CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 174465|Reply: 336

[Cadangan] ★ALL ABOUT BANKRAPSI/MUFLIS★

  [Copy link]
Post time 10-7-2003 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by medangmru at 21-9-2010 15:08

Just nak tanya , dalam apa keadaan seseorang itu boleh di declare kan bangkrap.
Sekiranya seseorang itu bangkrap apa yang boleh dan tak boleh dibuat ?
TQ
Reply

Use magic Report

Ace-Frehley This user has been deleted
Post time 10-7-2003 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-10 15:43:
Just nak tanya , dalam apa keadaan seseorang itu boleh di declare kan bangkrap.
Sekiranya seseorang itu bangkrap apa yang boleh dan tak boleh dibuat ?
TQ


Elok rasanya lawyer yang jawab soalan ni.

Salah satu kerja aku ialah bankrapkan orang ... aku akan kejar lawyer suruh percepatkan PENGHAKIMAN (judgement) ... inilah satu-satunya cara aku nak dapat recover balik duit bank
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2003 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-10 03:43 PM:
Just nak tanya , dalam apa keadaan seseorang itu boleh di declare kan bangkrap.
Sekiranya seseorang itu bangkrap apa yang boleh dan tak boleh dibuat ?
TQ


dr_stein,

Mengikut yang saya tahu, banyak sebab seseorang itu boleh kena declare bankrap. Tapi yang paling biasa ialah penghutang tak bayar hutang kepada creditor/pemiutang yg telah dapat penghakiman di mahkamah terhadap penghutang setelah diserahkan padanya notis kebankrapan.

Bila tak comply dengan kehendak notis tersebut maka penghutang itu telah melakukan perbuatan kebankrapan yang boleh disahkan oleh mahkamah atas permohonan pemiutang melalui petisyen pemiutang. Perintah itu dinamakan perintah penghukuman dan perintah penerimaan. Melalui perintah ini penghutang disahkan bankrap dan pegawai pemegang harta dilantik sebagai pentadbir hal ehwal sibankrap.

Ada beberapa perkara yg tak boleh dilakukan oleh sibankrap. Antaranya ialah dia tak boleh keluar negeri, menjalankan perniagaan, menjadi pengarah syarikat, menjadi pengurus atau mempunyai kawalan terhadap perniagaan suami atau isteri atau saudara mara dll kecuali dengan kebenaran pegawai pemegang harta atau mahkamah.

Harta benda sibankrap juga akan terletak hak kepada pegawai pemegang harta.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2003 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-10 03:48 PM:
Elok rasanya lawyer yang jawab soalan ni.

Salah satu kerja aku ialah bankrapkan orang ... aku akan kejar lawyer suruh percepatkan PENGHAKIMAN (judgement) ... inilah satu-satunya cara aku nak dap ...


itu sajalah yg bank tahu... hahaha.
Orang banyak duit dia cari nak bagi pinjam.
Bila dah tak berduit dia tarik balik pinjaman.
Tak bayar... kasi bankrap... hehe
Reply

Use magic Report

Ace-Frehley This user has been deleted
Post time 10-7-2003 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by Camar at 2003-7-10 17:03:
itu sajalah yg bank tahu... hahaha.
Orang banyak duit dia cari nak bagi pinjam.
Bila dah tak berduit dia tarik balik pinjaman.
Tak bayar... kasi bankrap... hehe

Pinjam duit mesti bayar ler ... hutang tak leh bawa dalam kubur tuan lawyer ... tak kan bila dah mati, anak bini plak yang susah orang kejar mintak bayar hutang
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2003 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-10 05:12 PM:
Pinjam duit mesti bayar ler ... hutang tak leh bawa dalam kubur tuan lawyer ... tak kan bila dah mati, anak bini plak yang susah orang kejar mintak bayar hutang


just call me Camar.
Betullah tu... hutang memang kena bayar. Wajib bayar pun. Kalau tidak kata orang kat sana tak lepas.

Agaknya dalam hal ini bank cukup considerate tak?
Atau ada sedikit social obligation yg patut dipertimbangkan?
Reply

Use magic Report

Ace-Frehley This user has been deleted
Post time 10-7-2003 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by Camar at 2003-7-10 17:24:
just call me Camar.
Betullah tu... hutang memang kena bayar. Wajib bayar pun. Kalau tidak kata orang kat sana tak lepas.

Agaknya dalam hal ini bank cukup considerate tak?
Atau ada sedikit soci ...


