Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam
Terdapat banyak cerita sejarah rekaan hasil keluaran pengilang-pengilang cerita dari musuh Islam termasuk golongan Syiah 'Pembelot' Kufah ialah cerita mengenai Urainab, wanita yang menjadi rebutan diantara Sayyidina Husain r.a. dan Yazid bin Mu抋wiyah.
Cerita ini sebenar berpunca daripada kitab al-Imamah wa as-Siasah, yang kemudiannya dipopularkan sedemikian rupa sehingga telah dipersembahkan dalam berbagai bentuk drama, cerpen, novel, dan lain-lain lagi. Akibatnya segolongan besar generasi Islam kemudian telah menerimanya sebagai salah satu fakta sejarah yang TIDAK diragui lagi. Cerita ini pernah termuat di dalam salah sebuah majalah di Malaysia dan juga telah disiarkan dalam bentuk drama radio. Bukan sekadar di tanah air kita sahaja bahkan di bumi Arab, Ahmad Syubaily telah mengadun cerita ini dengan begitu menarik sekali di dalam kumpulan cerpen-cerpennya. Ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari para pembaca.
Di India juga pernah disiarkan melalui All India Radio dalam bentuk drama yang mendapat pujian dan penghargaan yang sangat tinggi daripada para pendengar, padahal cerita ini tidak lebih dari satu cerita rekaan atau fiksyen yang tidak mempunyai asas langsung. Ia sebenarnya merupakan salah satu mata rantai cerita-cerita yang diadakan untuk memburuk-burukkan generasi awal Islam. Wanita digunakan sebagai alat untuk membuat fitnah, dikatakan perebutan terhadap Urainablah sebenarnya merupakan punca perseteruan dan permusuhan diantara Husain dan Yazid.
Cerita Sejarah Rekaan atau Fiksyen
Jalan cerita yang disebarkan itu begini :
Pernah suatu ketika setelah Yazid dilantik sebagai Waliyyu al-慉hd (bakal pengganti khalifah) beliau telah berangkat untuk mengerjakan haji. Semasa dalam perjalanan beliau terlihat seorang perempuan yang luar biasa cantiknya sehingga telah menerbangkan akalnya. Setelah ditanya rupa-rupanya perempuan itu bernama Urainab binti Ishaq. Dia adalah isteri kepada sepupunya, Abdullah bin Salam, seorang pemuda Quraish dan gabenor di Iraq.
Kerana terpesona dengan kejelitaan perempuan ini, keadaan diri Yazid sudah tidak terurus lagi. Melihat keadaan dirinya, ayahnya Amirul Mukminin Muawiyah merasa amat kesal kerana walaupun selama ini telah dimanjakan sebegitu rupa dan diberikan kepadanya apa sahaja kemahuannya namun terlepas juga Urainab, perempuan yang tiada tolok banding kecantikannya itu, dari dikahwini olih anaknya Yazid.
Memandangkan tiada lagi peranan yang dapat menyembuhkan hati anaknya Yazid oleh cinta pandang pertamanya itu, maka Mu抋wiyah pun mulalah memasang helahnya untuk mendapatkan Urainab. Lalu dijemputlah Abdullah bin Salam, gabenor Iraq itu, datang ke Damsyiq. Abdullah disambut dengan penuh kebesaran dan penghormatan dan diterima sebagai tetamu istemewanya.
Pada ketika itu Abu Darda dan Abu Hurairah juga berada di Damsyik. Muawiyah memanggil mereka berdua dan kemudian mengemukakan cadangannnya untuk menjadikan Abdullah bin Salam sebagai menantunya. Kedua sahabat agung Rsulullah itu sangat gembira dan menyatakan persetujuan mereka dengan cadangan Muawiyah itu, malah dengan syarat Muawiyah, mereka berdua menyampaikan berita itu kepada Abdullah bin Salam.
Dalam pada itu Muawiyah berbisik kepada anak perempuannya dengan menyatakan:
"seanndainya Abu Darda dan Abu Hurairah membawa pinangan daripada Abdullah bin Salam maka hendaklah engkau menyatakan persediaanmu untuk mengahwininya tetapi dengan syarat terlebih dahulu mestilah beliau menceraikan isterinya Urainab."
