CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1116|Reply: 28

[Tempatan] Isteri kiciwa suami tak bawa balik hadiah mekap cabutan bertuah majlis syarikat,sebaliknya beri pada rakan kerja wanita.Wajar atau tidak

[Copy link]
Post time 14-7-2026 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 14-7-2026 08:30 PM

#mingguanwanita "Nampak tak elok kalau seorang lelaki terima hadiah alat solek di depan semua orang," kata suami. ????



Kisah ini hangat diperkatakan di Threads apabila seorang wanita berkongsi rasa kecewanya terhadap tindakan suami.

Menurutnya, suaminya memenangi cabutan bertuah di sebuah majlis syarikat. Hadiah yang diterima berupa hamper berisi produk penjagaan kulit dan alat solek jenama premium yang menjadi idaman ramai wanita.

Namun, suaminya tidak membawa pulang hadiah tersebut. Sebaliknya, semua barangan itu diberikan kepada rakan sekerja wanita kerana beranggapan kurang manis jika seorang lelaki membawa pulang hadiah alat solek.

Lebih membuatkan si isteri terluka apabila syarikat turut berkongsi gambar momen itu di media sosial, manakala suaminya dengan bangga menceritakan perkara tersebut sebaik pulang ke rumah.

Bagi si isteri, isu ini bukan soal nilai hadiah, tetapi tentang penghargaan. Sebagai isteri yang mengurus rumah tangga, menjaga suami dan anak-anak setiap hari, dia mengakui hatinya terguris apabila suami tidak terfikir untuk menghadiahkan sesuatu yang sebenarnya lebih bermakna buat dirinya.

Pada korang, jika berada dalam situasi ini, adakah tindakan suami itu wajar atau sepatutnya dia membawa pulang hadiah tersebut untuk isteri?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah dongengan sekadar clikbait kah?
Kalau benar, kasihan nasib ko dekkk
Harap ko basuh laki ko cukup2 jgn kasik muka asbab alasan dungu laki tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 09:28 PM | Show all posts
kurang manis lekali bawak balik alat solek? hahaha... bersedia lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 09:31 PM | Show all posts
cerita rekaan
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang Adam itu diciptakan bongok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka kasi cirai itu laki..kawen rohingya lagi baik...tak picaya..tanya itu intan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2026 10:36 PM | Show all posts
nanti kalau ada staff perempuan dapat motor hadiah lucky draw boleh lah bagi kat office mate lelaki guna alasan sama

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-7-2026 10:36 PM
nanti kalau ada staff perempuan dapat motor hadiah lucky draw boleh lah bagi kat office mate lelaki  ...

Haha..  Aku terhibur!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2026 12:29 AM | Show all posts
Pembohong je, tok laki ko tu maybe ada affair dgn pompuan tu atau dia minat pompuan tu atau jenis suka buat baik kat org tp bini sendiri lebih kurang. Kalau aku aku ceraikan je laki mcm ni, malas nak simpan jenis bangsat mcm ni,  better jadi single and ready to mingle… yahooooo kohkohkohhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu mesti office wife dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 04:22 AM | Show all posts
Dah tentu2 itu skandal suami dia di pejabat. Apa lagi tuntut cerai jangan jadi bodo kekal dgn suami mcm tu. Jangan meroyan di medsos. Tak perlu fikir panjang, nanti makan hati. Tapi kalau takut dapat gelaran janda, hadap aja suami macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat ofis ai kan bini2 org ni la yg paksa laki jual brg dia kat officemate, then bini2 org juga asik suruh laki pinjam duit officemate, bini2 org ni bukan tau officemate laki dia cover kerja laki dia supaya laki dia dapat cuti raya panjang dapat hantar anak sakit dapat elak kerja lebih masa malam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakan sekerja ke office wife?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 08:04 AM | Show all posts
laki lebihkan orang luar kawan2 opis daripada bini sendiri. otak tumpul betul lakinya. tak ingat langsung kat bini ek
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 08:57 AM | Show all posts
boleh jadi isteri dia dah memang cantik x perlu nak mekap2
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalp laki tu single boleh la nk bagi alasan camtu tapi kalo ko dh kahwin mmg x patut la,rasanya rakam sekerja pompuan  leh faham kut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2026 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin brg sumber duit haram ka terus bagi org lain, macam korang dapat limau mandarin dari supplier korang rasa macam brg rasuah terus bagi org lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 02:07 PM | Show all posts
Persoalannya: Dalam ramai-ramai org perempuan kat ofis tu, kenapa pilih yg sorang tu? Paham2 sendiri lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 15-7-2026 02:10 PM

Klu citer ni betul..den hny blh kata..laki ko mmg xguna dik..kalau sekalipun laki ko xnak ko pakai depan umum sbb takut dilihat lelaki ajnabi..sekurangnya dia blh je srh ko bermekap mekap dlm umh utk dia..ini bg dekat officemate dia..kenapa? Supaya blhla dia cuci mata bila dtg office ke...pendpt den..tak wajar... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari company ia datang kepada company jua ia kembali
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053249 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list