CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Shriver hargai sokongan Oprah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
CHICAGO: Bekas isteri Arnold Schwarzenegger,  Maria Shriver mengakui kecewa dengan bekas suaminya ketika muncul dalam rancangan Oprah Winfrey pada hari sama Schwarzenegger membuat pendedahan beliau mempunyai  anak luar nikah.\rShriver yang ditemani sahabat Oprah, Gayle King menghargai hos rancangan bual bicara itu kerana memberinya sokongan moral, prihatin  dan paling penting menyatakan kebenaran ketika dirinya   patah hati dan menghadapi fasa menyakitkan dalam hidupnya.\r\n\n\n\n\r   Minggu lalu, Schwarzenegger dan Shriver mengumumkan mereka  berpisah selepas 25 tahun hidup bersama.\r\r\n\n\n\n\n   Kelmarin,   Schwarzenegger mengakui mempunyai  anak luar nikah bersama wanita yang juga pekerjanya  sedekad lalu.\rPekerja terbabit dilaporkan   berhenti kerja dengan keluarga bekas gabenor California itu Januari lalu, manakala anak yang disebut-sebut itu kini berusia 10 atau 11 tahun.\r“Selepas meninggalkan pejabat gabenor, saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian ini, yang berlaku lebih sedekad lalu,” kata Schwarzenegger dalam kenyataan Isnin lalu dikeluarkan kepada akhbar The Times.\r“Saya memahami dan layak menerima perasaan marah dan kecewa  keluarga dan rakan. Tiada alasan untuk perbuatan itu dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kekecewaan yang berlaku,” katanya.  – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.140903 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list