Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani meluahkan kesyukuran apabila akhirnya boleh memulakan persiapan majlis perkahwinan anaknya bersama tunang, Bella Astillah selepas keputusan mahkamah memihak kepada mereka.

Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, berkata, sepanjang Syed Saddiq turun naik mahkamah, dia langsung tidak mempunyai hati untuk membuat sebarang persiapan untuk hari bersejarah anaknya itu.

“Hari ini yang menentukan (persiapan lanjut). Jadi bolehlah sekarang kita ikat bunga telur, bolehlah cari telur dekat mana.

“Kami memang tak ada mood nak buat persiapan selagi perkara ini (kes mahkamah) belum selesai.

“Bayangkan kalau sesuatu yang negatif berlaku hari ini, bagaimana? Saya tak nak mengecewakan anak orang,” katanya selepas ditemui di pekarangan Istana Kehakiman, hari ini.

Pada masa sama, Sharifah Mahani juga bersyukur apabila bakal menantunya tetap setia menemani Syed Saddiq sepanjang tempoh sukar itu walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran.

“Bukan mudah mendampingi Saddiq sebab dia kena turun naik mahkamah. Saya selalu fikir, adakah dia akan dapat pasangan yang sanggup berkorban bersama-sama dia.

“Alhamdulillah, Bella sanggup. Orang yang boleh memberi kegembiraan kepada anak saya, orang itulah yang layak menjadi bakal menantu saya,” ujarnya

Menurutnya, keputusan Mahkamah Persekutuan itu bukan sahaja mengakhiri penantian enam tahun, malah membuka lembaran baharu buat pasangan berkenaan yang diharapkan dapat mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Kongsinya, sepanjang tempoh ini dia juga sukar melelapkan mata dan hilang selera makan terutama menjelang keputusan mahkamah kerana terlalu bimbang memikirkan nasib anaknya.

“Sekarang memang teruja. Sebelum ini saya tak berani. Mudah-mudahan dalam beberapa bulan lagi Allah SWT menghadiahkan kebahagiaan kepada sepasang mempelai ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta.


Sumber – KOSMO! ONLINE
1830 Views
18 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


chandrahusin Lv.12 2#

Defender | Credits 13999   
Selamat Pegantin Baru
SS & Bella

alesandra Lv.16 3#

Conqueror | Credits 49265   
Yela mkcik.tahniah

mrsLucky Lv.12 4#

Defender | Credits 12844   
Wedding of the year. Pasti ramai nak sponsor.
Follow Us

Minami2013 Lv.15 5#

Gladiator | Credits 33410   
Selamat pengantin baru in advance

asfaz Lv.17 6#

Superior | Credits 51817   
Kalau sanggup ,mesti tak kisah apa pun result. Sepatutnya nikah aje dlu. Baru la boleh peluk2 dgn cik somi lepas bebas
Apapun selamat pengantin baru. pakpung ..pakpungg..cepat kembong

noor2 Lv.20 7#

Legenderer | Credits 165223   
Alhamdulillah..moga dipermudahkan Allah semuanya..cepatlah nikah

ADVERTISEMENT


ninja boy Lv.16 8#

Conqueror | Credits 47166   
Edited by ninja boy at 13-7-2026 07:40 PM

X payah fikir bunga apa semua, ramai sponsor termasuk baju makbapak pengantin segala segi dewan hotel cake kompang silat joget2 zapin joget2 lambak
Tapi bukan ka ada majlis katam quran kemek kena ngaji quran

Kuin-Kepam Lv.8 9#

Honour | Credits 2146   
WOTY is coming

Shayang Lv.10 10#

Survivor | Credits 5496   
Tak jemput acik forum ke, dorang ni ramai peminat dr sini

SisterHong Lv.4 11#

Keeper | Credits 432   

gideoncross Lv.15 12#

Gladiator | Credits 37769   
Money money & money

likilu Lv.11 13#

Highlander | Credits 9319   
Awal mintak

Awak tu orang ada keturunan cermat la sikit bak kata bmx
Tak habis habis kutip derma hm

tenggiripink Lv.4 14#

Keeper | Credits 490   
Tahniah tak sabar nk tgk wedding of the year

emera Lv.14 15#

Fighter | Credits 21997   
Dah ada yg contact nk sponsor ke, makcik???

ADVERTISEMENT


talapia Lv.12 16#

Defender | Credits 14810   
Quote: asfaz replied at 13-7-2026 05:36 PM
Kalau sanggup ,mesti tak kisah apa pun result. Sepatutnya nikah aje dlu. Baru la boleh peluk2 dgn ci ...

mak dia kata.. bayangkan kalau result haritu sebaliknya..
bukan setahun dua ye..

betulla apa dia kata.. buatnya sangkut.. 6 tahun.. kalau dah kawin.. apa jadi kat anak bini?
tu yg dia berani tunang aje.. ikat.. sbb dah rapat sangat ke hulu ke hilir.. baikla tunang kan..
tapi kalau sangkut jugak.. nasibla.. sanggup ke nak tunggu

HoneyManjer Lv.12 17#

Defender | Credits 12832   
ok nextttttttttttttt

asfaz Lv.17 18#

Superior | Credits 51817   
Quote: talapia replied at 15-7-2026 03:40 PM
mak dia kata.. bayangkan kalau result haritu sebaliknya..
bukan setahun dua ye..


Bini aje,anak tu bukan anak dia. Pandai2 la pakai protection
Kemek kan pernah kata dia isteri setia so buktikan la

asfaz Lv.17 19#

Superior | Credits 51817   
Quote: tenggiripink replied at 15-7-2026 10:20 AM
Tahniah tak sabar nk tgk wedding of the year

Aus tak boleh ada projek lain kalau tak make up kan kemek ,jadi la peristiwa hari tunang. Gigih nak edit sampai senget benget diditiakkk
(tak pasti sapa edit kemek or basstaikk)

All contents are displayed