Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Lama tak dengar cerita mengenai Awi Rafel, rupanya penyanyi dari Singapura itu sudah pun mengikat tali  pertunangan dengan wanita pilihan hati sejak dua tahun lalu.

Memetik mStar Online, Awi berkata perkenalannya dengan wanita berasal dari Kelantan itu sejak lima tahun lalu dan dia lebih selesa tidak terlalu berkongsikan hal peribadi.

“Memang sekarang saya selalu berulang alik antara Malaysia dan Singapura untuk berjumpa tunang dan  keluarganya.

“Belum tiba masanya untuk saya terlalu berkongsi. Lagipun tiada yang bertanya. Jika ada yang tanya saya akan jawab apa yang perlu. Cukuplah  keluarga dan teman-teman rapat tahu,” katanya.

Merancang untuk bernikah tahun hadapan, Awi berkata dia tertarik dengan kesabaran wanita itu dan mengakui seronok berkenalan dengan gadis dari negeri berkenaan.

“Saya melihat kesabarannya dan bagaimana hubunganny dengan ahli keluarga. Mereka sangat rapat dan itu antara perkara yang membuatkan saya tertarik. Semuanya terjadi secara semula jadi tanpa perlu dihebohkan.

“Seronok dapat berkenalan dengan gadis kelantan. Saya dapat belajar banyak perkara baru. Makanan di Kelantan pun banyak yang sedap,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni, Awi berkata dia bakal muncul dengan album baru yang turut memuatkan dua lagu popularnya, Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta dengan versi berbeza.

Sumber: mStar Online
875 Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


shernazz Lv.17 2#

Superior | Credits 59008   
Tahun depan
Pastu kata tak nak kongsi sgt
Hahaha...

asfaz Lv.17 3#

Superior | Credits 51817   
Lamanya sidai

prince_marhaen Lv.11 4#

Highlander | Credits 8635   
Dua tahun ulang alik baik ko kawin je nok, sidai lama-lama lagi buat apa.. takde siapa tanya sebab engko sendu... terpaling putus cinta selalu..terpaling suka bersedih...mula-mula orang kesian & layan..lama2 siapa nak layankan kau...
Follow Us

MistrezHermanaz Lv.12 5#

Defender | Credits 11407   
sedih sgt ayat "lagipun tiada yg bertanya"..dh ko bgtau knp

lasagna Lv.12 6#

Defender | Credits 13812   
lahhhh igt heols dah kahwin, ye laa lama sepi dok spore semula..
ex-tunang pun dah kahwin org kaya msia.. ehh ehh.

makcun14 Lv.9 7#

Adventurer | Credits 4057   
tunang 2 tahun. makpak pihak perempuan izinkan ye? kalau dulu zaman 2010 tak lafaz nikah dalam 1 year deadline mampos kena pressure.
Ke iols kertu. zaman dah berubah

ADVERTISEMENT


KamikuP Lv.12 8#

Defender | Credits 11654   
Nak tanya :

1. Kalau dia kawen gadis Kelantan, gadis tu kene ikut dia balik Spore kah?
2. Adakah Awerafel ni akan dapat kerakyatan Malaysia sbb kawin gadis kelate?

Yg mana satu?

shernazz Lv.17 9#

Superior | Credits 59008   
Quote: KamikuP replied at 20-7-2026 09:08 AM
Nak tanya :

1. Kalau dia kawen gadis Kelantan, gadis tu kene ikut dia balik Spore kah?

Boleh je apply pr kat malaysia...

All contents are displayed