mutaah?jawapannya ya,ada iaitu selama 45 hari. Dan bagi yang tiada haid lagi mereka tidak perlu lagi bereddah.Ini berbeza sedikit dengan eddah nikah, bergantung pada haid atau kiraan bulan,samada 3 bulan,4 bulan 10 hari,atau tiga kali suci,kelahiran anak,atau tiada eddah langsung.Ianya bergantung pada situasi perempuan tersebut.

bagaimana dengan soal lain?

perwarisan : nikah mutaah tidak mewarisi.

nafkah: tidak wajib atas suami.

Mengenai nikah dengan non-muslim,mengikut apa yang saya jumpa dalam kitab-kitab syiah tidak dibenarkan kecuali dengan ahli kitab.(itupun terdapat khilap mengenainya,pandangan yang masyhur, boleh berkahwin secara mutaah dengan kitabiayah tetapi haram dalam nikah daim)


Demikian sedikit info sebagai maklumat kita bersama


Ruj: Lihat Husain Yusuf al-Amili: al-Mutah fi al-Islam 1958.
              Abd Karim Redha, al-Ahkam al-Jaafariyah Fi al-Akhwal al-Syahsiah 1947.
              Jaafar B. Hassan, Syaraik al-Azhar Fi Masail al-Halal wa al-Haram.
              Artikel Institusi Mutaah Satu penilaian(Raihanah Abdullah UM)

[ Last edited by anwar66 on 17-12-2003 at 11:29 AM ]

ADVERTISEMENT


Terong Pipit This user has been deleted 25#

| Credits    

"Cerai" Kahwin Muta'ah, ada IDAH ke?

Syiah menggalakkan kahwin Mut'ah. Apabila habis waktu Kahwin Mut'ah, wanita tersebut ada waktu IDAH ke?

Apa firman Allah swt apabila pasangan suami isteri Islam bercerai?  

Inilah yang dapat TP rujukkan;
Surah Al-Baqarah (2), ayat 228 yang bermaksud:
"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Surah Al-Baqarah (2), ayat 232 yang bermaksud:
"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya."


Oleh itu, penyokong dan pesimpati Syiah disini boleh terangkan sikit. Manalah tahu munkin ada ayat Al-Quran yang memansuhkan ayat 228 dan 232 dari Surah Al-Baqarah mengenai perintah ini.

TP pun nak tahu juga... seronok kalau boleh Kahwin Mut'ah... sebab imam Khomeni berfatwa bahawa mereka boleh juga bermuta'ah dengan wanita bukan Islam, malahan pelacur pun boleh.

NA'UDZUBILLAHI MIN DZALIK!!!!

Terong Pipit This user has been deleted 24#

| Credits    
Quote: Originally posted by Terong Pipit at 2003-11-7 06:48:
[fly]Kata-kata siapakah ini?[/fly]


Mana dia bill dan mereka yang sewaktu dengannya?

Betul ke, depa tak tahu sapa yang membuat kenyataan ini?

atau saja buat tak tahu...:cool:

Sebenarnya mullah Lax amat menyintai Ayatollah ini....

Lax, kenapa diam membisu... kita tidak perlu takut pada KEBENARAN!!

Terong Pipit This user has been deleted 23#

| Credits    

apa itu WASILAH TAQARRUB???

Apa dia 'wasilah taqarrub'?

Munkin Bill atau Lax dapat huraikan.

Ianya sangat mereka amalkannya dalat solat-solat mereka.
Doa ini bermaksud saperti berikut:
"Ya Allah laknatilah kedua berhala Quraisy, kedua patung Quraisy, kedua thaghut Quraisy, kedua pendusta Quraisy dan kedua puterinya. Keduanya telah menyalahi perintah-Mu, menolak wahyu-Mu, mengingkari nikmat-Mu, mendurhakai Rasul-Mu, membalik agama-Mu, mengubah kitab-Mu, mencintai musuh-musuh-Mu, melupakan semua kurnia-Mu, menelantarkan hukum-hukum-Mu dan mengingkari bukti-bukti kebenaran (dari)-Mu. Ya Allah laknatilah keduanya dalam relung rahsia-Mu dan dalam alam nyata-Mu, laknat yang banyak, terus-menerus, abadi, selama-lamanya, tidak pernah henti dan tidak pernah putus, tidak pernah habis dan tidak pernah pupus, menerjang awalnya dan tidak kembali akhirnya, untuk mereka, pembantu mereka, penolong mereka, pecinta mereka, para mawali mereka, yang pasrah kepada mereka, yang cenderung kepada mereka, yang meninggikan mereka, yang meneladani ucapan mereka dan yang membenarkan hukum mereka. Ya Allah siksalah mereka dengan siksa yang penduduk neraka pun berlindung daripanya. Amin ya Rabbal 'Alamin." (Sila rujuk 'Tuhfah Al-Awam', Manshur Husain, hal. 423/424; 'Bihar Al-Anwar', Al-Majlisi, jilid 82, hal. 260)

