CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: dr_stein

[Cadangan] ★ALL ABOUT BANKRAPSI/MUFLIS★

  [Copy link]
Post time 26-12-2008 05:22 PM | Show all posts

Reply #180 medangmru's post

yg kuarkan perintah mahkamah la... tapi atas nasihat rekemen pengarah tertentu.. tapi bahagian mana..? tu yg aku nak tahu..? pengarah imigresen ke.. Pengarah Jabatan Insolvensi ke... dan saper yg pegang depa nyer pasport..?? imigresen ke pulis..??
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 02:07 PM | Show all posts
aku ada kawan...gaji dia sangkut oleh maybank diatas arahan.
so we all dah plan nak gi makan angin tapi mcm mana...bank kata baru nak apply muflis.
masih boleh ke dia gi luar negeri...dekat je kat jkt..kesian lak if tak dapat joiin.burnla tiket nampaknya..

tapi mungkin masih ada harapan.cos bank baru nak apply mufliskan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:13 PM | Show all posts

MUFLIS ... apa yg harus di lakukan

Kalo sesorang tu yg akan di kenakan tindakan Muflis oleh sesebuah bank atas sebab gagal membayar loan rumah selama 4 bulan, apa yg harus beliau lakukan, dia dah cuba berbincang dgn pihak bank, tak mampu nak bayr lebih, lebih dari instalmen yg ade, tp bank tak nak terima walaupun sebulan payment ... makanya kalo tak nak terima paymen akan betambah la lagi hutang tersebut, dan jika dijatuhi hukuman muflis, apakah beliau masih boleh bekerja, adekah majikan masih terima beliau kerana sudah muflis ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:17 PM | Show all posts
ak nasihatkan ko x pinjam kat along!...rosak hudup ko nant...
segala kesulitan pasti ade jalan penyelesaian..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:22 PM | Show all posts
2# ayamgolek

any idea ...  kongsi kat sini ... bukan setakat aku nak taw yg lelain pun nak taw gak ... ade ker 4 bulan tunggakan dah kene lelong dan tindakan muflis ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:35 PM | Show all posts
2# ayamgolek  

any idea ...  kongsi kat sini ... bukan setakat aku nak taw yg lelain pun nak taw gak ... ade ker 4 bulan tunggakan dah kene lelong dan tindakan muflis ...
kabintang Post at 1-10-2009 13:22


sblum dia bg status muflis tu, ade tak dia bg notis ape2?
yg menyatakan kalau kita tak respon jwpn dalam tempoh tertentu, kita aakn dikenakan tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:39 PM | Show all posts
sbbnye...
salahsorang my famili pun ade gak kena..
tapi bukan umah le,  kereta 4 bln gak tak byr..
tapi lepas dia tarik tu, dia bg notis suh respon jwpn dan alasan kita smada nak teruskan or tolak je blk kat bank.
dan dia ade bg option...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:08 PM | Show all posts
apa kata ko p rujuk masalah ko kat akpk..mana tau derang blh membantu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:08 PM | Show all posts
5# adabintang




kereta wpon dh kene tarik kita tetap jugak kene bayar jumlah tertentu tiap2 bulan kat bank kan?

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:24 PM | Show all posts
Kau kluarkan duit epf kau akaun 2. Settlekan outstanding tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:36 PM | Show all posts
kabintang...sila rujuk thread berkenaan dgn Muflis....

nanti aku merge...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:40 PM | Show all posts
Thread Merged,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 02:30 PM | Show all posts
Kau kluarkan duit epf kau akaun 2. Settlekan outstanding tu
ablishan Post at 1-10-2009 14:24


