CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dr_stein

[Cadangan] ★ALL ABOUT BANKRAPSI/MUFLIS★

  [Copy link]
Post time 11-3-2013 09:21 PM | Show all posts
ada cra nk kuar dr status muflis dan blaklist.buat rundingan dgn bank melalui saluran undang2.ada mslh tel sy 0137471276
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 07:19 PM | Show all posts
betul ke klu blacklist tak leh amik wat permohonan loan
1) maybank - katanya loan rumah
2) ptptn

macam mana na semak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:27 AM | Show all posts
hmmmm aku ada member kena bangkrap, tapi bangkrap pasal loan keta ajer.sebab keta tu x dapat bawak keluar dr tempat disembunyikan utk dijual balik.mana ndak cr computer box haaa.....ex bos dia sorokkan ntah ke mana ntah.patutla payah ndak tarik keta ni.langsung x mau gerak.cesss.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 12:44 PM | Show all posts
Orang yang dah muflis skrg nie dah pandai. Ada saja helah mereka utk di kecualikan dari membayar. OK, akaun bank kena freeze, tak dpt ke luar negara, tak dapat membaharui cukai kereta..SO what !!. Mereka guna proxy. Semua pakai proxy. Kereta proxy, maybe kepunyaan abg atau family lain. Akaun proxy...pakai akaun abg, isteri, kakak etc. No problem. Akaun kena freez..so what. Mereka boleh pakai proxy minta abg, kakak bayar cash tak payah masokan wang dlm akaun...melainkan kalu kerja dengan government. Mcmana Jabatan Insolvensi nak detect?. No way. Jab. Insobvensi di perkudakan, diperbodohkan dan di permainkan oleh si Muflis. Tell me how Jabatan Insolvensi boleh detect si Muflis pakai proxy?. Tell me how kalu dia bekerja dgn famili dan dpt bayaran gaji secara cash, bagaimana nak detect duit masok. Interesting, si bankrap boleh tipu orang awam beratus ratus ribu and got away with it scot free.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 11:14 AM | Show all posts
doublemint posted on 13-4-2013 12:44 PM
Orang yang dah muflis skrg nie dah pandai. Ada saja helah mereka utk di kecualikan dari membayar. OK ...

dah agak dah kaum mana yg wat camni.hmmmmm.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:34 PM | Show all posts
Melayu lah..siapa lagi. Dia memang dah plan siang siang untok menipu. Set-up company kemudian bila problem ... tutop company, buat company baru, masok keluar masok keluar dari company. Orang mcm nie memang tak selamat dunia akhirat. LIhat saja nanti balasan dari Allah. Ya Rabbi tidak aku izinkan walau satu sen ku wang ku itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2013 04:22 PM | Show all posts
Aku nak tanya, sekiranya kita ada sangkut bayaran kereta dan akan diistiharkan muflis, adakah penama kereta tu saja yang muflis atau termasuk dengan penjamin, maksudnya penama dan penjamin dikena tindakan muflis?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 09:19 AM | Show all posts
gulabatu posted on 9-5-2013 04:22 PM
Aku nak tanya, sekiranya kita ada sangkut bayaran kereta dan akan diistiharkan muflis, adakah penama ...

x pasti,..,...tp kalau x silap penjamin pun akan turut terbabit jika ada dalam caluse agreement....

aku pernah dulu jadik penjamin dan peminjam tak bayar...sampai aku pun nak kene heret ke Court ......pasal di mufliskan sekali rsnya mungkin tak....apa2 pun opkos penjamin boleh fight bukan kesalahan dia 100% nak menanggung masalah peminjam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2013 04:53 PM | Show all posts
aku buat term loan tak muflis tak apa pun nak apply cc , nak apply loan bank lain pun semua tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 09:37 AM | Show all posts
alepmama posted on 4-6-2013 04:53 PM
aku buat term loan tak muflis tak apa pun nak apply cc , nak apply loan bank lain pun semua tak bole ...

boleh tanya bank kenapa tak lulus... biasanya kalo record ccris / ctos bersih, mungkin komitmen kita tinggi sbb tu tak lepas.....