Mereka mengatakan keutamaan doa ini luar biasa agung dan luhur, dan mereka juga mengucap DUSTA ke atas Saidina Ali r.a. dengan mengatakan bahawa beliau membacanya dalam qunut dan mengatakan tentang fadhilatnya,
"Orang yang berdoa denganya bagaikan pemanah bersama Nabi saw pada Perang Badar dan pada Perang Hunain dengan seribu anak panah." (Sila rujuk 'Tuhfah Al-Awam', Manshur Husain, hal. 423/424).

Na'udzubillahi min dzalik!
Ya Allah jadikanlah seribu anak panah dileher-leher mereka sendiri!

[ Last edited by Terong Pipit on 11-12-2003 at 06:26 AM ]
Follow Us

Panglima Hitam This user has been deleted 22#

| Credits    
Quote: Originally posted by Terong Pipit at 7-11-2003 14:48:
[fly]Kata-kata siapakah ini?[/fly]


..bunga-bunganya...

Sunni Muslims constitute approximately 8 percent of the Iranian population. A majority of Kurds, virtually all Baluchis and Turkomans, and a minority of Arabs are Sunnis, as are small communities of Persians in southern Iran and Khorasan. The main difference between Sunnis and Shias is that the former do not accept the doctrine of the Imamate. Generally speaking, Iranian Shias are inclined to recognize Sunnis as fellow Muslims, but as those whose religion is incomplete. Shia clergy tend to view missionary work among Sunnis to convert them to true Islam as a worthwhile religious endeavor. Since the Sunnis generally live in the border regions of the country, there has been no occasion for Shia-Sunni conflict in most of Iran. In those towns with mixed populations in West Azarbaijan, the Persian Gulf region, and Baluchestan va Sistan, tensions between Shias and Sunnis existed both before and after the Revolution. Religious tensions have been highest during major Shia observances, especially Moharram.

Terong Pipit This user has been deleted 21#

| Credits    

Siapakah yang berkata....

Quote: "The Islamic and non-Islamic powers of the world will not admit our power till such time that we establish our hold over Makkah and Madinah because these are the centers and citadels of Islam. Hence our domination over these places Is an essential requirement ... when as a conqueror I will enter Makkah and Madinah, the first thing to be done at that time by me would be to dig out two idols (Abu Bakar and Umar) lying by the side of the Prophet's grave."


[fly]Kata-kata siapakah ini?[/fly]

Terong Pipit This user has been deleted 20#

| Credits    
Quote: Originally posted by juna25 at 2003-11-6 16:02:
mmm menarik


juna25,

Apa yang menarik? Isinya atau colornya?

ADVERTISEMENT


juna25 This user has been deleted 19#

| Credits    
mmm menarik

Terong Pipit This user has been deleted 18#

| Credits    

Bolih sesiapa SAHkan peristiwa ini?

bismi-lLahi-rRahmani-rRahiem
a-ssalam 'alaikum wa rahmatu-lLahi wa barakatuH.

Terlebih dahulu TP nak ucapkan SYABAS! kepada amorist dan antiQue kerana berusaha membolihkan sub-board dijanakan.

Quote: Imam Malik reports from Imam Jafar Sadiq (who heard it from Imam Zainul Abidin) that Fatima died in the evening between maghrib and 'isha prayers. Abu Bakar, 'Umar, Zubayr and 'Abdur Rahman b. 'Auf came to 'Ali on hearing the news. 'Ali asked Abu Bakar to lead the funeral prayers. Abu Bakar objected to lead the prayers in his presence, but 'Ali insisted and he yielded to his desire. She was buried in the same night. Ibn S'ad confirms this report in the Tabaqat. He says that Mutrif b. "Abdullah al- Yasari told him on the authority of Abdul 'Ala and Ibrahim that Abu Bakar led the funeral prayer of Fatima with four takbirs. 'Abdur Razzaq cites Ibn Juraih who said : 'Fatima was the youngest daughter of the Prophet and also dearest to him.' Abu Umar says that the four daughters of the Prophet were Zaynab, Ruqaiya, Umm Kulthum and Fatima." As Waqidi reports, she died on the 3rd of Ramadan, 11 A. H / 22 November, 633 A. D. and she was buried the same night. She gave birth to Hasan, Hussain, Muhsin, Umm Kulthum and Zaynab. May God be pleased with her.