Masalah nyer EPF pun dah di keluarkan, kene tunggu bln Dec. baru leh kuarkan, staff bank yg handle file kata dah ade hantar surat legal fee tu ... tu yg dia soh settlekan, baru 3 bulan tunggakan dah nak lelong, tp sbb umah tu tak ade org nak dia nak muflis kan peminjam, tak ker bank tau baru 3 bln nak mufliskan peminjam, nanti langsung bank tak dpt aper2 ... at list ambik ler dulu payment 1 bulan tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 01:09 PM | Show all posts
177# zul_khaleeda

boleh......tetapi dengan kebanaran
jupe pergi ke jabatan insolvensi mana2 negeri yg mana kamu kena bankrupt tu
then tanya la kat staf kat situ...rasanya kena isi borang kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 10:16 PM | Show all posts
yg kuarkan perintah mahkamah la... tapi atas nasihat rekemen pengarah tertentu.. tapi bahagian mana..? tu yg aku nak tahu..? pengarah imigresen ke.. Pengarah Jabatan Insolvensi ke... dan saper yg pega ...
ryo_takahashi1 Post at 26-12-2008 17:22


nak ke oversea kena apply ngan jabatan insolvensi dan mesti sertakan dokumen2 :-

1.surat permohonan si bankrap ( kena nyata tarikh pergi,tempoh,destinasi,tujuan),gambo,surat renew @ nak buat passport
2.surat penjamin ( yang bukan seorang bankrap.penjamin,menjamin perjalanan si bankrap dgn jabatan insolvensi yang si bankrap akan balik ke malaysia selepas urusannya diluar negeri selesai )
3.surat pembiayai ( menangung segala perbelanjaan si bankrap diluar negara )

juga penyata 6 bulan sibankrap dan pasangannya ( jika dah kahwin )

dan kalau tak silap aku juga,kena letak certain amount dijabatan insolvensi.berapa rm aku tak pasti tapi dgr kata bergantung pada destinasi dan tempoh si bankrap berada diluar negara.dan siapa yang kena bayar aku tak pasti ( lupa la..) either si bankrap atau penjamin tapi duit ini akan dipulangkan semula selepas si bankrap balik ke malaysia.

surat2 permohonan dan borang penyata 6 bulan yg aku nyatakan kat atas tu leh g tengok kat jabatan insolvensi punya web..

dan kalo nak g luar negara atas sebab keja,kena attach sekali :-
1.surat dari majikan
2.tarikh & tempoh ke oversea
3.latest SSM
4.ROB
5.Offer letter
6.Appointment letter
7.Job spec

kalo nak ke oversea atas sebab2 nak kahwin kena attach kad jemputan,kalo sebab kesihatan kena ada surat pengesahan doktor dan kalo nak g haji @ umrah kena ada surat dr tabung haji @ yg sewaktu dengannya.

memang leh g oversea kalo dah bankrap tapi bukan senang..banyak citer..

dan satu lagi..kalo lom ada pasport tapi nak ke luar negara..kena mohon ngan insolvensi dulu..pas dpt surat izin br leh buat passport ngan imigresin..dan bila dan balik dr oversea,passport kena hantar pada jabatan insolvensi.

jabatan insolvensi akan keep passport kita..

dan kalo tak silap ( ampun kalo tak betul )..passport orang2 bankrap ni warnanya agak different dr passport biasa ..ada sapa2 leh confirmkan tak??
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:28 PM | Show all posts
agree with u, sbbnarnya ramai org yg muflis ni pkai bmw n merc walaupun dh ddeclare muflis, apa nak susah pkai la penama lain,
AHMADVW Post at 25-11-2008 20:17


sama mcm my ex-boss dulu nie...cina la..buat loan..then muflis...tukar nama kampeni, pakai nama anak2 dia..tapi dia masih bigboss kat kampeni baru tu..mmg kaya gila dia nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 05:51 PM | Show all posts
Peritnya bertaraf muflis


2010/02/20


PADA 5 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang lelaki bankrap kerana gagal memfailkan Penyataan Hal Ehwal (PHE) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Kuala Lumpur.
Penolong Kanan Pendaftar Zaiton Anuar dalam keputusannya membenarkan permohonan yang dibuat Pegawai Pendakwa, Eszanizam Mohamad mengikut seksyen 16(3) Akta Kebankrapan 1967 selepas lelaki berusia 51 tahun itu gagal mengemukakan PHE walaupun beberapa notis peringatan dikeluar dan diserahkan kepadanya.


