CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: dr_stein

[Cadangan] ★ALL ABOUT BANKRAPSI/MUFLIS★

  [Copy link]
Ace-Frehley This user has been deleted
Post time 14-7-2003 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-14 11:45:
ok understood,
Tapi kalau seseorang tu telah dibangkrapkan oleh bank. Boleh ke dia ni kerje makan gaji dengan mana2 syarikat swasta ? Sebab setahu aku kalau nak keje ngan gomen memang takboleh .
...


Setakat nak kerja dengan swasta tu memang boleh ... company swasta ni tak der ler sampai take all the hassle sampai nak check sorang tu bankrupt ker tak ... tapi normally, dia orang akan suruh kau sign letter of appointment kan .. dalam tu kekadang ada clause tentang bankrupt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-14 11:45 AM:
ok understood,
Tapi kalau seseorang tu telah dibangkrapkan oleh bank. Boleh ke dia ni kerje makan gaji dengan mana2 syarikat swasta ? Sebab setahu aku kalau nak keje ngan gomen memang takboleh .
...


Bankrap boleh bekerja dengan sesiapa pun. Tetapi ada juga majikan yg mensyaratkan supaya pekerja itu bebas daripada bebanan kebankrapan. Kes seorang pegawai penguatkuasa baru-baru boleh kita jadikan rujukan. Bila dia tak cakap betul, kemudian buat surat sumpah mengatakan dia tak bankrap... memang cari nahaslah.

Berkenaan kerja dengan kerajaan, di dalam Perintah Am (General Order) ada disyaratkan bahawa seseorang pegawai itu hendaklah bebas daripada kehutangan yg melampau. Dia boleh diambil tindakan jika berada di dalam keadaan tersebut. Jadi bankrap bolehlah dikategorikan sedemikian.

Bagaimana dengan duit gaji?
Bila kita dah dijatuh bankrap PPH akan panggil kita mengadapnya. Kita kena beritahu dia hal ehwal kita. Antaranya ialah hutang-piutang kita, harta kita, sumber kewangan kita dll. Kita diperlukan buat secara bersumpah apa yg dinamakan `Penyata Hal Ehwal' (Statement of Affairs). Dan berdasarkan pendapatan kita PPH akan tentukan berapa banyak kita perlu bayar padanya setiap bulan untuk settlekan hutang kita pada pemiutang.

Bagi yang tak mampu RM50 sebulan pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 06:43 PM | Show all posts
Satu soalan.

Kita biasa dengar seseorang yg telah dihukum bankrap berkata bahawa dia tak mahu berjumpa Pegawai Pemegang Harta walaupun telah diarahkan berbuat demikian. Katanya dia hanya akan jumpa PPH bila dia nak settle habis nanti. Boleh ke? Atau apa kesannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2003 10:21 AM | Show all posts
So pada pemahaman aku, bangkrap ni sebenarnya 'menyelamatkan' seseorang tu dari jadi buruan penghutang.

Oklah kalau aku jadik along, boleh ke aku bangkrapkan orang ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2003 09:21 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-15 10:21 AM:
So pada pemahaman aku, bangkrap ni sebenarnya 'menyelamatkan' seseorang tu dari jadi buruan penghutang.

Oklah kalau aku jadik along, boleh ke aku bangkrapkan orang ?


Lebih kurang macam tulah. Cumanya lepas dari mulut buaya masuk mulut... emmm mulut penjaga buaya.

Satu soalan.. along legal ke?
Reply

Use magic Report

Hooded^still_am This user has been deleted
Post time 15-7-2003 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by Camar at 2003-7-15 21:21:
Lebih kurang macam tulah. Cumanya lepas dari mulut buaya masuk mulut... emmm mulut penjaga buaya.

Satu soalan.. along legal ke?


kalau berlesen, legal lah kot..ekekkekek!!
cuba cek BAFIA act.. mana tau kot-kot ada terselit..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2003 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by Hooded^still_am at 2003-7-15 09:23 PM:
kalau berlesen, legal lah kot..ekekkekek!!
cuba cek BAFIA act.. mana tau kot-kot ada terselit..


BAFIA untuk bank dan financial institutions.

Ceti falls under Money Lenders Act. Along?
Bila ia tidak ditakrif dan diiktiraf sebagai pemberi pinjaman yg sah, maka mungkin kita boleh telah di mana kedudukannya.