Ada sesiapa boleh confirmkan disini bahawa peristiwa diatas kuat kebenaranya terutama S. Abu Bakar yang mengetuai solat jenazah anak bongsu Rasulullah SAW, Fatima?

wa ssalaam 'alaikum wa rahmatu-lLahi wa-barakatuH.....

Terong Pipit This user has been deleted 17#

| Credits    
Quote: Originally posted by Oreng at 2003-8-7 08:56:
SUNGGUH SAYA TAK FAHAM, NAK IKUT RASULULLAH KE NAK IKUT SAIYIDINA ALI KE NAK IKUT SYIAH KE ? APASAL PEMBUNUHAN SAIYIDINA ALI DIGEMBAR GEMBURKAN ? NABI KE DIA TU ? JANGANLAH MELEBIH LEBIHKAN SANGAT  ...



Itu ler sebabnya ORENG.. kalau tidak buat TP cuba postkan kat sini.. nak bagitau ler.. bahawa priority mereka dah silap target kot?

Sepatutnya lebihkan Rasulullah SAW.. tapi ini terbalik kot? Terlebih cucu atau susu... Na'udzubillahi min dzalik!

Terong Pipit This user has been deleted 16#

| Credits    
Quote: Originally posted by Amir at 2003-8-7 02:05:
Salam,

Rasanya kegembiraan ini perlu dinyatakan dilaman web ini diatas Ilmu yang telah diperolehi dari Mat Kampong dan Terong Pipit. Ini adalah penghormatan dari saya.

Pujian ini adalah satu  ...


Salam Amir,

Semoga anda selalu didalam iman dan berbahagia disisi keluarga. Keiklasan anda amat kami hargai.

Semoga anda jangan pula malu meluahkan ilmu yang ada tu.. bolih kami pulak mempelajarinya dari anda.

Wassalam.

Oreng Lv.11 15#

Highlander | Credits 8070   
SUNGGUH SAYA TAK FAHAM, NAK IKUT RASULULLAH KE NAK IKUT SAIYIDINA ALI KE NAK IKUT SYIAH KE ? APASAL PEMBUNUHAN SAIYIDINA ALI DIGEMBAR GEMBURKAN ? NABI KE DIA TU ? JANGANLAH MELEBIH LEBIHKAN SANGAT SAIYIDINA tu.

[ Last edited by Oreng on 7-8-2003 at 04:57 PM ]

Amir Lv.11 14#

Highlander | Credits 8974   
Salam,

Rasanya kegembiraan ini perlu dinyatakan dilaman web ini diatas Ilmu yang telah diperolehi dari Mat Kampong dan Terong Pipit. Ini adalah penghormatan dari saya.

Pujian ini adalah satu galakan dan sokong moral supaya kalau ada isu-isu yang menghendaki pembuktiannya memerlukan fakta-fakta yang konkrit,Mat Kampong dan Terong Pipit bersedia untuk memberinya.

Pujian memang ditujukan pada Allah dan apabila pujian itu diterima oleh manusia,wajiblah manusia itu kembalikan kepada Allah. Oleh itu puji-pujian,kenalah Mat Kampong kembalikan balik pada Allah. Itu saja.

Walaubagaimanapun,saya sungguh berbangga mempunyai Insan saperti kamu dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Wassalam.

Mat Kampong This user has been deleted 13#

| Credits    
Quote: Originally posted by Mat Kampong at 7-808-2003 11:12:
Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam

...bERSAMBUNG...


Kepalsuannya dapat diBUKTIkan secara ilmiah, saperti berikut;

Bukankah cerita sensasi, glamour, sedih dan sentimental sebegini akan sentiasa berkesan disanubari hati pendengar atau pembacanya? Apalagi kalau dipersembahkan oleh dramatis-dramatis yang berjaya dalam persembahannya atau cerpenis-cerpenis yang pandai mengasam-garamkan jalan ceritanya.

