CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 42935|Reply: 16

.APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU

[Copy link]
BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 9-7-2003 09:23 AM | Show all posts |Read mode
"Kerjasama Anda Menjelaskan Cukai Taksiran / Cukai Pintu Akan Menjayakan Pembangunan Untuk Kepentingan Bersama

APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU

Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Perbandaran


SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran

MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Perbandaran  menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.



MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN

Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan sekali setahun iaitu untuk tempoh:-

Setengah Tahun Pertama            1 Jan - 30 Jun

Setengah Tahun Kedua              1 Jul - 31 Dis





BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN

Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-

TEMPOH                                   Tarikh Akhir

Setengah Tahun Pertama            31 Mei Setiap Tahun

Setengah Tahun Kedua              31 Oktober Setiap Tahun





APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA

Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandarani mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.





KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL

Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.

Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alasan tidak menerima bil tidak akan dilayan.



APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI

Bertanggungjawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran  jika hartanah anda dijual, ditukar hakmilik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran i tentang sebarang pertukaran alamat pos.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran  jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.

Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.



BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI

Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.





JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN

Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.





TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

Denda 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.

Mendaftar kaveat ke atas hartanah.

Perlaksanaan waran tahanan harta alih.

Pelelongan harta alih yang dirampas.

Tindakan mahkamah.


P/s : Semua cukai taksiran MAJLIS-MAJLIS telah dihantar pada bulan JULAI ini
        Harap dapat menjelaskan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan
        Jangan tunggu BIL sampai terus ... sahaja ke PEJABAT PBT dengan
        menyertakan NO KAD PENGENALAN atau BIL LAMA
Reply

Use magic Report

pantun-man This user has been deleted
Post time 21-7-2003 02:49 PM | Show all posts
bro...cukai tanah pulak camner?
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 22-7-2003 12:05 AM | Show all posts
Originally posted by pantun-man at 2003-7-21 02:49 PM:
bro...cukai tanah pulak camner?


yo bro pm ...

cukai tanah ni lebih kurang cam cukai untuk tanah yang kita ada ler. lagi besor tanah kita, lagi besor ler pulak cukainya. yang penting kena bayor sekali setahun.

tempoh nak bayor tu lama wooo ...dari 1 januari sampai 31 mei tiap tahun. kalo tak bayor gak .. tak tau ler teman!

kalo lambat .. bayor ler denda. 10% .. banyak gak tu.

kalau alasan bayor lambat atau tak nak bayor sebab tak dapat bill ... tak leh terima langsung tu. kena ler pegi jabatan yang berkenaan mintak bill.

kalau tak bayor gak ... depa akan bagi notis tuntutan (Borang 6A) mengikut Seksyen 97, Kanun Tanah Negara. masa tu bersiap sedia ler untuk tanah tu dirampas kalau tak bayor dalam 3 bulan dari tarikh notis. sekangkang kera pun tanah gak .. betui tak? leh tanam butan dan derian.

kalau dah banyak hutang sebab tak bayor bertahun2 ... hutang tu pulak lebib RM10k .. haaaa .. pegi ler masuk skim bayaran tunggakan cukai secara ansuran. bincanglah dengan pegawai banyak mana nak bayor instalment sebulan dan untuk berapa lama.

last sekali .. nasihat dari kerajaan .. skima ler sikit bahasanya ... cam bahasa BB. ekekekekek jangan mara aaaa BB ...

Pemilik tanah adalah bertanggungjawab kepada Kerajaan untuk menjelaskan cukai tanah bagi setiap tanah-tanah yang diberimilik. Pemilik tanah juga adalah dinasihatkan supaya mengemaskini sebarang pertukaran nama atau alamat perhubungan pada bil cukai tanah supaya bil-bil dapat diterima setiap tahun.  

p/s: paham tak agak2nya pm? ;)
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
 Author| Post time 22-7-2003 09:31 AM | Show all posts
Cukai tanah nie  murah je ... tapi ramai yg liat nak bayar terutamanya yg duduk rumah teres sedangkan pada hakikatnya kami yg duduk flat nie pun kongsi-kongsi kena bayar
Reply

Use magic Report

zBs This user has been deleted
Post time 22-7-2003 10:58 AM | Show all posts
entah lah rumah aku pun tak pernah kena bayar cukai pintu
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 22-7-2003 01:33 PM | Show all posts

ekekekekke

ko bior betui zBs.

ko duduk sewa ke, setinggan? kekekkeke ... jangan marah yea. paja dulu sebelum mak ngan ayah pindah shah alam .. merasa gak duduk setinggan ni. tepat 10malam .. keluar pasang paip air kat main pipe. pastu kena tunggu air penuh ... ekekekeke ....

kalau ko duduk umah sewa .. baik ko check ngan tuan rumah ko tu ... kalau dak tak pasal2 barang2 rumah ko kena sita.

atauuuuuuu ....... ko duduk quarters kerajaan ... memang tak yah bayor ler!

Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 27-2-2004 01:32 AM | Show all posts
haaaaa ... sekarang dah nak masuk bulan 3. baik korang ingat .. dah bayor cukai pintu/tanah ke belum? kalau belum ... lekas ler bayor. kalau tak dapat lagi bill assessment tu elok ler pergi ke majlis perbandaran memasing dapatkan bill dan terus bayar ..

itu salah satu tanggungjawab kita jugak tu sebagai rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2004 03:57 PM | Show all posts
kalau bangunan yg didirikan belum siap pun dikenakan cukai pintu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2004 08:53 AM | Show all posts
rasanya tanah kosong pun kena cukai pintu
tapi harga cukainya berbeza
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 3-6-2004 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by azaleena at 2004-6-2 03:57 PM:
kalau bangunan yg didirikan belum siap pun dikenakan cukai pintu ke?


tak kena. kena cukai tanah je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2004 10:44 AM | Show all posts
Cukai pintu kat sini, dorang kira berapa buah pintu kat rumah ko, then satu pintu dia charge berapa aku lupa, sebab aku tak tinggal kawasan bandaran....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2004 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by Paja at 2004-6-3 10:10 AM:


tak kena. kena cukai tanah je.


emm .. ada kes tu .. rumah tak siap, tapi dah kena cukai pintu since 3 yrs ago ... cemana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2004 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by Paja at 2004-6-3 10:10 AM:


tak kena. kena cukai tanah je.


silap tu cik kak
still kena bayor
walaupun tanah kosong
tupasai ianya lebih dikenali ngan cukai taksiran
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2004 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 2004-6-3 10:44 AM:
Cukai pintu kat sini, dorang kira berapa buah pintu kat rumah ko, then satu pintu dia charge berapa aku lupa, sebab aku tak tinggal kawasan bandaran....



cukai tu dikira dari keluasan bangunan tu
dan dari kadar pembayaran sewa semasa jika bangunan itu disewa
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 3-6-2004 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 2004-6-3 11:25 AM:


silap tu cik kak
still kena bayor
walaupun tanah kosong
tupasai ianya lebih dikenali ngan cukai taksiran


terima kasih sebab betulkan ...

dah check ... walaupun tanah kosong .. memang kena bayar cukai pintu.

azaleena,

kalau rumah tak siap lagi ... memang tak payah bayar. kalau rumah projek terbengkalai ... lagi la tak payah bayar. kalau kena bayar ... kena buat aduan. PBT memang tak boleh collect cukai pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2004 10:31 AM | Show all posts
untuk makluman semua cukai taksiran (pintu) untuk semua majlis daerah dan perbandaran telah dikeluarkan bermula 1hb Julai 2004 yang lalu.

Tempoh pembayarannya adalah dari 1hb Julai hingga 31hb Ogos 2004

Jika tidak dapat bil cukai tersebut boleh mengunjugi mana-mana pejabat majlis temapatan dikawasan saudara
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2005 07:38 AM | Show all posts
semakin majunya nya sesebuah negeri atau tempat semakin menyusahkan kita hamba rakyat....bantuan yg diberi tidak ikhlas walaupun daripada pentadbir dan mereka lupa semua itu tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat. jalan dibin tol kena bayar, rumah bersistematik- taksiran perlu bayar. jamban canggih yuran pembentungan kena bayar, api air semakin meningkat walaupun mengunakan sumber alam yang tidak putus sumbernya....jadi dimana kan kesenangan anda dinegeri maju.......:cak:
yang kaya ok lah. yg cam kita ni tengah bulan ditu habis apa cerita................bayar tetap kena bayar walaupun miskin sama harganya dengan yg kaya.nasib baik lah negeri ku tidak sebegini...............:cak::cak::cak:;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.081839 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list