Sebab itu mereka pakai thugs to recover their money.
Reply

Use magic Report

Hooded^still_am This user has been deleted
Post time 15-7-2003 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by Camar at 2003-7-15 22:44:
BAFIA untuk bank dan financial institutions.

Ceti falls under Money Lenders Act. Along?
Bila ia tidak ditakrif dan diiktiraf sebagai pemberi pinjaman yg sah, maka mungkin kita boleh telah di ma ...


haah MoneyLender Act 1951..

Licenced money-lenders are  subject to strict conditions, and cannot raise interest rates at will..

legal action can be taken against un-licensed money lenders...
ceti n along tu licensed ke unlicensed?

[ Last edited by Hooded^still_am on 15-7-2003 at 11:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2003 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by Hooded^still_am at 2003-7-15 10:58 PM:
haah MoneyLender Act 1951..

Licenced money-lenders are  subject to strict conditions, and cannot raise interest rates at will..

legal action can be taken against un-licensed money lenders... ...


ceti biasanya licenced. They have their places to ply their trade. Meaning regulated. Along... i dont think so.

Berapa max interest rate yg mereka boleh kenakan? Betuk ke 20%?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2003 04:06 PM | Show all posts
ni ada satu soalan lagi..

Bila pihak bank/finance saman si peminjam, adakah nama org yg pinjam tu akan diblacklistedkan oleh bank. Kes ni terjadi kat member aku..
dia kena saman kad kredit.. ( tapi dah settle ) tapi nama dia still ada dalam system FIS ( betul ke ni ? ), so nak buat loan pun tak boleh...
Reply

Use magic Report

Hooded^still_am This user has been deleted
Post time 21-7-2003 08:36 PM | Show all posts
for sometimes kot nama tu ada dlm CRIS/FIS/CTOS tapi finance leh cek n still leh consider giving loan to ur fren.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2003 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-21 04:06 PM:
ni ada satu soalan lagi..

Bila pihak bank/finance saman si peminjam, adakah nama org yg pinjam tu akan diblacklistedkan oleh bank. Kes ni terjadi kat member aku..
dia kena saman kad kredit.. (  ...


FIS/CTOS ni adalah private entity yang menyimpan pelbagai data perseorangan berkaitan hal ehwal kewangannya etc untuk kegunaan institusi kewangan dll. Maklumat seperti pinjaman yang kita buat, kedudukan pinjaman tersebut, tindakan2 oleh bank termasuk saman mahkamah, prosiding kebankrapan dll. dikumpulkan. Sumber maklumat diperoleh daripada institusi kewangan sendiri, iklan akhbar, dari Pejabat Pemegang Harta dll. Bank menggunakan maklumat tersebut untuk menilai credit worthiness seseorang.

Walaupun begitu terpulang pada bank untuk membuat keputusan terhadap permohonan mana-mana bakal peminjam, sama ada nak beri atau tidak.

Walaupun sesuatu kes itu telah diselesaikan, tetapi rekod kita di FIS/CTOS tidak dibuang. Cuma data akan diupdate saja. Itupun kalau info penyelesaian itu dihantar kepada mereka. Contoh saman. Tuntutan telah dijelaskan dan bank akan inform mereka. Mungkin akan tercatat di situ `full settlement made'.  

Malangnya dalam banyak perkara data tidak update. Walaupun begitu bank bakal pemberi pinjaman akan maklumkan kepada pemohon pinjaman mengenainya dan minta bakal peminjam jelaskan kedudukan itu bersama-sama bukti jika ada. Jika tak ada bukti kena dapatkan buktilah seperti surat pengesahan bahawa sesuatu kes itu telah diselesaikan.

Yang saya tahu lebih kurang begitulah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2003 12:16 PM | Show all posts
berbalik kepada persoalan bangkrupt ni, saya punya kawan telah dibangkrapkan oleh bank kerana tak bayar kereta. Tapi sebenarnya keta dia tu dia dah jual kat Used Car, tapi used car tak update payment ngan bank dekat 2 tahun sebab  kereta tu tak leh nak jual.
Bolehke dia saman balik used car tu ? Semua perjanjian jual beli dah tandatangan , cuma nama kat bank still nama dia lagi.

