CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dr_stein

[Cadangan] ★ALL ABOUT BANKRAPSI/MUFLIS★

  [Copy link]
Post time 2-6-2014 12:01 PM | Show all posts
SAMAN BANK - AKU TIDAK SEPATUTNYA DI ISTIHARKAN MUFLIS!![Copy link]


       
7raffae3


Beginner

Go up[url=][/url]
1#
Post on  2-6-2014 07:42 AM|View author' posts|DESC|Cancel reply


Salam 1 Malaysia

Saya adalah Pelanggan yang teraniaya kerana di Isythiarkan MUFLIS akibat sikap acuh tak acuh kakitangan sebuah bank dalam menguruskan kes saya. Mohon pandangan, cadangan atau tindakan yang boleh saya ambil terhadap bank yang suka sangat memufliskan pelanggan.

Affin Bank telah memfailkan saman keatas saya untuk tuntutan tunggakan pinjaman Kenderaan sebanyak RM47,044.48, yang akan dibicarakan pada 29/7/2010. Kes perbicaraan ini, hanya saya ketahui semasa saya menyemak status kelayakan pinjaman peribadi di MBSB (6/7/2010). Lagi shock gila bila mengetahui kes yang akan berlangsung kelak adalah proses akhir untuk Award Muflis. Saya bergegas ke Affin Bank untuk membincangkan jalan penyelesaian yang mungkin, kerana saya Ngeri dengan pangkat MUFLIS tersebut sekiranya saya tak ambil peduli Kes ini.

Affin Bank, dengan diwakili MR. Wong adalah staf yang menguruskan Kes saya. Kami berbincang panjang lebar bagi mencari alternatif yang mungkin dapat menyelamatkan aku dari di isyhtiarkan MUFLIS. Akhirnya Hasil perbincangan, keputusan yang dipersetujui ialah Menjelaskan Tunggakan Hutang tersebut melalui Pinjaman Peribadi yang akan saya buat kelak melalui bank-bank yang menawarkan pinjaman (Bank Rakyat, BSN dan MBSB) dan saya perlu menjelaskan RM40,000 kepada Affin Bank sebelum tarikh perbicaraan manakala bakinya RM7044.48 akan dibayar secara ansuran sehingga disember 2010.

Setelah keputusan dicapai, saya bergegas kebank-bank yang dapat memberikan pinjaman untuk mengambil borang permohonan. Isi, sahkan, fotokopi, minta penyata dan macam2 urusan bagi memastikan dokumen lengkap untuk memastikan permohonan saya tidak di tolak kerana hari perbicaraan semakin hampir. Bank Rakyat dan BSN adalah prioriti saya kerana saya telah membuat pinjaman peribadi di situ. fikiran saya ketika itu ialah membuat permohonan pinjaman peribadi yang baru dan menutup pinjaman yang lama. Saya hanya perlu pastikan daripada pinjaman itu terdapat lebihan berjumlah RM40,000 untuk menjelaskan tunggakan di Affin Bank.

Keputusan yang saya perolehi daripada kedua-dua bank tersebut sungguh mendukacitakan. Permohonan DITOLAK kerana semasa semakan status kelayakan melalui CTOS menyatakan saya dalam proses Pengisytiharan Bankrap, dan polisi bank tersebut tidak memberikan KELULUSAN bagi kes-kes yang telah melebihi tahap Gaban. MUFLIS. Kecut Perut bila dimaklumkan PERMOHONAN DITOLAK. segera saya maklumkan kepada MR. Wong, sambil saya terus mencuba memohon pinjaman daripada MBSB. Tarikh perbicaraan hanya tinggal seminggu lagi.

Semasa Di MBSB, permohonan saya jugak ditolak. Tetapi saya dengan segala daya dan usaha, Memujuk, menjelaskan dan merayu kepada MBSB. sekiranya permohonan saya ditolak maka saya akan jadi MUFLIS. Akhirnya MBSB bersetuju memproses permohonan saya berjumlah RM190,000, dengan syarat Affin Bank Memberikan sesalinan penyata yang menyatakan jumlah yang perlu di jelaskan kepada bank tersebut. Terus saya hubungi MR. Wong, maklumkan perkembangan dan memintanya menyediakan penyata seperti yang diperlukan oleh MBSB. Saya bertanyakan MR. Wong bagaimana dengan perbicaraan tersebut. kerana kelulusan  MBSB mungkin belum diperoleh lagi pada tarikh perbicaraan tersebut. Dengan Pantas MR. Wong Menjawab, peguam Affin Bank akan mohon penangguhan. Selang beberapa hari Tarikh perbicaraan baru saya terima. Perbicaraan akan berlangsung pada 26/8/2010.