Tentu sekali penulisnya akan mendapat sanjungan dan penghargaan yang sangat tinggi daripada para pembaca atau pendengarnya. Akan tetapi sayang seribu kali sayang kerana pandangan hadapan dari cerita itu sahaja yang ditunjukkan sementara pandangan belakang sisi dan atasnya pula tidak. Ayuh sekarang wahai pembaca yang budiman, marilah bersama-sama saya untuk kita tinjau kesemua pihaknya. Nanti akan jelas kepada anda bahawa semua cerita itu tidak lebih dari scenery di pentas drama sahaja.


Di sana ada beberapa perkara yang membuktikan kepalsuan cerita fiksyen ini ialah :
1. Di zaman pemerintahan Sayyidina Muawiyah, tidak ada pun seorang gabenor di Iraq yang bernama Abdullah bin Salam. Bukan sahaja di Iraq tetapi di wilayah yang lain juga.

2.  Riwayat hidup wanita-wanita Arab yang terkenal dengan kejelitaannya tersimpan dengan baik di dalam kitab-kitab Arab. Tetapi nama Urainab binti Ishaq tidak terdapat di dalam senarai mereka.

3.  Sayyidina Abu Darda wafat pada tahun 31 H atau 32 H di zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a. beliau menyandang jawatan hakim di zaman pemerintahan Sayyidina Uthman itu. Pada ketika itu Sayyidina Muawiyah belum lagi menjadi khalifah dan Yazid juga belum dilantik sebagai bakal pengganti khalifah. Bagaimanakah akan dilantik yazid ketika itu kerana umurnya baru setahun atau dua tahun. Yazid dilahirkan pada tahun 30 H. kalau diterima pun satu pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 25 H, bermakna beliau baru hanya berumur 6 atau 7 tahun, sedangkan semua ahli sejarah mengatakan perlantikan Yazid berlaku paling awal pada tahun 50 H, iaitu setelah sekian lama Sayyidina Muawiyah menjadi Amirul Mukminin.

4. Seseorang yang berkahwin dengan seorang perempuan yang dicerai dengan maksud akan menceraikannya agar ia dikahwini kembali oleh bekas suaminya (kalau diMalaysia istilah 慍ina Buta

Mat Kampong This user has been deleted 12#

| Credits    
Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam

Terdapat banyak cerita sejarah rekaan hasil keluaran pengilang-pengilang cerita dari musuh Islam termasuk golongan Syiah 'Pembelot' Kufah ialah cerita mengenai Urainab, wanita yang menjadi rebutan diantara Sayyidina Husain r.a. dan Yazid bin Mu抋wiyah.

Cerita ini sebenar berpunca daripada kitab al-Imamah wa as-Siasah, yang kemudiannya dipopularkan sedemikian rupa sehingga telah dipersembahkan dalam berbagai bentuk drama, cerpen, novel, dan lain-lain lagi. Akibatnya segolongan besar generasi Islam kemudian telah menerimanya sebagai salah satu fakta sejarah yang TIDAK diragui lagi. Cerita ini pernah termuat di dalam salah sebuah majalah di Malaysia dan juga telah disiarkan dalam bentuk drama radio. Bukan sekadar di tanah air kita sahaja bahkan di bumi Arab, Ahmad Syubaily telah mengadun cerita ini dengan begitu menarik sekali di dalam kumpulan cerpen-cerpennya. Ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari para pembaca.

Di India juga pernah disiarkan melalui All India Radio dalam bentuk drama yang mendapat pujian dan penghargaan yang sangat tinggi daripada para pendengar, padahal cerita ini tidak lebih dari satu cerita rekaan atau fiksyen yang tidak mempunyai asas langsung. Ia sebenarnya merupakan salah satu mata rantai cerita-cerita yang diadakan untuk memburuk-burukkan generasi awal Islam. Wanita digunakan sebagai alat untuk membuat fitnah, dikatakan perebutan terhadap Urainablah sebenarnya merupakan punca perseteruan dan permusuhan diantara Husain dan Yazid
.


Cerita Sejarah Rekaan atau Fiksyen

Jalan cerita yang disebarkan itu begini :
Pernah suatu ketika setelah Yazid dilantik sebagai Waliyyu al-慉hd (bakal pengganti khalifah) beliau telah berangkat untuk mengerjakan haji. Semasa dalam perjalanan beliau terlihat seorang perempuan yang luar biasa cantiknya sehingga telah menerbangkan akalnya. Setelah ditanya rupa-rupanya perempuan itu bernama Urainab binti Ishaq. Dia adalah isteri kepada sepupunya, Abdullah bin Salam, seorang pemuda Quraish dan gabenor di Iraq.