Berapa lama seseorang tu balik tarik balik status bangkrap dia ? dengar cerita after 5 years ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2003 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-24 12:16 PM:
berbalik kepada persoalan bangkrupt ni, saya punya kawan telah dibangkrapkan oleh bank kerana tak bayar kereta. Tapi sebenarnya keta dia tu dia dah jual kat Used Car, tapi used car tak update payment ngan bank dekat 2 tahun sebab  kereta tu tak leh nak jual.
Bolehke dia saman balik used car tu ? Semua perjanjian jual beli dah tandatangan , cuma nama kat bank still nama dia lagi.

Berapa lama seseorang tu balik tarik balik status bangkrap dia ? dengar cerita after 5 years ?


kes-kes macam ni memang banyak, terutama masa ekonomi gawat hari tu.

Masalahnya walaupun kereta tu dah dijual pada used car, as far as the bank is concerned pemilik berdaftar dan peminjam yang bertanggungan terhadapnya. Agreement pinjaman antara peminjam dengan bank. Kalau tak bayar bank kear dialah.

Biasanya usedcar ni hanya jadi macam orang tengah... beli kereta kita kemudian jual kat orang lain. Sementara belum ada pembeli dia yang servis loan kita. Bila ada pembeli kereta tu dipindahmilik terus pada pembeli. Jarang sekali kita jual tukar nama pada usedcar dan bila ada pembeli usedcar tukar nama pada pembeli. Mereka tak mahu incur cost lebih. Lagipun bila nak tukar nama pada usedcar mereka kena settle penuh pada bank kita dulu kerana hakmilik kereta tu dituntut oleh bank kita pinjam.

Dalam kes kawan u ni saya rasa agak musykil sikit... takkan sampai dua tahun tak servis loan dan bank tak buat apa-apa. Biasanya selepas bank bagi notis2 di bawah perjanjian sewa beli (eg fourth schedule dll) bank akan reposessed kereta tu. Patutnya kawan u sebagai peminjam perlu bagi tahu bank kereta dah jual dan dengan siapa dan di mana kereta tu berada. Kalau perlu bank akan pergi ke usedcar tersebut dan ambil kereta. Bank akan lelong dan jika ada shortfall bank akan tuntut kat owner asal. Masalahnya mungkin bank tak dapat balik kereta, atau ada shortfall jadi dia samanlah kawan u tu.

Tak ada istilah `tarik balik' dalam kes bankrap... hehehe
Yang ada satu pelepasan (discharge) dan kedua pembatalan dan pemansuhan(rescindment and anullment).

Pelepasan bermaksud sibankrap minta dirinya dilepaskan daripada kebankrapan. Hanya mahkamah dan Pegawai Pemegang Harta yang ada kuasa memberi pelepasan. Biasanya permohonan pelepasan dibuat apabila
wang dalam estet sibankrap di pejabat pemegang harta kurang daripada jumlah hutang yang dituntut oleh pemiutang. Permohonan boleh dibuat pada bila2 masa selepas dia bankrap. Sama ada mahkamah akan beri pelepasan atau tidak terletak pada budibicara mahkamah sepenuhnya. Pemiutang biasanya akan membantah permohonan bagi pelepasan. Prinsip yang biasa diguna untuk memberi pelepasan ialah `mengekalkan sibankrap dalam kebankrapan tidak memberi guna pada sesiapa'. Pelepasan pula ada dua iaitu tidak bersyarat dan bersyarat.

Pelepasan juga boleh dibuat melalui perakuan oleh Peg. Pemegang Harta sendiri, lima tahun selepas perintah bankrap dibuat tetapi tertakluk kepada syarat2 tertentu.

Saya akan jelaskan lebih lanjut mengenai pelepasan ini lain kali.

Kedua ialah pembatalan. Sibankrap boleh mohon di mahkamah bagi membatalkan perintah bankrap apabila wang di dalam estetnya di Pej. Pemegang Harta mencukupi untuk membayar kesemua hutangnya pada pemiutang termasuk kos PPH dan fee penzahiran dan pembahagian yang pernah saya sebut sebelum ini. Bila PPH dalam laporannya kepada mahkamah menyatakan bahawa wang memang cukup bayar semua hutang, mahkamah mesti bagi pembatalan.

Apa pula kesan daripada pelepasan dan/atau pembatalan?

Saya pun akan jelaskan perkara ini lebih lanjut lain kali.