Semasa Menunggu kelulusan MBSB, banyak lagi masalah yang remeh temeh yang telah dilakukan oleh bank-bank ini dimana tarikh surat penyata penyelesaian bagi bulan semasa sudah tidak 'valid' dengan kelulusan yang MBSB keluarkan iaitu bulan berikutnya. saya terpaksa pergi semula kebank rakyat, bsn dan affin bank untuk mencetak semula penyata penyelesaian bagi bulan berakhir berikutnya seperti yang dikehendaki oleh MBSB. Hal ini menyebabkan tarikh kelulusan menjadi lambat kerana ada bank yang lewat mengeluarkan Penyata Penyelesaian ini. Namun Demikian pada 23/8 saya telah dihubungi oleh wakil MBSB melalui telefon dan menyatakan permohonan pinjaman saya RM190,000.00 telah diluluskan dan proses pembayaran akan dibuat dalam tempoh 10 hari bekerja. Alhamdulilah. Dengan gembiranya saya terus berhubung dengan MR. Wong dan menyatakan berita baik ini dan terus bertanya Bagaimana dengan perbicaraan saya pada 26/8 tersebut perlukah saya hadir atau ditangguhkan lagi oleh Penguam Affin Bank kerana perbicaraan akan berlangsung 3 hari lagi, sedangkan proses pembayaran untuk penyelesaian diproses oleh MBSB dalam tempoh 10 hari bekerja. Mr. Wong hanya menjawab, nanti saya maklumkan awak.

Esok 24, Saya call lagi bertanya, Lusa 25, saya call lagi bertanya dan 26 hari perbicaraan pun saya call lagi Mr. Wong.. jawapannya tetap sama, nanti saya hubungi awak! Hairan juga saya, kenapa Mr. Wong belum juga memaklumkan saya apa tindakan yang perlu saya lakukan? sedangkan perbicaraan sepatutnya akan berlangsung sebentar lagi. Risau jugak saya tapi untuk menyedapkan hati saya menghubungi Bank Rakyat dan BSN  untuk memastikan bayaran pinjaman saya telah diterima daripada MBSB. Jawapan daripada kedua bank ini sungguh melegakan saya. "Ya, Kami telah terima". Mendengar jawapan positif itu, saya berandaian bahawa Affin Bank juga telah menerima pembayaran RM40k daripada MBSB seperti yang telah dipersetujui, dan saya telah Berjaya menyelesaikan masalah yang membelenggu, dan saya juga yakin, mungkin MR. Wong telah mengambil tindakan menggugurkan atau menngguhkan KES tersebut dan terlupa memaklumkan kepada saya kerana SIBUK menguruskan kes tersebut.

Namun demikian, Pada 7/9/2010, semasa saya hendak mengeluarkan simpanan di Tabung Haji untuk persediaan Aidiladha keesokan harinya. Encik Ahmad, telah telah closing accountkah? Hairan pula saya, Bila masa saya closing account? Hati rasa tak sedap! Apa yang tertera di akaun saya puan? saya bertanya. dengan pantas dijawab.... BANKRUPTCY! Macam dah tak ada graviti saya rasa, lemah, terkejut, Malu.. macam-macam perasaan yang terasa masa tu, saya terus hubungi MR. Wong dengan berang saya bertanya, KENAPA awak teruskan perbicaraan Pengisythiarkan Muflis sedangkan awak tau pembayaran RM40k dalam proses? Kenapa awak tak tangguh kes tersebut seperti penangguhan pertama semasa saya mengurus pinjaman. kenapa semasa mengurus pinjaman u boleh tangguhkan perbicaraan, tetapi setelah awak tahu kelulusan pinjaman dan pembayaran akan dibuat dalam masa 10 hari berkerja, awak teruskan perbicaraan? Kenapa saya tanya awak pada hari perbicaraan saya perlu hadir kah tidak, awak tidak maklumkan saya apa-apa dan hanya suruh saya tunggu awak hubungi... Why..? why? Jawab Mr. Wong selamba saja. Duit belum masuk, sebab itu saya processed. Ya. ALLah, istighafar saya mendengar jawapannya.. Apa yang aku usahakan? MBSB Luluskan permohonan untuk menyelamatkan aku rupanya sia-sia? MR. Wong ni tak gilakah? kenapa perbicaraan pertama dia boleh bertindak bijak dengan menangguhkan perbicaraan kerana permohonan pinjaman ku di tolak? Tapi bila permohonanku telah diluluskan, hanya tinggal menunggu pembayaran dimasukan dalam tempoh 10 hari, MR.Wong, bertindak Meneruskan Pengisythiaran Muflis kepadaku?

