Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211040   






Pelakon dan pelawak, Harith Iskander disaman Datin Seri Rosmah Mansor kerana didakwa menghina rupa paras dan fizikal isteri bekas perdana menteri itu dalam salah satu persembahan komedi bersirinya pada Januari lalu.

Rosmah, 75, yang memfailkan tuntutan samannya pada 9 Jun lalu, mendakwa Harith Iskander dalam persembahan 'Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour' di Hotel Swiss-Garden, Melaka memaparkan imej makhluk halus, sebelum memaparkan gambarnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosmah mendakwa, sebelum berbuat demikian, Harith Iskander memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan yang gelap akan 'melihat sesuatu yang menakutkan'

Menurut Rosmah , ia sekali gus jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengaitkan plaintif dengan makhluk halus.

"Kenyataan berkenaan dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik saya, selain bertujuan mengaibkan saya melalui penghinaan bentuk fizikal (body shaming).

"erbandingan ini serius kerana ia tidak dibuat dalam konteks neutral atau dalam perbincangan biasa, sebaliknya ketika persembahan komedi di hadapan penonton secara langsung bagi meraih gelak tawa dan hiburan daripada orang ramai," katanya.

Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Harith Iskandar atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan.

Rosmah berkata, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mayychan0303 memuat naik dua rakaman persembahan itu dengan video pertama meraih 219,700 tontonan dan 3,354 tanda suka, manakala video kedua memperoleh 12,500 tontonan dan 145 tanda suka.

Menurut Rosmah, kenyataan fitnah itu berniat jahat untuk menjatuhkan dan merosakkan nama baiknya selain menghinanya dengan mengeluarkan kenyataan berunsur kecaman badan.

"Kenyataan itu juga untuk merosakkan reputasi, maruah dan nama baik saya oleh kerana kedudukan saya sebagai seorang figura awam, isteri bekas Perdana Menteri, penaung kepada pelbagai badan amal dan persatuan, serta individu yang pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di dalam dan luar negara," katanya.

Rosmah dengan itu memohon ganti rugi am, teruk dan teladan selain perintah injunksi yang menghalang defendan atau pembantunya daripada menerbitkan dan menyebarkan kenyataan fitnah itu.

Beliau juga menuntut defendan membuat permohonan maaf yang tidak bersyarat dan menarik balik kenyataan fitnah secara bertulis yang dipersetujui plaintif dalam dua akhbar arus perdana serta di akaun media sosial yang ditentukan oleh plaintif atau peguamnya.

Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bersama Nur-Diana Ezlyn Hashim yang mewakili Rosmah ketika dihubungi media, mengesahkan tuntutan saman itu dan memaklumkan pengurusan kes telah ditetapkan pada 31 Julai ini.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Harith Iskander ketika dihubungi juga mengesahkan perkara sama.

Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada hari ini oleh Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Harith Iskander dalam penyataan pembelaan menafikan paparan itu menggambarkan Rosmah adalah makhluk seram, sesuatu yang menakutkan, jahat, hodoh, menjijikkan, tidak berperikemanusiaan atau apa-apa maksud fitnah yang dinyatakan plaintif.

"enerbitan kenyataan yang didakwa fitnah di dalam Tiktok itu telah dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan saya dan kenyataan tersebut tidak merangkumi konteks penuh persembahan komedi itu," katanya.
2705 Views
43 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


MatDeghem Lv.14 2#

Fighter | Credits 22360   
padan muka. ingat ini amerikaaaa, boleh buat lawak pasal orang.

alesandra Lv.16 3#

Conqueror | Credits 49295   
Najib penah sponsor harith neh sampai ke US kan? masa pru lps pun beriya ex wife dia kempen utk kj

Blu3butter Lv.5 4#

Minder | Credits 789   
Yes.... Saman sampai heol hilang kata2 buat lawak plastic spastic lipstick gitu sampai bila2
Follow Us

ketipongtipah Lv.7 5#

Revolutioner | Credits 1436   
Mah oh Mah..
Bab pasang loyer, saman org cepat jerrr!
Hutang 1MDB senyap buat2 lena yer?
Let me ask you sumthing... Gune duit tabung ke tuu?