PHE adalah satu dokumen penting mengikut seksyen 16(1) Akta Kebankrapan 1967 iaitu si bankrap perlu mengisytiharkan butiran aset, tanggungan hutang dan hal ehwal dirinya.


Kes itu mungkin tidak begitu mendapat perhatian kerana ia tidak 'sepanas' kes mahkamah lain namun ia sebenarnya satu pengajaran kepada mereka yang berstatus muflis supaya sentiasa mematuhi dan mengambil berat arahan dikeluarkan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).


Status muflis sebenarnya cukup menyeksakan kerana sebaik diisytiharkan mahkamah, mereka tertakluk kepada banyak sekatan umpamanya tidak boleh membuat pinjaman lebih RM1,000 tanpa memaklumkan pemberi pinjam dia seorang bankrap, tidak boleh membuka akaun bank kecuali penerimaan gaji, harta termasuk simpanan di bank, Tabung Haji dan pelaburan di mana-mana skim akan ditahan serta diambil bagi tujuan pembayaran hutang kepada pemiutang serta tidak boleh menjadi presiden apa-apa persatuan.


Selain itu, individu terbabit tidak boleh bekerja dengan syarikat milik sanak saudara, hanya boleh bekerja dalam bidang tertentu saja, tidak boleh dilantik menjadi pengarah syarikat kecuali dengan kebenaran KPI dan disekat ke luar negara terutama sekali melancong kecuali dengan kebenaran KPI. KPI bagaimanapun memberi kelonggaran untuk menunaikan ibadat haji dan umrah sekali saja sepanjang tempoh kebangkrapan. Sudah pasti dengan semua sekatan itu, individu yang 'memikul' status muflis berang, malah bukan sekali pejabat Insolvensi 'diserang' terutama apabila rancangan melancong ke luar negara tidak kesampaian selepas disekat Jabatan Imigresen.

Bagaimana kebankrapan berlaku? Seseorang hanya diisytiharkan bankrap dengan perintah mahkamah dan selepas itu, semua harta mereka kecuali perkakasan kerja dan pakaian keluarga yang bernilai tidak melebihi RM5,000 diletak hak kepada KPI untuk dijual dan hasilnya diagih kepada si pemiutang.


Perkara itu berlaku selepas diandaikan individu berkenaan tidak dapat mengurus kewangan dengan baik menyebabkan tanggungjawab beralih kepada KPI untuk mentadbir hartanya. Selain mentadbir harta dan kewangan si bankrap, KPI juga berperanan memantau perilaku mereka atau mengambil tindakan penguatkuasaan jika tidak membuat pembayaran terutama apabila berlakunya perbuatan jenayah iaitu meminjam wang lebih daripada RM1,000 tanpa memaklumkan kepada pemberi pinjam status bankrapnya.


Seseorang itu juga dianggap melakukan jenayah apabila tidak melaporkan harta kepada KPI, menyorok atau memindahkan harta malah niat menyembunyikan situasi kewangan semasa juga menjadi satu kesalahan.


Di Malaysia, sebahagian besar kes muflis berlaku disebabkan kegagalan menjelaskan pinjaman perniagaan orang perseorangan, sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan perumahan, menjadi penjamin sosial, kakitangan kerajaan kategori A yang menjadi penjamin tetapi si peminjam gagal membayar hutang, pinjaman pelajaran, kad kredit dan hutang cukai pendapatan.


Apabila berlaku kegagalan pembayaran balik hutang, pemiutang akan memfailkan petisyen kepada mahkamah dengan syarat hutang tidak kurang daripada RM30,000 kerana jika di bawah nilai itu, kes berkenaan tidak boleh diisytiharkan bankrap.


Sebaik diisytiharkan mahkamah, kerjasama antara si bankrap dengan Jabatan Insolvensi amat penting kerana perjanjian akan dibuat setakat mana kemampuan membayar semula malah dalam situasi tertentu seperti individu hilang upaya, menghidap penyakit kronik atau tidak bekerja, KPI mempunyai budi bicara melepaskan mereka daripada status itu.


Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Insolvensi (KPI), Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, kerjasama yang diharapkan itu amat rendah malah orang ramai kerap salah faham mengenai tanggungjawab MdI menyebabkan jabatan itu sentiasa menjadi tempat meluahkan kemarahan.


“Sebenarnya kita melindungi mereka daripada diganggu pemiutang berikutan segala pentadbiran harta diambil alih oleh MdI. Jabatan bukan mahu menganiayai atau menyusahkan orang, sebaliknya kita ambil pendekatan memudahkan keadaan serta mengharapkan kerjasama penuh supaya status bankrap itu boleh ditamatkan.


“Kita juga melindungi masyarakat daripada individu bankrap yang menipu dan membantu yang jujur mahu melangsai hutang tetapi tidak berkemampuan. Sehubungan itu, kerjasama individu muflis amat penting kerana kita berperanan membantu mereka membina hidup baru,” katanya. Beliau berkata, antara 2005 hingga 2006 terdapat 72,779 kes kebankrapan manakala bagi 2009 sebanyak 16,228 kes ditadbir MdI dengan kebanyakannya dari Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.


“Kita juga membahagikan mereka mengikut sektor iaitu hiburan, awam, swasta, profesional, bekerja sendiri, perniagaan, pelajar, pesara dan ahli sukan.

“Ada di antara mereka yang tidak perlu memperkenalkan diri kerana memang sudah terkenal umpamanya selebriti dan ahli sukan. Terdapat 81 atlit yang kita perlu tadbir manakala sektor hiburan pula seramai 275 orang diisytiharkan muflis. “Daripada jumlah 275 itu, seramai 23 orang dikenal pasti sebagai terkenal dan mereka diisytiharkan bankrap disebabkan gagal bayar sewa beli kenderaan iaitu seramai 10 orang, pinjaman perniagaan (enam), menjadi penjamin korporat (tiga), kad kredit (dua) dan masing-masing seorang gagal melunaskan hutang pinjaman rumah serta tidak membayar cukai pendapatan,” katanya.


Abdul Karim berkata, MdI kini perlu tegas kerana bertanggungjawab menjaga kepentingan awam, pihak pemberi hutang, mendidik disiplin kewangan dan moraliti perniagaan serta membantu kerajaan membangunkan sektor ekonomi.


“Sebab itu jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan diisytihar bankrap kerana kesannya drastik iaitu selain daripada harta diletak hak kepada KPI banyak lagi perlakuan dan sekatan diterima bertujuan melindungi masyarakat daripada si bankrap yang tidak jujur, menipu dan menyorok harta.


“Biasanya sekatan paling lumrah adalah halangan ke luar negara. Sekatan ini dibuat kerana individu itu mempunyai tanggungan hutang yang tinggi, jadi ini bukan masa bersuka ria, cuma kelonggaran diberikan untuk menunaikan ibadat haji dan umrah sekali saja,” katanya.


Menurutnya, dalam mentadbir dan menguruskan kebankrapan, jabatan itu berdepan banyak perangai dan jika mereka memberi kerjasama yang baik, pihaknya juga boleh membuat pertimbangan wajar.


“Kadang-kadang ada yang bertahun-tahun tidak datang berjumpa kita, tiba-tiba muncul meminta kebenaran kononnya mahu mendapat rawatan di China, sudah tentu kita curiga kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku umpamanya dia melarikan duit, tidak pulang semula ke Malaysia atau berbelanja sesuka hati tanpa menghiraukan tanggungjawab membayar hutang.


“Bila kita tidak dapat lepaskan dia ke luar negara, ada di kalangan mereka yang memaksa, mengugut dan memberi kata dua padahal sebelum ini tidak pernah memberi kerjasama.


“Sila beri kerjasama kerana kita tidak 'rigid' sebaliknya mempunyai 'sentuhan manusia', jika seseorang individu itu betul-betul perlukan rawatan atau mahu melawat yang sakit di luar negara, kita boleh lepaskan dengan syarat tertentu,” katanya.


