Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   





Penyanyi dan pengacara popular, Amira Othman kini sedang menikmati fasa indah sebagai seorang ibu apabila berkongsi beberapa momen menarik sepanjang tempoh berpantang selepas selamat melahirkan cahaya matanya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik beliau, Amira memuat naik hantaran ringkas berserta caption “Bits and pieces of confinement”, memperlihatkan pelbagai ragam dan detik manis dalam menjaga permata hatinya itu.


  


Netizen Teruja, Ruangan Komen Banjir Dengan Doa

Perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian ramai pengikut dan rakan artis. Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan pelbagai respons positif daripada peminat yang meluahkan rasa teruja, terutamanya selepas mengetahui nama si comel iaitu Jarir Umar.

Rata-rata ‘auntie online’ tidak lepaskan peluang untuk memuji kegigihan Amira sepanjang fasa penyusuan dan berpantang, selain mendoakan agar urusan membesarkan anak syurga ini dipermudahkan.





Selain ucapan doa yang berterusan, ramai juga peminat yang mengakui tidak sabar untuk melihat wajah penuh baby Jarir Umar secara rasmi kelak.

Momen mesra keluarga kecil itu turut ditambah lagi dengan gelagat suaminya yang kelihatan ringan tulang membantu menguruskan anak sepanjang fasa penting ini.

Sumber: Instagram, Lobak merah
1103 Views
4 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


noor2 Lv.20 2#

Legenderer | Credits 165224   
Dia ni mmg makin cantik..fatah pun makin bahagia...

mrsLucky Lv.12 3#

Defender | Credits 12861   
Edited by mrsLucky at 16-7-2026 09:14 PM
Quote: noor2 replied at 16-7-2026 05:57 PM
Dia ni mmg makin cantik..fatah pun makin bahagia...


Ya she cantik manis,  cepat betul muka dia slim balik sebab waktu pregnant muka cubby.

I ada lalu her live sekali, she said anak CL jaga. Waktu she duduk kat lantai her fans advice her duduk kak kerusi.

I tengok her live dah million likes, i tengok fans suruh letak beg kuning. Then Fattah letak i think.
Ramai erk supporters diorang, layan live sedangkan diorang santai2 saja.

I tak pernah tengok Live orang lebih dari 10 mins. Membeli pun tak pernah

irvene Lv.10 4#

Survivor | Credits 5531   
besonya sticker. sebesor bicep woody.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Follow Us

misszazaz Lv.6 5#

Pioneer | Credits 972   
congrats

All contents are displayed