Akalditipumata Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1253   
Mah tgh cri duit la tu.. [em:4:]

cm_vungtau Lv.12 7#

Defender | Credits 13214   
Padan muka. Dia ni dari dulu tak pernah ada cermin. Aku pernah pergi event yang ada dia ni, dari awal sampai habis dok lawak Rosmah. Yang audience pun gelak padahal kelakar ke gelakkan physical orang? Bodoh punya botak.


ADVERTISEMENT


vender Lv.10 8#

Survivor | Credits 6217   
So budak kecik punya perangai suka ejek2 org.  Padan muka kena saman. Acah urban konon mix mat saleh.

mrsLucky Lv.12 9#

Defender | Credits 12861   
Tak suka Harith, jokes recycle.

Kuin-Kepam Lv.8 10#

Honour | Credits 2146   
Nama baik apoo? Nama ko dah lama rosak sbb laki ko plundering idiot tu, satu dunia gelak.. ko sedor ke idak??

shernazz Lv.17 11#

Superior | Credits 59008   
Euw..
Mende lah..
Lawak2 mesti nak kena ada body shaming..

black_handbag Lv.13 12#

Challenger | Credits 18888   
Padan muka. Amendelah lawak jenis suka bodyshaming org. Yg dia sendiri pun fizikal bukan perfek. Dgn boroinya mcm minum todi

lasagna Lv.12 13#

Defender | Credits 13823   
trumpet tu ramai satu donia buat jokes pasal dia,
satu pun xde trumpet nk saman,
tp ni msia kan.. merasaaaaaa!

likilu Lv.11 14#

Highlander | Credits 9325   
So dia reply apa? Nak tgk jawapan samaada style  rempit tanpa maruah atau jawapan unusual

zeetot Lv.9 15#

Adventurer | Credits 3720   
kali ni team rosmah.

Harith ni patut belajar dgn Max Amini macam mana nak buat lawak.

Guna audiences yg datang, then terus spontan keluar lawak on the spot.

Takyah guna nama2 public figure.

ADVERTISEMENT


nisako Lv.13 16#

Challenger | Credits 15672   
pe le buat lawak ttg org

Mamason Lv.11 17#

Highlander | Credits 8530   
Macam ni lah .. .simple je nak komen.

Hal kejahatan Rosmah tu... xde nak dinafikan.

Hal saman Rosmah ke atas pelawak ni... satu perkara yg Mama sokong.  Sokong isu saman je tau, bukan sokong isu2 Rosmah yg lain2 tu.  

Ini adalah disebabkan pelawak ni kdg2 sgt kurang ajar.  Hina agama pun pernah kan dia ni.  So what do you expect dia ni nak insaf dr buat lawak bodoh dengan menghina org?

Eloklah kalau ada yg saman, biar dia insaf terus dari lawak yg xde kena mengena, menghina dan bukan mendidik manusia.

Sekian.

kucingitam Lv.14 18#

Fighter | Credits 26746   
walaupun tak berkenan dgn rosmah, tapi lagi menyampah dgn harith ni.. buat lawak tapi tak kelakar..sejak zaman Jangan Ketawa lagi langsung tak kelakar.

prince_marhaen Lv.11 19#

Highlander | Credits 8644   
Tak suka Kak Mah & kes-kes dia, tapi aku 100x lagi menyampah dengan mat perasan kelakar ni... asal stand up je mesti nak shaming2 orang pastu buat mimik muka macam terencat.. kekonon lawak la tu konon, feeling-feeling Mr.Bean... takde cermin agaknya kat rumah tu..

pocongkiutss Lv.14 20#

Fighter | Credits 27630   
Ramai juga yg berperasaan sama rupanya..tak suka kak mah tapi berjuta kali ganda benci kt si botak yinnih
123Next