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 10:13 AM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 5-6-2013 09:37 AM
boleh tanya bank kenapa tak lulus... biasanya kalo record ccris / ctos bersih, mungkin komitmen ki ...

sebab ada term loan
term loan ni wujud selepas dulu ada hutang2 cc
lepas tu banyak tak larat bayar
mintak bank convert jadi term loan
bayar bulan for a few years
mungkin bank lain takut kot
sedih
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 10:41 AM | Show all posts
alepmama posted on 5-6-2013 10:13 AM
sebab ada term loan
term loan ni wujud selepas dulu ada hutang2 cc
lepas tu banyak tak larat ba ...

ohhh... ada conversion ke term loan... yg ni mmg scoring tak cantik... bank akan tengok menda ni juga....

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 10:53 AM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 5-6-2013 10:41 AM
ohhh... ada conversion ke term loan... yg ni mmg scoring tak cantik... bank akan tengok menda ni j ...

walaupun dah bertahun bayaran sgt cantik tetap application decline...
nanti kalau dah habis semua hutang dan dah dapat release letter still application di decline ke tak eh?

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tolong... sy baru dapat surat instihar bangkrap.. camne ni? dulu buat loan time keje.. pastu sakit.. sy brenti keje.. pastu x mampu byr hutang.. camne ni.. harta dah la xde utk dilelongkan...tolong
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 03:35 PM | Show all posts
MrsKobis posted on 14-6-2013 01:09 PM
tolong... sy baru dapat surat instihar bangkrap.. camne ni? dulu buat loan time keje.. pastu sakit.. ...

macamana sampai kene tindakan muflis? xkn xde surat susulan terdahulu sebelum diistiharkan muflis tu?

brp banyak (rm) loan yg awk pinjam tu dan loan apa?

personal loan/keta/rumah/lain2?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 03:56 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 5-6-2013 10:41 AM
ohhh... ada conversion ke term loan... yg ni mmg scoring tak cantik... bank akan tengok menda ni j ...

aku nak tanya.......lepas aku tak dapat jawab pertanyaan member aku masa dok sembang lunch tadik....pertanyaan dia..

Pasal bangkrapsi .....

Soalan 1 : adakah bangkrapsi ni akan diistiharkan kepada sesorang jika hutang melebihi RM30K atau amaun sepatutnya dan selepas satu jangka masa tak mampu bayar?- AKu jawab YA....Bank takkan semberono osytihar muflis selepas satu bulan kita tak mampu bayar....aku bgtahu lagi...mcm kereta yg ditarik oleh pihak Bank ....selepas tunggakan 2 bulan 22 hari ( standard term) Bank ada hak utk menarik kenderaan . Itupun selepas beberapa panggilan dan mungkin 2-3 surat amaran dihantar oleh  pihak Bank....baru penarikan itu akan jadik  sah. - Walaupu  aku bgtahu yg term and Cond dlm hire purchase agreement dah terang bgtahu yg selepas certain tempoh...bank ada hak utk tarik kenderaan...pemulangan semula kenderaan boleh dibuat tp sejumlah amaun RM perlu dijelas pada pihak Bank termasuk caj atau kos pd situkang tarik.

Soklan 2 : Adakah Amaun pengisytiharan muflis tersebut  akan dikira berdasarkan jumlah selepas dimasukkan interest ( loan sbg contoh )...atau hanya amaun yg sepatutnya dibayar jika dibuat early settlement?, Kalau vbuat early settlement kan ada rebet tertentu. Sbg contoh...jika Loan RM60K....sepuluh tahun campur interest adalah dlm RM80K...sudah bayar 4 tahun....baki loan dgn interest katakan ada berbaki RM40K....kalau buat early settlemeny dlm RM27K....katakan muflisnya seseorang tu  akan dikira berdasarkan jumlah penuh RM40K( dgn intrest ) atauhanya  jumlah early settlement???kalau early settlement amaun mmg tak boleh ishtihar muflis :-

Jawapan aku : Bank akan kira berdasarkan jumlah besar termasuk kiraan interest utk Loan tersebut. . Adakah jawapan aku BETUL???

Soklan 3 : Amaun Baki Bank A = RM10K...Amaun Baki Bank B =RM15K...amaun baki Bank C = RM10K...amaun hire purchase kereta RM 40K...adakah muflis boleh diishtihar dengan gabungan hutang kesemua bank tersebut atau hanya di kira berdasarkan satu2 bank sahaja...???

SOKLAN 3 ni aku SANGKUT.....any idea jawapannya???
Last edited by medangmru on 17-6-2013 03:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2013 05:27 PM | Show all posts
medangmru posted on 17-6-2013 03:56 PM
aku nak tanya.......lepas aku tak dapat jawab pertanyaan member aku masa dok sembang lunch tadik.. ...

