Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   




Perceraian bukan noktah kepada hubungan profesional pelakon, Sharifah Husna, 33, apabila mengakui tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali bergandingan di set penggambaran bersama bekas suaminya yang juga pelakon, Halim Radzi.

Malah, Sharifah Husna atau nama sebenarnya Sharifah Husna Syed Faisal berkata, mereka pernah bekerjasama selepas berpisah tanpa disedari sesiapa kerana masing-masing mampu mengetepikan urusan peribadi demi komitmen terhadap kerjaya.

"Kami berada dalam hubungan yang baik. Sebab itu kami boleh mengekalkan sikap profesional ketika bekerja.

"Malah, kami pernah bertemu di lokasi penggambaran selepas bercerai, tetapi tiada siapa yang tahu. Itu membuktikan kami mampu bersikap profesional di set.

"Kami juga pernah bekerjasama dalam drama Doa Yang Terlindung selepas bercerai. Bukan sahaja dalam drama bersiri, malah kami turut terbabit dalam kolaborasi produk," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada sidang media Terhangat Melodi di Balai Berita, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Husna enggan mendedahkan tarikh sebenar rumah tangganya berakhir kerana menganggap perkara itu terlalu peribadi.

"erincian mengenai perceraian kami hanya antara saya dan dia. Cukuplah sekadar orang ramai tahu kami sudah bercerai.

"Kami mengakhiri perkahwinan dengan baik. Jodoh kami setakat itu, tetapi kami masih boleh bekerjasama secara profesional," katanya.


Pada 23 Jun lalu, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga Sharifah Husna dan Halim akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Media sebelum ini melaporkan perceraian berlaku selepas Halim, 30, melafazkan talak terhadap Husna atas alasan tiada lagi persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022.

Mengulas perkembangan terkini, pelakon filem romantik Islamik Sabda Kekasih itu berkata, fokusnya kini terarah sepenuhnya kepada kerjaya seni.

"Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik. Keluarga adalah penyokong nombor satu saya dan saya sangat bersyukur kerana keluarga serta rakan rapat sentiasa berada di sisi.

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, saya mengambil masa untuk melalui proses itu. Apabila saya sudah bersedia, barulah saya berkongsi.

"Saya berkongsi kerana saya seorang figura awam. Kalau bukan, mungkin saya tidak akan bercerita mengenainya.

"Setakat ini saya tidak berdepan tekanan dengan pelbagai pertanyaan. Saya hanya memberi fokus kepada diri sendiri dan kerjaya.

"Saya juga sentiasa tahu mengimbangi kehidupan peribadi dan kerjaya," katanya yang baru menamatkan penggambaran sebuah drama terbitan RTM.

Dalam perkembangan lain, Husna mengakui lebih selesa mengekalkan privasi walaupun bergelar anak seni.

"Sebelum ini saya berkongsi sedikit mengenai kehidupan peribadi kerana pasangan saya juga seorang pelakon.

"Saya tidak mempunyai pandangan sama ada seseorang pelakon perlu atau tidak berkongsi kisah peribadi. Ada yang selesa berkongsi dan ada juga sebaliknya.

"Bagi saya, saya memilih untuk mengekalkan privasi," katanya.
1003 Views
7 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


jambatannetizen Lv.10 2#

Survivor | Credits 5450   
Kenapa org ckp husna ni lawa tahap tinggi? Muka kari habis kot

prince_marhaen Lv.11 3#

Highlander | Credits 8644   
Jalaluddin Hassan & Didie Alias masa muda

800214 Lv.12 4#

Defender | Credits 10010   
Quote: prince_marhaen replied at 17-7-2026 03:46 PM
Jalaluddin Hassan & Didie Alias masa muda

Hahahahas. Ye wehh
Follow Us

L.U.S.M Lv.12 5#

Defender | Credits 11976   
Ayam klu nk kawen janda pun amik la yg berjenis cmni..ini x..pilak dua ank yg bimbo xde bakat tu yg ko kejarkanbuduhhhh

rayna_raynes Lv.14 6#

Fighter | Credits 29249   
Quote: jambatannetizen replied at 17-7-2026 11:49 AM
Kenapa org ckp husna ni lawa tahap tinggi? Muka kari habis kot

Iols tengok dia depan2 memang lawa. Muka Arab + Mamak. Macam tgk perempuan Lebanon

hihanghoheng Lv.3 7#

Senior | Credits 270   
lawa she ni tgk mcm xbrp pdn dgn exshuben
semoga jmpa yg sepadan lps ni

ADVERTISEMENT


penmerah Lv.13 8#

Challenger | Credits 15637   
Berapa Kati punya mekap ni?
Dah betempek mekap masih jua below par (pada pandangan mata akak)
Manis lagi muka melayu - contoh anak shuib dan anak ajai-nurul

All contents are displayed