Menurutnya, ada juga kes kebankrapan yang ditadbir mencecah sehingga 15 ke 20 tahun tetapi masih belum dapat diselesaikan disebabkan pembayaran yang dibuat individu itu terlalu minimum.


Misalnya, ada kes individu berhutang mencecah setengah juta tetapi membayar hanya RM50 sebulan secara selang-seli dan akibatnya status bankrap itu tidak mungkin boleh ditamatkan seumur hidup.


“Belum menjadi budaya yang baik di Malaysia bagi orang bankrap memberi kerjasama penuh kepada kita dan sebab itu ada kes lebih 10 tahun belum diselesaikan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 12:58 PM | Show all posts
aku ade kwn yg keje kat jab insolvensi...
die kata ramai org yg sukarela datang ke jab tu utk membankrapkan diri sendiri sbb da tak tahan di kejar org2 bank...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 10:47 AM | Show all posts
Saya nak tanya kat kat sesapa yang berpengalaman.. Saya ada outstanding CC RM2,500 dah habis bayar tapi Bank masih nak saya bayar legal fee.. patut bayar ke sedangkan hutang dah saya bayar habis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 08:39 PM | Show all posts
Saya org baru kat sini. nak minta pendapat org yg arif dlm hal muflis ni. Saya tlh pun diistihar muflis pd tahun 2007. Tetapi saya tidak dapat apa2 surat drp insolvensi pun kerana alamat yg lama.  Setelah itu saya sendiri pergi ke Insolvensi. Saya di temuduga dan ditanya kemampuan saya utk membayar balik. Oleh kerana saya kesana bersama suami yg bekerja dgn jabatan kerajaan sy diminta membayar RM100 walaupun saya merayu minta dikurangkan kerana saya tiada langsung pendapatan Cuma bergantung kpd suami saja tetapi ditolak kerana katanya RM 100 adalah yg paling minima.
Saya pun diberikan borang utk diisi dan ditandatangan di Pesuruhjaya sumpah. Masalah saya sekarang ialah semasa mengisi borang tersebut selepas bertanya kpd kawan saya yg telah pun muflis sebelum saya , saya cuma mengisi senarai hutang yg tak dibayar. Hutang yg pembayarannya boleh dikurangkan oleh pihak bank tidak saya nyatakan termasuk rumah yg dibeli oleh suami saya semasa sy masih menjalankan bisnes yg diatas nama saya yg mana pihak bank telah pun membuat penjadualan semula dan jumlah bayaran dikurangkan. Rumah itu didiami oleh ibubapa saya yg mana bapa saya lumpuh. Pembayaran rumah tersebut pada asalnya perjanjiannya akan dibayar oleh suami saya, tetapi memandangkan saya tidak bekerja lagi maka semua tanggung terletak pada suami saya maka saya telah meminta penjadualan semula.
Masalah saya sekarang ialah pihak bank mahu menaikan balik pembayaran seperti asal dan jika suami sy tidak membayarnya maka aka diambil tindakan mahkamah. Pembayaran asal adalah sebyk RM2000 dan bayaran yg dibuat sekarang adalah RM800. Pendapatan suami cma RM2500 sebulan.
Setelah membaca dari ruang forum ini saya rasa mcm saya telah buat kesilapan dan bagiamana saya nak beritahu kpd pihak Insolvensi mengenai perkara ini kerana saya takut dituduh berbohong pulak. Saya amat tertekan dan ini menganggu kesihatan saya yg mana saya memang tidak boleh tertekan langsung kerana sejak bisnes saya mengalami masalah saya telah mendapat penyakit darah tinggi yg kronik dan saya juga telah di rujuk kepada pakar sakit jiwa kerana jika saya tertekan  atau stress darah tinggi saya akan menjadi terlalu tinggi. TOLONGlah saya. Saya tak nak membebankan suami saya lagi.  Terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.077939 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list