Mau tidak mau, finaly..aku pasrah menerima pangkat baruku SIBANKRAP, yang telah dinobatkan padaku, hari khamis 26/08/2010 dan dengan rasminya Berita Gembira ini kuterima bersama gemanya takbir Aidiladha.. Affin Bank telah menerima RM40.000 pada hari ISNIN berikutnya.. 1 hari bekerja inilah yang memufliskan saya.


A. PADA HEMAT SAUDARA, ADAKAH LAYAK SAYA MENDAPAT ANUGERAH INI?
b. BILA BEBAS DARI GELARAN MUFLIS INI. SAYA NEKAD AKAN MENYAMAN BANK INI KERANA MENGANIAYA SAYA TANPA RASA BERTANGGUJAWAB. ADAKAH POTENSI SAYA MENANG?

MOHON BERIKAN SAYA PANDANGAN DAN PANDAUAN ? SAYA SUNGGUH TERTEKAN. TERIMA KASIH.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 05:58 AM | Show all posts
assalamualaikum dan selamat sejahtera minta pendapat dan pandangan..pada yg lebih tahu dan berilmu...hee2

isteri dan bapa mertua sy pernah membeli sebuah rumah tetapi...sudah di lelong dan ada baki tertunggak dlm 130k...buat masa ini memang tidak mampu untuk membuat bayaran kerana isteri tidak berkerja lagi sesudah bernikah dengan sy....dan bapa mertua sy pula sudah meninggaldunia.

soalan saya..
1-adakah walau sudah 7 tahun bapa mertua saya meninggaldunia dia masih boleh di saman atau di istihar bangkrup..kerana ada tanah dan rumah aruah yg masih dlm proses pengambilan kuasa oleh waris.

2-adakah saya akan turut terlibat walau hanya sebagai penama selain isteri di dalam s&p rumah tersebut(bukan pemohon pinjaman)

3-ada yang memberi pendapat kepada kami agar menukar nama kenderaan atau rumah..adakah ia membantu..?

4-benarkah..apabila di istihar muflis atau bankrup segala isi rumah seperti perabut,alatan elektrik dan pakaian juga akan di sita?

minta sesiapa yg sudi beri penjelasann...terima kasih... Last edited by idz23 on 3-6-2014 06:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 09:36 PM | Show all posts
aku nak tanya... dulu ex suami aku beli kereta guna nama aku..tiap2 bulan dia yg bayar..sempat pakai 6bulan dh xbyr..bank tarik dan lelong dgn harga murah. baki nya kena byr lagi dlm 90k.kemudia kami bercerai. 3tahun kemudian(sekarang ni la) aku dpt surat bankrup... apa patut aku buat..sekarang aku tak bekerja..ada kereta buruk dah habis bayar atas nama aku.. agaknya loan tu dh cecah 100k lebih..mmg aku tak kan mampu byr..ada sedikit duit dlm simpanan..perlu kluarkan ke dan masuk dalam akaun org lain? sekarang ni apa perlu buat?apa akan jadi bila aku di sah kan bankrup. adoii buntu ni..org lain pinjam aku kena byr.. ex dh tak berhubung dgn aku..nafkah anak2 xbg.. aku tak bekerja..suami baru pon xkerja tetap.. kalau aku bankrup..suami aku sekarang ada sangkut2 x kut nanti duit dia pon kena tahan..

tq  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan cakap kalau hutang 30k keatas kena bankrap..tetapi kalau kita hutang kena bamkrap juga macam mana nak settel..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hutang 10k boleh di bankrap juga ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 02:49 PM | Show all posts
Nasuriela replied at 20-6-2017 09:29 PM
Kalau hutang 10k boleh di bankrap juga ke

