CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 399|Reply: 13

Trump sah sampaikan trofi Piala Dunia kepada juara

[Copy link]
Post time 17-7-2026 04:18 PM | Show all posts |Read mode





Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan menghadiri final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina di Stadium New York-New Jersey, Ahad ini, menurut pengesahan Rumah Putih.

Kehadiran itu menjadi penampilan pertama Trump di kejohanan berkenaan dan beliau memilih untuk hadir pada aksi kemuncak pertandingan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata kehadiran Trump melengkapkan kejayaan penganjuran kejohanan itu.

"Kehadiran beliau menjadi penutup kepada apa yang dianggap sebagai Piala Dunia paling ramai ditonton, paling selamat dan paling berjaya dalam sejarah Amerika.

"Ia adalah penutup yang sesuai bagi kejohanan yang membuktikan kemampuan Amerika menganjurkan acara sukan terbesar dunia," katanya pada sidang media.

Leavitt turut memaklumkan Trump akan menghadiri majlis bersama badan induk bola sepak dunia, FIFA, di Trump Tower, New York, pada Jumaat.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, sebelum ini mengumumkan pada Jun lalu bahawa Trump akan hadir ke final di New Jersey dan menyampaikan trofi kepada juara, namun perkara itu hanya kini disahkan Rumah Putih.

Leavitt bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui sama ada Trump akan menyokong Argentina atau Sepanyol, selepas Presiden AS itu mengkritik Sepanyol pada sidang kemuncak NATO minggu lalu berhubung pendirian negara itu dalam konflik Iran.

Walaupun tidak menghadiri sebarang perlawanan sepanjang kejohanan, Trump mencetuskan kontroversi apabila mengakui beliau meminta Infantino meneliti semula keputusan kad merah yang dikenakan ke atas penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun, ketika menentang Bosnia.

FIFA kemudian menggantung hukuman penggantungan satu perlawanan terhadap Balogun sebelum aksi berikutnya menentang Belgium.

Namun, kehadiran Balogun gagal mengubah nasib tuan rumah apabila mereka tewas 1-4.

Trump juga berulang kali mendakwa beliau memainkan peranan penting dalam memastikan Amerika Syarikat dipilih sebagai tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 bersama Kanada dan Mexico, keputusan yang dibuat FIFA ketika penggal pertamanya sebagai presiden.

Infantino pula dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Trump apabila menganugerahkan beliau Anugerah Keamanan FIFA yang diwujudkan khas pada majlis undian Piala Dunia di Washington tahun lalu.

Jika Trump benar-benar menyampaikan trofi kepada juara Ahad ini, ia dijangka mengundang perhatian susulan insiden selepas final Piala Dunia Kelab tahun lalu.

Ketika itu, Trump menyampaikan trofi kepada kapten Chelsea, Reece James, namun tidak beredar dari pentas sebaliknya terus berdiri bersama pemain-pemain Chelsea ketika mereka meraikan kejayaan, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Beliau kemudian dilaporkan menyimpan sebuah replika trofi berkenaan di pejabatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2026 06:15 PM | Show all posts
Trump menyampaikan trofi kepada kapten Chelsea, Reece James, namun tidak beredar dari pentas sebaliknya terus berdiri bersama pemain-pemain Chelsea ketika mereka meraikan kejayaan

dia pun nak joget2 le tu. kita tengok nanti Infantino ikut sekali joget ka tak macam PMX atau dia tengok ja sambil buat muka heran
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2026 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tak nak la salam trump
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
salam ngan penganas
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 07:38 AM | Show all posts
Edited by manopBKK at 21-7-2026 01:35 AM





Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Joget terrorist
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2026 10:10 AM | Show all posts


  • Champions: $50 million - Spain

  • Runners-up: $33 million - Argentina

  • 3rd Place: $29 million - England

  • 4th Place: $27 million - France

  • 5th–8th Place: $19 million - 5. Norway 6. Belgium 7. Morocco 7. Switzerland

Additionally, every participating member association is guaranteed a minimum of $10.5 million for competing, which includes a preparation grant.





Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tgk final.berdasarkan kt X mmg cam sial je US  buat WC ni dah mcm super bowl....center of celebrity worship harap WC kembali waras selepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2026 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 20-7-2026 12:03 PM
Aku tak tgk final.berdasarkan kt X mmg cam sial je US  buat WC ni dah mcm super bowl....center of ce ...

Nasib la persembahan tu x lama,aq nk tengok match bukan konsert...dhlah live kul 3 pagi hari isnin pulak,sabar jelah
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkcik donat buat balik perangai lama, org nk julang WC pun x senang sbb dia dok menyemak kat dpn tim spain pastu x nk blah
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 06:53 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 20-7-2026 06:55 PM
zuuu replied at 20-7-2026 12:49 PM
Nasib la persembahan tu x lama,aq nk tengok match bukan konsert...dhlah live kul 3 pagi hari isnin ...

x lama ke?kat X  kata lama.dgn justin bieber nyer nyanyi  lagu ballad,dgn nek madonna ...pendek kata  mcm NFL half time show laa?WC final mana ada  beriya -iya gitu?masa half time. ntahlaa aku pun dah berapa kali xtgk final.pastu yg kelakarnyer...siap nyanyi host national anthem.tapi...wayne rooney dgn bangganya berkata it was crap...







ronaldo ,ronaldhino ni  legend ...WC winner kenapa la diorg kelihatan seperti  seasoned lgbt kertu tebiat ni





Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 06:59 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 20-7-2026 07:01 PM

putin gak sempoi.mmg aku tak ingat la...ketua negara host  mencapub beriya.yg bagi piala tu selalu FIFA,UEFA president..






Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 07:05 PM | Show all posts
betui kaa roy keane cakap gitu


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 07:20 AM | Show all posts



  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.046296 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list