Kerana terpesona dengan kejelitaan perempuan ini, keadaan diri Yazid sudah tidak terurus lagi. Melihat keadaan dirinya, ayahnya Amirul Mukminin Muawiyah merasa amat kesal kerana walaupun selama ini telah dimanjakan sebegitu rupa dan diberikan kepadanya apa sahaja kemahuannya namun terlepas juga Urainab, perempuan yang tiada tolok banding kecantikannya itu, dari dikahwini olih anaknya Yazid.

Memandangkan tiada lagi peranan yang dapat menyembuhkan hati anaknya Yazid oleh cinta pandang pertamanya itu, maka Mu抋wiyah pun mulalah memasang helahnya untuk mendapatkan Urainab. Lalu dijemputlah Abdullah bin Salam, gabenor Iraq itu, datang ke Damsyiq. Abdullah disambut dengan penuh kebesaran dan penghormatan dan diterima sebagai tetamu istemewanya.

Pada ketika itu Abu Darda dan Abu Hurairah juga berada di Damsyik. Muawiyah memanggil mereka berdua dan kemudian mengemukakan cadangannnya untuk menjadikan Abdullah bin Salam sebagai menantunya. Kedua sahabat agung Rsulullah itu sangat gembira dan menyatakan persetujuan mereka dengan cadangan Muawiyah itu, malah dengan syarat Muawiyah, mereka berdua menyampaikan berita itu kepada Abdullah bin Salam.

Dalam pada itu Muawiyah berbisik kepada anak perempuannya dengan menyatakan:

"seanndainya Abu Darda dan Abu Hurairah membawa pinangan daripada Abdullah bin Salam maka hendaklah engkau menyatakan persediaanmu untuk mengahwininya tetapi dengan syarat terlebih dahulu mestilah beliau menceraikan isterinya Urainab."

Disitu Abdullah terperangkap sehingga menceraikan isterinya dengan 3 talak. Sementara anak perempuan Amirul Mukminin Muawiyah pula berdolak dalik sampai beberapa ketika dan akhirnya telah menolak langsung dan tidak bersedia lagi untuk mengahwininya.

Setelah habis eddah Urainab, maka Muawiyah pun menghantarkan Abu Darda untuk membawa pinangan bakal pengganti khalifah kepada Urainab. Dalam perjalanan dari Damsyik ke Iraq itu, Abu Darda terfikir mahu bertemu mata dengan cucunda Rasulullah s.a.w. yang kebetulan waktu itu berada di Iraq. Setelah bertemu Abu Darda menjelaskan tujuannya datang ke Iraq kepada Husain. Lantas Husain berkata:

"Saya juga terfikir untuk menghantar orang tua yang terhormat seperti tuan membawa pinangan saya kepadanya. Kerana itu saya harap tuan juga membawa pinangan saya kepada Urainab."

Maka dibawalah oleh Abu Darda kedua-dua pinangan itu. Setelah bertemu dengan Urainab, Abu Darda menyampaikan hajatnya. Setelah mendengar keterangan Abu Darda, Urainab pun berkata :

"Tuan tidak ubah seperti orang tua saya sendiri, apa pendapat tuan mengenai perkara ini. Siapakah diantara mereka berdua yang seharusnya saya terima pinangannya?"

Abu Darda lantas menjawab:
"Engkau terimalah pinangan Husain bin Ali r.a agar dapat engkau pertemukan bibirmu dengan bibir orang yang selalu dikucup oleh Rasulullah s.a.w. dahulu."

Ringkasnya maka terjadilah perkahwinan diantara Uarinab dengan Husain. Berita perkahwinan itu diketahui oleh Muawiyah. Kemarahan Muawiyah kepada Abu Darda dan Abu Hurairah tidak terkira, lain disuruh lain dibuatnya. Tidak memandang lagi dia kepada mereka berdua bahkan habuan mereka pun diberhentikan. Akhirnya kerana benci dan marah kepada sikap Muawiyah itu. Abu Darda dan Abu Hurairah kemudiannya berangkat ke Madinah dan terus menetap di sana.

