Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Penampilan isteri kepada penyanyi Cat Farish iaitu Shikin Maembong menjadi perhatian apabila tampil memakai hijab dalam satu hantarannya. Menerusi hantaran di Instagram, Shikin menulis kapsyen hadiah bersempena ulang tahun kelahiran suaminya.

Memetik Oh Bulan, Shikin berkata dia sudah lama memikirkan untuk memakai hijab serta berkongsikan detik dia membuat keputusan berkenaan.

Menurut Shikin, meskipun dia menjaga ibadah namun dia merasakan ada yang kurang kerana dia masih belum berhijab tambahan pula usianya semakin meningkat.

“Sebenarnya sudah lama terfikir untuk bertudung, saya pun dah umur 43 tahun. Pada mulanya saya rasa seperti kekurangan sesuatu, rasa macam tak cantik walaupun selepas buat rambut di spa.

“Jadi saya nekad untuk pakai, sebab ada rasa bersalah. Kita solat, minta Allah murahkan rezeki, minta itu ini tapi benda wajib iaitu berhijab, saya belum lakukan.

“Bila sudah berumur, solat dan ibadah semua kita jaga tapi masih rasa seperti ada sesuatu yang kurang, aura pun rasa lain. Sebab pada saya, selagi tak berhijab, ia belum sempurna.

“Tetapi sudah memakai hijab, Alhamdulillah semakin dimurahkan rezeki, dapat tawaran kerja, dipermudahkan urusan dan aura semakin berseri,” katanya.

Sementara itu, Shikin berkata suaminya antara individu yang paling gembira dengan perubahannya itu serta memuji kecantikannya apabila berhijab.

“Suami tak pernah memaksa, tetapi dia ada beri bayangan. Dia kata, ‘belilah baju yang sesuai untuk pakai tudung.’ Jadi, saya rasa dia mungkin suka kalau saya pakai.

“Reaksi dia apabila melihat saya pertama kali pakai, dia sangat gembira, bersyukur dan asyik memuji saya makin cantik. Alhamdulillah, anak pun suka dan mentua saya juga gembira melihat penampilan baharu ini,” katanya.

Sumber: Oh Bulan
1202 Views
11 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


nisako Lv.13 2#

Challenger | Credits 15672   
hmmmmmmmm

miracle_forever Lv.14 3#

Fighter | Credits 27587   
bukan dulu penah bertudung ke? pastu bukak

vender Lv.10 4#

Survivor | Credits 6217   
Elokla bertudung.  Kalau bosan nnt bukakla.  Lagipun ko tak lawa pun bila freehair.  Rambut berketak serabai sgt serabut memandangnya.  
Follow Us

sukacactus Lv.15 5#

Gladiator | Credits 32920   
Buka tutup buka tutup, semoga kali ini istiqomah

kucingitam Lv.14 6#

Fighter | Credits 26746   
Alhamdulillah, semoga istiqamah.

dewi_rina Lv.14 7#

Fighter | Credits 29463   
Sebelum ni pun pakai tudung kan masa jadi menantu cep wan?

ADVERTISEMENT


prince_marhaen Lv.11 8#

Highlander | Credits 8644   
elok lahh... freehair pun tak lawa mana, rambut kering putus2 mcm lalang kering terbakar separuh...

jula7 Lv.9 9#

Adventurer | Credits 3021   
rosak kali rambutnya..

shernazz Lv.17 10#

Superior | Credits 59008   
Masih tak terlambat
Selagi masih hidup kita ada peluang

babelina Lv.10 11#

Survivor | Credits 5157   
rambut dh mcm penyapu la tu..

bankerpencen Lv.9 12#

Adventurer | Credits 3972   
Ke dah nampak tanda penuaan dengan bahagian leher? Hihi gurau

All contents are displayed