                                                Rajin2 lah membaca...

Apa Itu Kebankrapan?
Bahagian Kebankrapan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menguruskan / mengawal selia dan menyelesaikan masalah-masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes kebankrapan.

Bagaimana Seseorang Itu Boleh Diisyhtiharkan Bankrap?
Seseorang boleh diistiharkan bankrap melalui 2 cara:
Permohonan individu itu sendiri
Permohonan oleh pihak yang memberi hutang

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu dihukum bankrap?
Jumlah hutang seberhutang kepada sipemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.00
Hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan ("liquidated sum") yang perlu dibayar segera atau kemudiannya
Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan
Siberhutang adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh 1 tahun sebelum petisyen difailkan

Apakah kesan-kesan setelah seseorang itu dihukum bankrap?
Segala harta bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi. (Sibankrap hilang hak dan kawalan)
Segala hal-ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Ketua Pengarah
Pemiutang tidak "remedy" bagi hutang "provable" terhadap harta sibankrap dan tidak boleh
"proceed with or commence any action or other legal proceeding" bagi hutang tersebut kecuali dengan kebenaran (leave) Mahkamah
Ketua Pengarah Insolvensi akan mengambil dan menyimpan segala buku akaun, kertas dokumen dan sebagainya yang berkaitan

Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Pengarah Insolvensi?
Menyiasat aset, liabiliti dan hal-ehwal sibankrap
Pemegang amanah bagi harta yang dikumpulkan
Mengzahir dan menghasilkan harta
Membahagikan harta kepada pemiutang-pemiutang
Menguatkuasa Undang-Undang, Perintah Mahkamah dan Arahan
Mendakwa sibankrap yang melakukan kesalahan
Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak di bawah seksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967
Mempertimbangkan berbagai permohonan daripada sibankrap antara lain, keluar negara,
penglibatan dalam perniagaan, menjawat jawatan, penjualan harta dan lain-lain
Menjaga hak-hak bankrap
Menjaga kepentingan pemiutang-pemiutang
Menyediakan laporan kepada mahkamah
Memberi pelepasan (discharge) kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?
Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera
Memberi segala maklumat mengenai dirinya
Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI)
Tidak melanggar mana-mana larangan yang dikenakan ke atasnya
Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967
Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali
Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat
sebarang perubahan seperti pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lain-lain berkaitan

Apakah larangan-Iarangan terhadap bankrap?
Seseorang bankrap tidak boleh:
Dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen
Dinamakan atau dilantik sebagai ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan
Meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi
Keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Menjadi Pengarah Syarikat yang menjalankan perniagaan atau
terlibat dengan pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan
Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Terlibat dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja syarikat
yang dimiliki oleh isterinya atau saudara maranya tanpa
mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Meminjam wang melebihi RM1000
Menjadi ahli Jawatankuasa atau bekerja dengan mana-mana pertubuhan
berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan KPI atau Mahkamah
Memiliki harta alih dan tak alih yang bernilai RM5,OOO kesemuanya

Apakah peranan dan hak-hak pemiutang?
Memfailkan tuntutan 'provable' dengan mengemukakan borang bukti hutang dan
mengemukakan borang bukti serta membayar fi pemfailan sebanyak RM 10.00 setiap tuntutan
Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran yang mereka pegang
Mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima
Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendak-kehendak
mereka atas pentadbiran harta sibankrap
Boleh mengakas ke atas penolakan tuntutan mereka
Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah
Boleh mempertikaikan pelepasan sibankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967
Memaklumkan kepada PPH kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku sibankrap

Bagaimana pihak pemiutang boleh menuntut hutang?
Failkan tuntutan anda dengan mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi dari semua cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara.

Bagaimana menentukan kategori pemiutang?
a)    Pemiutang bercagar sepenuhnya dan pemiutang bercagar sebahagiannya
       Hak mereka kekal ke atas cagaran tersebut. Mereka harus membuat pilihan ke atas cagaran
       tersebut iaitu samada hendak menjual atau menyerahkan kepada PPH atau hanya memegang
       cagaran mereka. Mereka harus menghasilkan cagaran mereka dalam masa 6 bulan dari tarikh
       Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat. Jika tidak, mereka tidak layak
       menuntut sebarang faedah ke atas hutang tertunggak
b)    Pemiutang keutamaan merangkumi tuntutan-tuntutan yang berikut
       o    "all local rates and land tax"
       o    "income tax and other assessed taxes"
       o    "all wages or salary"
       o    "all amounts due in respect of contributions payable"
       o    "workmen's compensation"

a)    Pemiutang biasa
       Pemiutang ini akan menerima dividen selepas tuntutan pemiutang bercagar
       dan keutamaan dibayar dan nisbah bayaran adalah secara sama rata ("pari passu")
Bagaimana menentukan kategori penjamin?