Bankrap kena ada hutang sekurnagnya 30 k.Kalau hutang bawah daripada tu memang tak akan bangkrap kecuali bank tunggu interest naik mencanak sampai 30k untuk bangkrapkan peminjam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2017 02:52 PM | Show all posts
junjai replied at 23-9-2013 05:08 PM
if ada hutang kad kredit kan..lama dah x bayar...bleh isytihar bankrap x?

yup boleh kalau total hutang mencecah 30k. Tapi ramai yang tak tahu, walaupun hutang cuma 2 k misalnya tapi bila dibiarkan lama boleh exceed 30k sebab interest. Tup tup dapat notis bankrap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2017 03:48 AM | Show all posts
penguingemok replied at 24-8-2017 02:52 PM
yup boleh kalau total hutang mencecah 30k. Tapi ramai yang tak tahu, walaupun hutang cuma 2 k misa ...

bukan skrg under new act, bangkrap klu hutang cecah 50k ker?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 11:28 AM | Show all posts
Edited by sha_n at 25-10-2017 11:29 AM

Salam..
Sorry up kan benang lama...

Aku ade benda nak tanya....kot2 ade sesape yg arif psl hal ni..

Cmni, kete aku guna sekrag ni atas nama abg..
abg plak dlm proses nak kena muflis...

kete tu plak still under loan lagi,..so klau dah muflis, harta2 semua kena sita kan..
kete tu comfirm lah terlibat sama kan???ke tak terlibat sebab still under loan??

kete tu aku yg guna & aku yg byr..
so perlu ke aku cpt2 tukar nama kete tu??
prosedur utk tukar nama kete underloan mcm leceh je kan..

huhu,..
btw, acc bank abg aku tu dah kena beku..means dah muflis ke tu??
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:31 PM | Show all posts
sha_n replied at 25-10-2017 11:28 AM
Salam..
Sorry up kan benang lama...

apa kabar...

cam ner kete?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 03:03 PM | Show all posts

macam tak dpt diselamatkan...


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 04:57 PM | Show all posts
Salam, harap dapat membantu:

Nak tanya, ada sesiapa tahu, kalau dah dapat petisyen kebankrapan, berapa lama masa kita ada sebelum dijatuhkan muflis? 3 bulan? 6 bulan, 9 bulan…?  Dalam masa dah dpt petisyen tu, belum jatuh bankrap lagi, masih boleh ke pegi oversea?  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:22 AM | Show all posts


Rumah jiran i bakal  dilelong bln 8 nnt.Owner skrg nak jual rumah ni  pd pihak ke 3 dgn harga minima 175k .masalahnya skrg pihak bank minta rm79k (i tak pasti rm79k tu bayaran untuk apa).Pihak bank ada ke untuk iklankan rumah tersebut dlm mudah.my  atas alasan owner tak bayar?>
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemukkkkkkk replied at 16-11-2007 10:03 PM
tak boleh.  pasal hak ke atas duit tu bukan pada anda, tapi Official Assignee.

Walaupun cheque tu kita terima dr pihak perkeso dan di kategorikan pencen ilat.. ??
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemukkkkkkk replied at 1-7-2008 04:36 PM
rasanya, kalau misbehave yang muflis dan nak tunaikan cek yang made payable kepada misbehave, tak bo ...

Walaupun cheque tu kita terima dr pihak perkeso dan juga di kategorikan pencen ilat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 03:22 PM | Show all posts
tobobon replied at 3-9-2017 03:48 AM
bukan skrg under new act, bangkrap klu hutang cecah 50k ker?

Betul, pindaan Akta Insolvensi 1967 telah berkuatkuasa pada 6 Oktober 2017.
Berikutan dengan tarikh kuat kuasa ini, Akta Kebankrapan 1967 kini dikenali sebagai Akta Insolvensi 1967.

Antara 8 perubahan dasar adalah:


1. Pelindungan penjamin sosial
2. Notis/petisyen kebankrapan disampaikan secara kediri
3. Mekanisme penyelamat
4. Nilai minima kebankrapan dinaikkan daripada RM30,000.00 kepada RM50,000.00 (threshold)
5. Pelepasan automatik
6. Pelepasan bankrap tanpa bantahan pemiutang
7. Sistem satu perintah kebankrapan
8. Kumpulan wang bantuan insolvensi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2020 03:23 PM | Show all posts
Banyak betul masalah-masalah kebankarapan yang tidak berjawab bertahun-tahun lama.
Malangnya akaun mforum.cari ku belum wujud.
Kalau tidak mungkin aku boleh bantu mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.212719 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list