Well, in this case ... kita selalu approach cara baik ... buat negotiated settlement dulu ... kalau dah tak leh, tak kan nak write-off camtu jer kan.  Tapi sekarang ni, borrowers pun pandai ... memang tak nak bayar, siap boleh hire lawyers ... they keep on dragging the matter sampai kes tu akan lapse 6 years ... tu yang pelik, nak bayar hutang tak leh ... bayar lawyers boleh plak.

Citer pasal bankrupt ni ... i was told by my lawyer recently ... in a day ada kat 80 cases kat court ... and most of them are Malays ... komen sket Camar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2003 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by Camar at 10-7-2003 05:00 PM:
dr_stein,

Mengikut yang saya tahu, banyak sebab seseorang itu boleh kena declare bankrap. Tapi yang paling biasa ialah penghutang tak bayar hutang kepada creditor/pemiutang yg telah dapat pengha ...



Thanks for your info,
Ini bermakna segala harta benda si bangkrap tadi akan diuruskan oleh pegawai pemegang harta. Macam mana pulak dengan akaun bank ? Adakah semua duit dalam bank akan diambil ?
Reply

Use magic Report

Ace-Frehley This user has been deleted
Post time 10-7-2003 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by dr_stein at 2003-7-10 18:07:
Thanks for your info,
Ini bermakna segala harta benda si bangkrap tadi akan diuruskan oleh pegawai pemegang harta. Macam mana pulak dengan akaun bank ? Adakah semua duit dalam bank akan diambil ?


Aku jawab from bank's nyer perspective ler yer.

Bila seseorang tu dah bankrupt ... dalam CTOS, Dunn & Bradstreet dan macam-macam SEARCH lagi akan kuar nama si bankrupt ... selalunya bank akan freeze account (whole-balance-hold).  Duit dalam bank tu tak akan diambil oleh bank ... dalam kes ini, Official Assignee (Pemegang Amanah Raya) yang akan determine the money should go to whom ... coz bila PENGHAKIMAN (judgement) dah kuar, semua pihak yang ada kepentingan dan tuntutan akan hadir dalam OA meeting ... semua nak claim hak masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2003 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-10 06:18 PM:
Aku jawab from bank's nyer perspective ler yer.

Bila seseorang tu dah bankrupt ... dalam CTOS, Dunn & Bradstreet dan macam-macam SEARCH lagi akan kuar nama si bankrupt ... selalunya bank akan fr ...


Something like that.

Tapi sebenarnya pihak yg menjaga hal ehwal bankrap ialah Pegawai Pemegang Harta (Official Assignee) dari Jabatan Pemegang Harta Malaysia yg terletak di bawah Jabatan Undang2 Jabatan Perdana Menteri. Menteri Datuk Rais Yatim. Tetapi melalui pindaan Akta Kebankrapan baru2 ini pegawai tersebut akan dikenali sebagai Pegawai Likuidasi.

Biasanya wang di dalam bank akan dituntut oleh PPH dan dimasukkan ke dalam estet/harta sibankrap di Jabatan berkenaan. Ia akan dibayar kepada pemiutang atau pemiutang2 mengikut kadar tuntutan mereka terhadap sibankrap di Jabatan berkenaan. Dan tuntutan pemiutang hendaklah dibuat melalui Borang Bukti Hutang/ Proof of Debt. PPH berhak menerima atau menolak PoD tersebut berdasarkan bukti2 yg disertakan oleh pemiutang.

Orang selalu konfius dengan Amanah Raya Bhd. Amanah Raya lain. Ia sebuah badan yg dikorporatkan yg mempunyai fungsi lain.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2003 11:03 PM | Show all posts
ace-freshley....80 cases per day mostly malays....

...aku rasa wlaupun melayu ramai...jumlah duitnyer sikit berbanding bangsa lain...
macamana kes pinjaman beratus juta sampai bank pun boleh bankerap..yang nih tak kejor ker...dan kebanyakannyer bangsa lain..betui tak!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by bErtEnEt at 2003-7-10 11:03 PM:
ace-freshley....80 cases per day mostly malays....

...aku rasa wlaupun melayu ramai...jumlah duitnyer sikit berbanding bangsa lain...
macamana kes pinjaman beratus juta sampai bank pun boleh ba ...


Mengikut statistik yg dibentangkan di parlimen baru2 ini oleh menteri, jumlah bankrap adalah proportional mengikut kaum.