Terdapat 2 kategori penjamin iaitu:
a)    Penjamin korporat
       Adalah jaminan yang dibuat terhadap pinjaman yang dibuat oleh syarikat atau sesuatu
       perniagaan.
b)    Penjamin sosial
       Jaminan yang dibuat yang mana penjamin tidak mempunyai kepentingan terhadap jaminan
       yang dibuat seperti:-
       o    Jaminan kepada pinjaman biasiswa atau geran untuk tujuan pendidikan atau menjalankan
             penyelidikan.
       o    Jaminan kepada transaksi jualbeli kenderaan untuk seseorang bagi kegunaan persendirian
             dan bukan untuk perniagaan.
       o    Jaminan untuk pinjaman perumahan kepada seseorang bagi tujuan untuk menetap di
             rumah berkenaan dan bukan bagi lain-lain tujuan.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap ......
Seseorang penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh peminjam utama juga boleh dijatuhkan hukuman bankrap sekiranya peminjam utama gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat atau mereka gagal dikesan oleh pihak pemiutang.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap menyelesaikan hutang mereka kepada pihak pemiutang bagi mengelakkan diri mereka juga dari dihukum bankrap?
Jawapannya boleh. Penjamin boleh menjelaskan hutang kepada pihak pemiutang dan tuntutan terhadap jumlah yang telah diselesaikan boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan terhadap bankrap.

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan ......

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan sebagai Pengarah, Pengurus, Pengerusi dan bekerja di syarikat-syarikat milik isteri/suami/keluarga atau membuka syarikat sendiri?
Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(d)

Bolehkah seseorang bankrap membuat perjalanan ke luar negara/menjalankan urusan di luar negara?

Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(c) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Mahkamah untuk mendapat kelulusan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tertentu yang akan ditetapkan oleh Ketua pengarah Insolvensi atau Mahkamah.

Adakah jalan keluar dari kebankrapan?

Ada. Terdapat 3 cara keluar dari kebankrapan:
a)    Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan PP & PP atas alasan 'Order ought not to
        have been made' atau hutang telah dijelaskan ke cawangan
        Jabatan Insolvensi Malaysia
b)    Melalui Perintah pelepasan oleh Mahkamah
c)    Melalui Sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi
Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap bankrap sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan?

a)    Sekiranya bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia
        sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap
        beliau (S.28A, Akta Kebankrapan 1967)
b)    Sekiranya bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal
        mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan
        komital boleh diambil terhadap beliau (S.91 (2), Akta Kebankrapan 1967)
c)    Hukuman-hukuman terhadap si berhutang atau si pemiutang yang melakukan
        penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah S.109, Akta Kebankrapan 1967               
                                                                                                                                                        __________________
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 05:32 PM | Show all posts
`Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu akaun simpanan ada 2 nama..si suami (bangkrap) & si isteri...adakah akaun tu di kawal atau bebas d gunakan...?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 01:56 AM | Show all posts
Salam semua…ada satu kes kalu bole sesama bg pendapat…
Loan : kenderaan
Notis bankrupsi high court dah ada tarikh cth 31/8/2013
Jumlah penghakiman = RM100k dari 31/5/2008
faedah 8% + RM100k = RM150k smpai 31/6/2013

Masalahnya statement dr bank pada 2011 hutang cuma 80k
(dr 2008 hingga 2011 pembayaran bulanan dibuat)
Persoalannya;
1-        Kenapa jumlah penghakiman RM100k mulai 2008 bukan 80k mulai 2011
(Andaian – lawyer submit saman pd 2008 tp penghutang dah buat arrangement payment semula tp bank tak inform lawyer utk tarik balik saman)
2-        Boleh jatuh bankrup ke kalu saman tu salah value? (sbb kalu saman base on 80k pun mmg entitle bankrup.
3-        Boleh penghutang saman semula lawyer @ bank sebab salah bg value?
(saman malu @ teladan…kurang2 boleh topup hutang… )

harap2 bole share pandangan & pendapat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.692495 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list