Sementara Abdullah bin Salam pula terus menyesali dirinya yang malang. Segala harapan hilang sia-sia. Sudahlah isterinya terlepas, mimpinya untuk menjadi menantu Amirul Mukminin juga tidak menjadi kenyataan. Dalam kesedihan dan kekecewaan itu, Abdullah bin Salam jatuh sakit sehingga kurus kering.

Beberapa lama kemudian Abdullah bin Salam teringat kepada satu pundi-pundi kepunyaannya yang rupa-rupanya belum terambil dari Urainab. Fikirnya, bagaimana pun ia perlu mendapatkan pundi-pundi itu untuk meneruskan sisa hidupnya. Maka pergilah Abdullah bin Salam menemui Husain lalu dinyatakan maksudnya kepada beliau. Husain berkata: "itu hartamu, pergilah ambil sendiri daripada Urainab."

Dari balik tirai Urainab menghulurkan pundi-pundi itu kepada Abdullah dengan menangis tersedu-sedu bagai tercekik lehernya kerana tak pernah ia menyangka perhubungan suami isteri yang meriah dengan kemesraan dan kasih sayang itu akan terputus jua. Demikian juga dipihak Abdullah.

Setelah memerhatikan suasana kepiluan yang menyelubungi Urainab dan Abdullah, Husain pun menyingkapkan suasana itu dengan katanya:

"Sebenarnya segala yang berlaku selama ini hanyalah helah saya untuk menghadapi helah yang dimainkan Muawiyah dimana kamu berdualah mangsanya. Sekarang aku menceraikan Urainab dan sesungguhnya perkahwinan dengan Urainab tidak lebih daripada untuk menyatukan kembali kamu berdua. Selama ini aku hanya menganggapnya sebagai adik perempuanku."


...bERSAMBUNG....

ADVERTISEMENT


Mat Kampong This user has been deleted 11#

| Credits    
Quote: Originally posted by Amir at 6-808-2003 12:36:
Salam,

Saya mengucapkan syabas kepada En.Terong Pipit kerana berjaya mengemukakan pendapat dan ulasan serta bukti yang sangat tepat sekali dalam penghujahannya terhadap kaum Syiah ini. ...


Salam Amir,

Terimakasih kerana sudi membaca posting2 dari MK dan pujian.. tetapi hadis Nabi SAW menegah kita memuji secara berlebihan kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah kepada orang yang dipuji. REnungilah hadis-hadis berikut;

Nombor Hadis dalam Sahih Muslim: 5321
Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki sedang memuji seorang lelaki secara berlebih-lebihan, lalu Rasulullah s.a.w segera bersabda: Sesungguhnya kamu telah menghancurkan atau memotong belakang seorang lelaki.


Nombor Hadis dalam Sahih Muslim: 5319
Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
Seorang lelaki telah memuji seorang lelaki di hadapan Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Celaka kamu! Kamu telah memenggal leher temanmu. Kamu telah memenggal leher temanmu. Rasulullah s.a.w mengulangi ucapan tersebut beberapa kali. Sekiranya seseorang di antara kamu mesti memuji sahabatnya maka hendaklah dia berkata aku kira si anu itu begini-begini, Allah lah yang lebih mengetahui tentang dirinya. Aku tidak memuji sesiapa pun di hadapan Allah. Aku menghitungnya (memujinya) begitu dan begini sekiranya dia memang mengetahui hal itu.


Tujuan kami membuat posting ini ialah untuk membetulkan cerita rekaan atau fiksyen yang telah disensasikan olih golongan yang berkepentingan dan ini merugikan umat Islam dan membuat mereka terpengaruh dan mengganggap cerita rekacipta itu sebagai cerita benar - ikutlah kisah selanjutnya;

Amir Lv.11 10#

Highlander | Credits 8974   
Salam,

Saya mengucapkan syabas kepada En.Terong Pipit kerana berjaya mengemukakan pendapat dan ulasan serta bukti yang sangat tepat sekali dalam penghujahannya terhadap kaum Syiah ini.

Orang yang kedua yang perlu Amir berterima kasih ialah En.Mat Kampong yang juga salah seorang penghujah yang tak asing lagi buat Amir. Tulisan-tulisannya juga berbentuk Ilmiah. Pencinta kebenaran adalah ungkapan yang sesuai buat En.Mat Kampong. Amir ucapkan juga syabas padanya.