Disitu Abdullah terperangkap sehingga menceraikan isterinya dengan 3 talak. Sementara anak perempuan Amirul Mukminin Muawiyah pula berdolak dalik sampai beberapa ketika dan akhirnya telah menolak langsung dan tidak bersedia lagi untuk mengahwininya.
Setelah habis eddah Urainab, maka Muawiyah pun menghantarkan Abu Darda untuk membawa pinangan bakal pengganti khalifah kepada Urainab. Dalam perjalanan dari Damsyik ke Iraq itu, Abu Darda terfikir mahu bertemu mata dengan cucunda Rasulullah s.a.w. yang kebetulan waktu itu berada di Iraq. Setelah bertemu Abu Darda menjelaskan tujuannya datang ke Iraq kepada Husain. Lantas Husain berkata:
"Saya juga terfikir untuk menghantar orang tua yang terhormat seperti tuan membawa pinangan saya kepadanya. Kerana itu saya harap tuan juga membawa pinangan saya kepada Urainab."
Maka dibawalah oleh Abu Darda kedua-dua pinangan itu. Setelah bertemu dengan Urainab, Abu Darda menyampaikan hajatnya. Setelah mendengar keterangan Abu Darda, Urainab pun berkata :
"Tuan tidak ubah seperti orang tua saya sendiri, apa pendapat tuan mengenai perkara ini. Siapakah diantara mereka berdua yang seharusnya saya terima pinangannya?"
Abu Darda lantas menjawab:
"Engkau terimalah pinangan Husain bin Ali r.a agar dapat engkau pertemukan bibirmu dengan bibir orang yang selalu dikucup oleh Rasulullah s.a.w. dahulu."
Ringkasnya maka terjadilah perkahwinan diantara Uarinab dengan Husain. Berita perkahwinan itu diketahui oleh Muawiyah. Kemarahan Muawiyah kepada Abu Darda dan Abu Hurairah tidak terkira, lain disuruh lain dibuatnya. Tidak memandang lagi dia kepada mereka berdua bahkan habuan mereka pun diberhentikan. Akhirnya kerana benci dan marah kepada sikap Muawiyah itu. Abu Darda dan Abu Hurairah kemudiannya berangkat ke Madinah dan terus menetap di sana.
Sementara Abdullah bin Salam pula terus menyesali dirinya yang malang. Segala harapan hilang sia-sia. Sudahlah isterinya terlepas, mimpinya untuk menjadi menantu Amirul Mukminin juga tidak menjadi kenyataan. Dalam kesedihan dan kekecewaan itu, Abdullah bin Salam jatuh sakit sehingga kurus kering.
Beberapa lama kemudian Abdullah bin Salam teringat kepada satu pundi-pundi kepunyaannya yang rupa-rupanya belum terambil dari Urainab. Fikirnya, bagaimana pun ia perlu mendapatkan pundi-pundi itu untuk meneruskan sisa hidupnya. Maka pergilah Abdullah bin Salam menemui Husain lalu dinyatakan maksudnya kepada beliau. Husain berkata: "itu hartamu, pergilah ambil sendiri daripada Urainab."
Dari balik tirai Urainab menghulurkan pundi-pundi itu kepada Abdullah dengan menangis tersedu-sedu bagai tercekik lehernya kerana tak pernah ia menyangka perhubungan suami isteri yang meriah dengan kemesraan dan kasih sayang itu akan terputus jua. Demikian juga dipihak Abdullah.
Setelah memerhatikan suasana kepiluan yang menyelubungi Urainab dan Abdullah, Husain pun menyingkapkan suasana itu dengan katanya:
"Sebenarnya segala yang berlaku selama ini hanyalah helah saya untuk menghadapi helah yang dimainkan Muawiyah dimana kamu berdualah mangsanya. Sekarang aku menceraikan Urainab dan sesungguhnya perkahwinan dengan Urainab tidak lebih daripada untuk menyatukan kembali kamu berdua. Selama ini aku hanya menganggapnya sebagai adik perempuanku."
...bERSAMBUNG....