At certain courts, esp KL dan Shah Alam, memang banyak itulah kes yg tersenarai on one particular day. Tetapi tak semuanya dihukum bankrap hari itu gak. Banyak yg ditangguh atas alasan `paper not in order'.

Masalah besar yang saya nampak ialah yg kena bankrap saban bulan lebih banyak daripada yang dilepaskan daripada kebankrapan. Kesannya besar terhadap negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 06:40 AM | Show all posts

Ni saya menyampuk sikit ... jangan marah ya.

Originally posted by dr_stein at 7-10-2003 06:07 PM:
Thanks for your info,
Ini bermakna segala harta benda si bangkrap tadi akan diuruskan oleh pegawai pemegang harta. Macam mana pulak dengan akaun bank ? Adakah semua duit dalam bank akan diambil ?


Saya nasihatkan siapa siapa yang rasa nak kena saman bangkrap tu buat macam ini:-
1. Kalau ada rumah atas nama anda tukarkanlah kepada nama isteri anda. Bergitu juga dengan harta yang lain. Sebab bila kena sita harta wife tak boleh di sentuh oleh si pemiutang.

2. Kalau rasa rasa tak nak bayar pemiutang tu .. keluarkanlah duit di akaun simpanan, letak dalam akaun orang lain (adik beradik)

3. Sekarang ni kerajaan dah keluar undang undang baru .. siapa yang umur 70 tahun ke atas dia tak boleh kena saman bangkrap kan?


Lepas tu kalau ada hutang lets say 60 ribu dan kamu ada duit cash 40 ribu ... kamu plea bargain dengan dia orang cakap kamu ada 30 ribu je take it or leave it ... selalunya kalau dia orang dah tunggu lebih dari 10 tahun maybe dia orang akan terima offer ni.

10 ribu lagi tu simpanlah ( kalau semua duit bayar hutang .. lepas tu nak makan apa?)

oklah kalau silap harap maaf .. saya orang baru belajar
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 2003-7-11 06:40 AM:
Saya nasihatkan siapa siapa yang rasa nak kena saman bangkrap tu buat macam ini:-
1. Kalau ada rumah atas nama anda tukarkanlah kepada nama isteri anda. Bergitu juga dengan harta yang lain. Sebab  ...

darsita ke sesapa...macamana procedur nak tukar nama harta2 tu...misalnya kalau rumah tu atas nama suami dan isteri (2 nama)..kat mana boleh tukar nama tu...nak kena guna lawyer jugak ker?
kalau kereta yg masih under loan..berbaloi tak nak tukar nama?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 09:31 PM | Show all posts

bijak... bijak..

Originally posted by DARSITA at 11-7-2003 06:40 AM:
Saya nasihatkan siapa siapa yang rasa nak kena saman bangkrap tu buat macam ini:-
1. Kalau ada rumah atas nama anda tukarkanlah kepada nama isteri anda. Bergitu juga dengan harta yang lain. Sebab bila kena sita harta wife tak boleh di sentuh oleh si pemiutang.

2. Kalau rasa rasa tak nak bayar pemiutang tu .. keluarkanlah duit di akaun simpanan, letak dalam akaun orang lain (adik beradik)


memang possible.... hehehe, esp. cash.
asasnya hanya harta kepunyaan sibankrap yg terlibat dan terjejas... hartanah, saham, wang tunai etc.

but transfering of property bukanlah begitu mudah kerana melibatkan belanja juga seperti bayaran duti setem, bayaran peguam... hehehe etc. Susah lagi kalau property tu charged to bank...

Kalau bankruptcy proceeding already been initiated its an offence to transfer any property.. kesalahan yg boleh dihukum penjara.

3. Sekarang ni kerajaan dah keluar undang undang baru .. siapa yang umur 70 tahun ke atas dia tak boleh kena saman bangkrap kan?


As far as I'm concerned... nolah. Hanya had minimum hutang dinaikkan menjadi RM30k daripada RM10k currently.

Lepas tu kalau ada hutang lets say 60 ribu dan kamu ada duit cash 40 ribu ... kamu plea bargain dengan dia orang cakap kamu ada 30 ribu je take it or leave it ... selalunya kalau dia orang dah tunggu lebih dari 10 tahun maybe dia orang akan terima offer ni.