Untuk menguatkan lagi penerangan mereka kepada sesiapa yang membaca dan yang mencari kebenaran terhadap puak Syiah ini selari dengan perkembangan mereka diserata dunia sayugia Amir mengatakan bahawa En.Terong Pipit dan Mat Kampong telah mengemukakan BUKTI-BUKTI DARIPADA ULAMA-ULAMA SYIAH SENDIRI. Ini adalah BUKTI YANG JELAS.Walhal,sekiranya BUKTI-BUKTI itu daripada ulama-ulama ASWJ,bolehlah dianggap sebagai bukti-bukti yang akan dianggap  menyeleweng walaupun ianya benar.

Inilah satu teknik dan strategi pembuktian yang sangat berkesan dalam proses penghujahan terhadap sesuatu isu.

Sekali lagi,Amir sangat berbangga kepada kamu berdua.

SYABAS.

Wassalam.

Mat Kampong This user has been deleted 9#

| Credits    
Quote: Originally posted by amorist at 6-808-2003 00:47:
"Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang diusahakannya dan untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan" (Al Baqarah 134 dan 141)

Yang sudah tu, sudahlah. Mari kita "rapatkan saf"..


Salam Amorist,

MK, sebagai seorang yang berfahaman ASWJ memang telah memahami bahawa peristiwa ini telah lama diselesaikan olih ulama-ulama dizaman tersebut TETAPI ianya akan terus dihidupkan dan digembar-gemburkan olih golongan SYIAH 'PEMBELOT' KUFAH kerana doa-doa Sayyidina Husain r.a. sebelum beliau dibunuh olih golongan ini saperti berikut:

揥ahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu.Wahai orang orang curang, zalim dan pengkianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu diwaktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." (Jilaau Al 慤yun,ms.391).

"Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan pedang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada diantara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab?"(Ibid)

"Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami."(Ibid)

"Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat.... Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang diatas tubuhmu dan mukamu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima 'azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya." (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al扷yun,ms.409).

DOA-DOA tersebut amat mustajab dan hingga sekarang golongan-golongan SYIAH 'PEMBELOT' KUFAH serta anak cucu dan keturunan mereka yang enggan bertaubat tidak dapat hidup aman damai dan bahagia didunia ini hingga hari kiamat.. walaupun berbagai cara yang telah dan akan mereka lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.. tetapi KEBENARAN akan tetap menyerlah dan UTUH kerana datuk nenek mereka memang merancang dan bersubahat dengan Iblis laknatullah untuk memusuhi keluarga Rasulullah SAW dan memporak perandakan umat Islam diakhir zaman saperti apa yang telah terjadi kepada Ajaran Nabi Isa a.s. dimana para Sahabat Nabi Isa a.s. telah diketepikan dan dilenyapkan, maka muncullah ajaran KRISTIAN yang menyesatkan... wallahu'alam

amorist 8#

Deactivate | Credits 9250   
"Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang diusahakannya dan untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan" (Al Baqarah 134 dan 141)

Yang sudah tu, sudahlah. Mari kita "rapatkan saf".

Terong Pipit This user has been deleted 7#

| Credits    

SIAPAKAH SEBENARNYA PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN r.a.???

SIAPAKAH SEBENARNYA PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN r.a.???

Terlebih dahulu kita akan mengatakan dakwaan ASWJ secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuhan Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya bukanlah Khalifah Yazid bin Muawiyah tetapi adalah golongan syiah itu sendiri iaitu Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan di atas beberapa fakta dan bukti-bukti yang berpunca daripada sumber sumber rujukan sejarah yang muktabar. Dengan adanya bukti-bukti, tidak ada satu pun mahkamah didunia ini yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan keadilan akan memutuskan Khalifah Yazid sebagai pesalah dan penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Sayyidina Husain r.a. Bahkan Khalifah Yazid akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan dengan penuh penghormatan dan dengan itu maka terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertama ialah pengakuan Syiah kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain r.a. Golongan Syiah Kufah ini yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain r.a. dan muncul sebagai At Tawwaabun yang kononnya menyesali tindakan mereka setelah membunuh Sayyidina Husain r.a. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan penyesalan dan taubat mereka kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Bukit Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan At Tawwaabun itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara. Pengakuan dari Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama ulama Syiah yang merupaka tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing.
Mullah Baqir Majlisi menulis:
揝ekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka ,擠emi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh Ketua Pemuda Ahli Syurga kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia diantara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa.
123Next