[ Last edited by Camar on 24-7-2003 at 10:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2003 12:35 PM | Show all posts

Huh!

Memang berbalio Camar & Akulahini ada kat sini..phew..keep up the good job bros..God bless you!!
Reply

Use magic Report

atukglamer This user has been deleted
Post time 26-8-2003 06:38 PM | Show all posts

Pelik tapi benar

Originally posted by Camar at 26-08-2003 17:03:
itu sajalah yg bank tahu... hahaha.
Orang banyak duit dia cari nak bagi pinjam.
Bila dah tak berduit dia tarik balik pinjaman.
Tak bayar... kasi bankrap... hehe


Atuk nak tanya sikit pada cucu2 yg bijak pandai. Ni macam mana ni...kawan atuk dua kali kena bangkrap dlm masa yg sama. Baru2 ini dia dah dapat pelepasan drp Pejabat Pemegang Harta di Putrajaya atas pemiutang yg pertama, tapi dgn pemiutang yg kedua dia masih sangkut lagi.
Tapi persoalannya macam mana dia boleh dibangkrapkan dua kali pada masa yg sama? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2003 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by atukglamer at 2003-8-26 06:38 PM:
Atuk nak tanya sikit pada cucu2 yg bijak pandai. Ni macam mana ni...kawan atuk dua kali kena bangkrap dlm masa yg sama. Baru2 ini dia dah dapat pelepasan drp Pejabat Pemegang Harta di Putrajaya ata ...


atuk,
besar kemungkinan tindakan oleh dua penghutang (creditors) di ambil pada masa yang sama... dan kedua-duanya tidak tahu ada tindakan diambil oleh oleh pihak yg satu lagi. Dengan itu ada dua kes kebankrapan terhadap kawan atuk tu.

Jika seseorang itu telah dibankrapkan oleh satu penghutang, penghutang2 lain sebenarkan tak perlu lagi ambil tindakan yang sama, mereka boleh tumpang sekaki menuntut hutang mereka di pejabat pemegang harta dengan memfailkan borang bukti hutang (Proof of Debt) di pejabat berkenaan. Bersama-sama borang tersebut penghutang kena buktikan bahawa pemiutang memang berhutang kepada mereka. Borang tersebut di buat secara bersumpah. Walaupun begitu pph boleh menerima atau menolak tuntutan tersebut bergantung kepada keadaan dan bukti tuntutan. Jika pph tolak, penghutang boleh membantah dan mengambil tindakan di mahkamah supaya tuntutan mereka diterima oleh pph.

Bagaimana nak tahu seseorang itu telah bankrap? Satu boleh semak di pejabat pemegang harta di Putrajaya (ibu pejabat) dan kedua pegawai pemegang harta akan mengiklankan perihal kebankrapan itu di akhbar. Jadi kalau ada penghutang terlepas pandang memang boleh melepas. Tetapi itu tidak menghalang mereka daripada mengambil tndakan yang sama terhadap pemiutang kemudiannya.

Jika ada dua atau lebih perintah kebankrapan dibuat terhadap pemiutang/sibankrap, pemiutang/sibankrap melalui pegawai pemegang harta boleh mendapatkan perintah mahkamah mencantumkan tindakan2 itu menjadi satu (consolidate) bagi memudahan pentadbirannya. Biasanya perintah yang terkemudian dibatalkan dan dicantumkan dengan yang terdahulu dan tuntutan yg terkemudian dimasukkan bersama-sama dengan tuntutan yang terdahulu.

Walaupun begitu tak semua proses mencantum dibuat. Jadi sekiranya ada dua kes berbeza, sibankrap boleh juga menyelesaikannya secara berasingan. Contoh kes pertama sudah selesai dibayar, maka dia bolehkan mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan kes pertama tadi. Tetapi kes yang kedua akan tetap berjalan dan sehingga kes kedua itu diselesaikan dan perintah bankrap kedua dibatalkan dia akan tetap dalam keadaan bankrap. Rasanya inilah kedudukan kawan atuk tadi.