10 ribu lagi tu simpanlah ( kalau semua duit bayar hutang .. lepas tu nak makan apa?)


possible... but discretion of creditor(s). Tapi kena ingat juga selain daripada jumlah principal yg kena bayar (atau apa-apa jumlah yg dipersetujui oleh creditor), sibankrap juga kena bayar kos pemegang harta lebih kurang RM2000 serta fee penghasilan dan fee pembahagian (realisation and distribution fees] amounting to 12% daripada jumlah prinsipal. RM10k yg nak disimpan tu mau hanya tingga dua tiga ribu sahaja... makan nasi beras hancurlah jawabnya. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 09:55 PM | Show all posts
Originally posted by riss_1688 at 2003-7-11 10:49 AM:
darsita ke sesapa...macamana procedur nak tukar nama harta2 tu...misalnya kalau rumah tu atas nama suami dan isteri (2 nama)..kat mana boleh tukar nama tu...nak kena guna lawyer jugak ker?
kalau kereta yg masih under loan..berbaloi tak nak tukar nama?
...


riss,
ambik geran padam nama asal bubuh nama baru... settle. kehkehkeh
sori riss... gurau.

Kalau rumah dua nama suami isteri nak jadikan satu nama saja pun boleh. Bagaimana? kena jumpa peguam uruskanlah... hehe

Kalau kereta masih under loan pun boleh... cuma penerima kenalah buat loan baru. Tapi setahu saya bagi kes bankrap kereta yg masih belum habis bayar belum lagi kepunyaan pembeli. Hak masih dituntut oleh finance. Jadi dikata tak terlibat.

Bagaimana rumah yg masih under loan pulak dan pemilik/peminjam bankrap? Pegawai Pemegang harta (PPH) ambil dan jual ke untuk selesaikan hutang?
Ini panjang cerita sikit.

Dalam kes macam ini kebebasan diberikan kepada bank kerana bank adalah peminjam bercagar... secured creditor. Bank boleh dan akan jual rumah itu dan ambik jumlah yg terhutang padanya saja. Kalau ada lebihan hendaklah serah pada PPH. Bagaimana pulak kalau kurang? Bank boleh failkan tuntutan bagi kekurangan (shortfall) tersebut kepada PPH. Bila PPH dapat duit daripada sumber sibankrap dia bayarlah pada bank.

Dua bank boleh failkan tuntutan bagi keseluruhan jumlah hutang sibankrap bagi loan rumah itu pada PPH. tapi rumah itu kena serah pada PPH untuk PPH jualkan. Hasil jualan serah pada bank dan pemiutang lain kalau ada. Dalam hal ini bank mungkin tak dapat keseluruhan hutangnya kerana hasil jualan kena share dengan pemiutang lain ikut kadar. Bila bank serah rumah pada PPH bank dan jadi unsecured creditor.

Tiga bank boleh buat nilaian (valuation) rumah itu. Kalau nilai semasa kurang daripada jumlah hutang pada bank, kekurangan itu boleh dituntut daripada PPH. Dan bank boleh terus deal with the property.

Lebih kurang begitulah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2003 05:19 AM | Show all posts
Originally posted by Camar at 7-11-2003 09:31 PM:
memang possible.... hehehe, esp. cash.
asasnya hanya harta kepunyaan sibankrap yg terlibat dan terjejas... hartanah, saham, wang tunai etc.

but transfering of property bukanlah begitu mudah ker ...


riss dan yang lain lain,
kamu orang baik ambil sesiapa jadi your family lawyer .. senangkan.. tentang harga tu, kalau kawan kawan dalam CARI takkan tak boleh bagi diskaun? Kita kan geng

[ Last edited by Camar on 14-7-2003 at 07:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2003 04:22 PM | Show all posts
elok sangatlah tu...

[ Last edited by Camar on 14-7-2003 at 07:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 11:13 AM | Show all posts
yg betul2 lawyer kat sini sapa?  camar...oga..? akulahini..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2003 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-10 06:18 PM:
Aku jawab from bank's nyer perspective ler yer.

Bila seseorang tu dah bankrupt ... dalam CTOS, Dunn & Bradstreet dan macam-macam SEARCH lagi akan kuar nama si bankrupt ... selalunya bank akan fr ...


ok understood,
Tapi kalau seseorang tu telah dibangkrapkan oleh bank. Boleh ke dia ni kerje makan gaji dengan mana2 syarikat swasta ? Sebab setahu aku kalau nak keje ngan gomen memang takboleh .
Gaji pulak camna ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.085855 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list