Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   




Penampilan kelihatan lebih kemas dan maskulin, pelakon Haidar Hasanudin mengakui hanya menjalani prosedur kosmetik tanam jambang (beard transplant) demi memastikan imejnya sesuai dengan tuntutan kerjaya lakonan.

Ujar Haidar, 37, keputusan tersebut bukan dibuat semata-mata untuk mengubah wajah, sebaliknya juga bagi menyeimbangkan pertumbuhan jambang yang sebelum ini hanya tumbuh pada sebelah bahagian wajah.

“Terus terang, memang saya buat prosedur tanam jambang. Sebelum ini jambang saya hanya tumbuh di sebelah kanan. Kalau dibiarkan, memang nampak tidak seimbang.

    “Sebab itu saya pilih untuk seimbangkan pertumbuhan pada kedua-dua belah. Lagipun ada watak tertentu memerlukan penampilan sebegitu, jadi saya anggap ini juga sebahagian daripada pelaburan untuk kerjaya.

“Bukanlah hendak tampil dengan imej baharu kerana sebelum ini memang sudah ada jambang. Cuma selepas prosedur itu, pertumbuhannya lebih kemas dan cantik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut, pelakon filem Libang Libu itu berpandangan, penjagaan diri bukan hanya penting buat golongan selebriti, malah perlu menjadi amalan setiap individu.

“Bagi saya, penjagaan diri bukan hanya untuk pelakon. Semua orang patut menjaga penampilan.

“Saya memang sudah lama belajar tentang penjagaan kulit. Lelaki pun perlu pakai pelembap, pelindung matahari dan menjaga kesihatan kulit. Apabila bekerja dalam industri, kita memakai mekap setiap hari, jadi kalau tidak dijaga, kulit mudah terjejas.

“Saya juga akan ke spa sebulan sekali, biasanya selepas selesai sesuatu projek. Tujuannya sekadar membersihkan liang pori dan menghilangkan kesan solekan. Penjagaan saya sangat asas, tidak ada yang berlebihan,” ujarnya pada tayangan perdana What’s Next on Viu – Viu Original di sini, kelmarin.

Ditanya mengenai trend segelintir artis yang berlumba-lumba melakukan pelbagai prosedur kosmetik demi meningkatkan keyakinan diri, Haidar enggan menghakimi pilihan orang lain.

“Bagi saya, itu pilihan masing-masing. Saya tidak boleh mengulas tentang individu yang mahu membentuk hidung, wajah atau melakukan prosedur lain kerana mungkin itu memberi keyakinan kepada mereka.

    “Cuma saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya. Bagi diri saya, apa yang ada sekarang sudah lebih daripada mencukupi.

“Jadi saya tidak rasa perlu melakukan perubahan lain. Itu pendirian saya, bukan bermaksud saya mahu mengkritik pilihan orang lain,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Haidar membintangi drama romantik 12 episod Cinta Dalam Sekam yang mula distrim secara eksklusif menerusi platform Viu bermula 16 Julai lalu.

Arahan Feroz Kader, naskhah tersebut turut dibintangi Siti Khadijah Halim, Amir Ahnaf, Riz Amin dan Husna Mustaffa yang mengangkat kisah penuh emosi mengenai seorang warga emas menghidap demensia sehingga membawa kepada pembongkaran rahsia cinta tiga segi dari masa silam. – KOSMO! ONLINE
1322 Views
25 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


galleria23 Lv.7 2#

Revolutioner | Credits 1181   
masalahnya dah macam wukong. memang yg tanam jambang ni muka akan jadi sepesen ek? macam laki lopak, dai setan tu...

nisako Lv.13 3#

Challenger | Credits 15672   
pe benda nak tanam2 pelik2 la

lasagna Lv.12 4#

Defender | Credits 13823   
dia ada dlm cite libang libu? tak prasan eh..
Follow Us

prince_marhaen Lv.11 5#

Highlander | Credits 8644   
tanam guna rambut atas kepala memang akan nampak wukong sebab texture rambut lain daripada facial hair...
so...welcome to wukong club, dipengerusikan oleh wukong syed, timbalan wukong riz, dan ahli-ahli wukong yang lain..

chikumanis Lv.14 6#

Fighter | Credits 21215   
tanam ke, tak tanam ke...

who r u?

I.K.A888990 Lv.12 7#

Defender | Credits 11585   
sekali pandang mcm si idris khan
awat sepesen je muka retis laki kalau berjambang eh haha

ADVERTISEMENT


Kancilkering Lv.12 8#

Defender | Credits 11966   
Rupe wolverine

tweetytweety Lv.14 9#

Fighter | Credits 26287   
Kau saper dik??

sayawifenikmie Lv.16 10#

Conqueror | Credits 48358   
sama macam jambang suami wawa

Lampuled Lv.10 11#

Survivor | Credits 5066   
Dah lupa muka sebenarnya mcm mn. Google pun mcm tak kenal je.

shernazz Lv.17 12#

Superior | Credits 59008   
Pakai minyak buah keras la..natural gitu
Laki iolsdolu cite masa skola dia sapu untuk tumbuh jambang..
Mmg menjadi..
Skang kalau tak cukur 2 3 hari..nampak tumbuh jambang tu

tariktali Lv.3 13#

Senior | Credits 395   
Edited by tariktali at 18-7-2026 08:17 AM

Tuntutan watak? Ada nak buat drama berinspirasikan kisah wukong ke

sleepandream Lv.12 14#

Defender | Credits 10975   
yang takde bulu nak ada bulu... yg banyak bulu nak wax laser bagai... begitulahhh

Kancilkering Lv.12 15#

Defender | Credits 11966   
Edited by Kancilkering at 18-7-2026 08:36 PM




Dia ni x kosong ye
Walaupun x ada anugerah but he is rather good actor
https://iluminasi.com/bm/biodata ... tml#google_vignette

ADVERTISEMENT


Joysparta Lv.9 16#

Adventurer | Credits 3647   
Who r yus

silampumeja Lv.12 17#

Defender | Credits 13246   
Quote: lasagna replied at 17-7-2026 07:09 AM
dia ada dlm cite libang libu? tak prasan eh..

Ha ah... Tak perasan jugak... Jadi apa

DeLuna85 Lv.10 18#

Survivor | Credits 6523   
Siapa ni. Umur 37 tahun? Nampak muda dari usia. Tapi tanam jambang tu kemas ke? Clean shave lagi kemas.

L.U.S.M Lv.12 19#

Defender | Credits 11976   
Quote: prince_marhaen replied at 17-7-2026 03:45 PM
tanam guna rambut atas kepala memang akan nampak wukong sebab texture rambut lain daripada facial ha ...

Hahahahahaha kelakar komen ni

Btw haram kan tanam rambut dikawasan xde rambut..klu dh facial hair tu xde jgnla ubah alasan xbalance..bodoh

L.U.S.M Lv.12 20#

Defender | Credits 11976   
Quote: lasagna replied at 17-7-2026 03:09 PM
dia ada dlm cite libang libu? tak prasan eh..

Semua xperasan sbb extra je kot.hahaha
12Next