Penyelesaiannya? Seperti yg telah saya jelaskan di atas, selesaikan hutang kedua di pejabat pemegang harta dan kemudian dapatkan perintah batal daripada mahkamah.
Reply

Use magic Report

atukglamer This user has been deleted
Post time 30-8-2003 05:27 AM | Show all posts
Originally posted by Camar at 26-08-2003 20:41:
atuk,
besar kemungkinan tindakan oleh dua penghutang (creditors) di ambil pada masa yang sama... dan kedua-duanya tidak tahu ada tindakan diambil oleh oleh pihak yg satu lagi. Dengan itu ada dua k ...


Camar,
Persoalannya macamana pulak Pejabat Pemegang Harta boleh keluarkan sijil pelepasan sedangkan kes yg kedua masih tersangkut?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2003 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by atukglamer at 30-8-2003 05:27 AM:
Camar,
Persoalannya macamana pulak Pejabat Pemegang Harta boleh keluarkan sijil pelepasan sedangkan kes yg kedua masih tersangkut?


salam atuk.

Setiap kes kena dilihat pada merit masing2. Maksud saya setiap kes berdiri sendiri... yg satu tidak mempengaruhi yg lain..

Walaupun PPH telah mengeluarkan sijil pelepasan bagi kes pertama, yg mungkin dibuat di bawah seksyen 33A (Pelepasan sibankrap melalui Perakuan Peg. Pemegang Harta) - sek 33 being Pelepasan melalui perintah mahkamah -tetapi kes kedua kena diselesaikan secara berasingan. Pada saya kalau merit kes kedua sama seperti kes pertama tidak ada sebab yg menghalang PPH untuk memberi pelepasan yang sama.

Kalau merit berbeza, maka sibankrap kenalah cari jalan bagaimana untuk menyelesaikan kes kedua mengikut cara sama ada satu  pelepasan oleh mahkamah (sek 33) atau dua membatalkan perintah bankrap di  mahkamah (sek 105 - hutang telah dijelaskan sepenuhnya) Akta Kebankrapan.

Untuk makluman atuk pelepasan oleh PPH boleh dibuat selepas 5 tahun perintah bankrap. Tapi ia bukanlah automatik begitu. Banyak considerations lain yang dilihat oleh PPH. Yg saya tahu sekarang ini PPH memberi pelepasan bagi kes2 yg sudah terlalu lama dan tidak bergerak. Satu mungkin pemiutang sudah tiada (mati), tua, tidak pernah membuat sebarang bayaran selama bertahun2, penghutang tidak diketahui lagi dan tidak pernah menghubungi pph, atau jumlah hutang terlalu kecil. Atau wang sibankrap telah menjelaskan sebahagian hutang walaupun tidak sepenuhnya. Sibankrap pula penjamin dan hutang pula telah diselesaikan oleh pemiutang utama. Suatu masa dulu - kira-kita 10 tahun lalu - hutang RM2000 sudah boleh buat orang dibankrapkan.

PPH kena ikut prosedur yg ditetapkan undang2 untuk mengeluarkan sijil pelepasan. PPH keluarkan notis pada penghutang. Penghutang pula boleh membantah pelepasan tersebut. Kalau bantahannya ditolak oleh PPH dia kena pergi mahkamah untuk dapatkan perintah mahkamah melarang PPH keluarkan sijil pelepasan. Kalau mahkamah benarkan PPH tak bolehlah keluarkan sijil tu. Dan sibankrap tetap bankrap.

Begitulah lebih kurang yg saya tahu.
Reply

Use magic Report

atukglamer This user has been deleted
Post time 31-8-2003 05:08 AM | Show all posts
Originally posted by Camar at 26-08-2003 11:08:
salam atuk.

Setiap kes kena dilihat pada merit masing2. Maksud saya setiap kes berdiri sendiri... yg satu tidak mempengaruhi yg lain..

Walaupun PPH telah mengeluarkan sijil pelepasan bagi ke ...


Okay, kes kawan atuk ni, 1st bankruptcy dia kena pada tahun 1982 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas berhutang dgn pembekal.
2nd bankcruptcy dia kena pada tahun1986 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kereta ditarik oleh finance.
Setahu atuk dia tidak pernah membuat apa2 pembayaran kpd PPH.
Tapi awal tahun ini, PPH Terengganu menghantar surat yg dia mendapat pelepasan atas kes yg pertama dan sijil dikeluarkan ibu pejabat PPH Putrajaya.
Persoalannya mungkin ibu pejabat PPH tidak tahu yang dia ada kes kedua.
Apa pandangan Camar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.075249 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list